wajib klik!

Thursday, 30 April 2009

TAG!

Starting time : 09:38 pagi Finished time: 10:31 pagi

Name : Jajazuzu

Sisters : ada 3 orang kakak dan sorang adik

Brothers : ada sorang jer

Shoe size : 7 @ 8 ---> giler besar kaki gue!

Height : 156cm kot. ker 158? 159? ntah la. lebih² kurang gitu la

Where do you live : pagi ni masih dari S.M. esok rasanya dah start dok P.P pulak.

Have you ever been on a plane : Of course la pernah. nak balik Sarawak naik apa lagi?

Swam in the ocean : emm..penah la kot

Fallen asleep at school : jangan kata kat sekolah, sekarang ni pun mengantuk giler. tu pasal layan tag ni. hahhaha

Broken someone’s heart : errr..pernah ke? pernah la kot. tapi tak selalu. ai baik hati tauu..~~hahhaha

Fell off your chair : err..lupa la. pernah kot

Sat by the phone all night waiting for someone to call : tak. tido je. sebab kalau phone bunyi, otomatik ai sedar.

Saved e-mails : Ya

What is your room like : simple² je. kadang serabut, kadang tak. besa la tu.

What’s right beside you: kerusi

What is the last thing you ate : sardin roll

Chicken pox : yang ni seri-yus lupa. tapi mak kata dah pernah kena dulu

Sore throat : hari sabtu. masa tengok final piala FA. eksaited ai jerit. hhahahhaa

Broken nose : tak. broken heart ada la. hehehe

Do you Believe in love at first sight : emm...ntah la. no komen

Like picnics : suka...suka...suka!

Who was/were…The last person you danced with : dengan si ehem..ehem.. hari sabtu, atas kerusi stadium sambil pegang bendera selangor. eksaited sebab selangor menang piala FA

Last made you smile : baru je seminit tadi. dia sms tanya ok ke tak pagi ni

Today did you… Talk to someone you like : mestilah!

Kissed anyone : errr..errrrrr.... today kan? TODAY TAKDE! hahahahhaha

Get sick : sakit perut

Talk to an ex : semalam kot. borak dengan si busuk ai

Miss someone : emm...rindu kat someone tu

Who do you really hate: err..tak baik benci² tau

Do you like your hand-writing : kejap suka kejap tak. tengok mood la

Are your toe nails painted : tidak

wHOse bed other than yours would you rather sleep in : emm..tak kisah la tilam sapa. janji ok

What color shirt are you wearing now : unggu

Are you a friendly person : bergantung kepada situasi

Do you have any pets : ADA! ada Tommy, Mickey, Banu, Bedah, Comel, Momot, Alex, Mawi, Ekin, Aien pun ada...hahhahah -----> suma ni kucing ye.

Do you sleep with the TV on : selalu sangat.

What are you doing right now : tekan keyboard komputer

Can you handle the truth : boleh kot

Are you closer to your mother or father : dengan mak kot. sebab dengan mak boleh cerita psal boifren. dengan ayah segan skit. hehhehe

Do you eat healthy : ke arah itu sekarang ini.

Do you still have pictures of you & your ex : of course la ada

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : bergantung kepada situasi

Are you loud or quiet most of the time : sederhana je. tak kuat, tak senyap

Are you confident : tengok keadaan

5 things I was doing 10 years ago:-

part time kat bluewave - jadi girlfren no 2 (korang ingat bini je ke ada no 2?) - pergi sekolah, balik sekolah - gila mirc - lepak² je. honeymoon year la katakan

5 things I would do if i were a billionaire:

bagi mak - setel hutang MARA - setel hutang kereta - beli rumah - invest kat mana²

5 of my bad habits:-

last minit - kadang² suka ambik mudah jer - suka fikir negatif - selalu lupa potong kuku - suka cabut rambut gatal

5-10 places I’ve lived/living :-

serian - padang jawa - subang mewah - bukit beruntung - and coming soon puncak perdana

ok! dah siap.

Nak tag..emm...sapa yerk? ha! kamu! nak tag kamu. kamu yang sedang baca ni. dah, jangan nak ngelat, gi buat cepat!

PMI 3!

Gue tengah gigih hafal lirik lagu DEWA ni.

Jom! Sapa mau join gue?

Wednesday, 29 April 2009

pemukul upahan diperlukan

semalam aku bajet nak balik awal dari stesen-kerang. ada lagi barang yang aku tak sempat nak angkat.

kalau ikut jadual, aku boleh cabut awal sebab budak baru yang emo tu pun kerja gak.

tapi sampai pukul 10.30 malam dia tak masuk.

habis lari plan aku! tak dapat angkat barang lagi.

cis sungguh la budak tu.

kalau aku nak upah orang belasah dia boleh tak? asyik menyusahkan aku jer

Tuesday, 28 April 2009

from S.M to P.P

aku nak pindah.


errr...bukan nak. tapi lebih kepada TERPAKSA pindah.


jangan tanya banyak jika kamu jumpa aku dengan singlet dan seluar pendek penuh habuk.


aku sibuk!




***housemate baru aku macam cilake. nanti la aku cerita.

Monday, 27 April 2009

selamat tinggal sayang!

aku terpaksa lepaskan dia....

walaupun sebelum ni kamu kadang² menyusahkan aku, buat aku kena tahan dengan polis la, buat aku gelabah sebab tingkap sebelah driver kamu rosak la, bunyi kamu sangat bising la dan lambang tengkorak yang tak boleh hilang tu...

aku tetap sayang kamu!

owner kamu a.k.a adik-lelaki sudah habis kursus. dan seperti perjanjian-melalui-SMS, aku terpaksa pulangkan kamu...

tsskk..tskk... sedih! kamu tak kuat makan minyak. bunyi kamu sedap. sekali sekala boleh race..walaupun kamu agak rendah dan pendek. kalau orang ada penyakit pundi kencing, naik kamu lalu dekat jalan banyak lopak, memang terseksa. ibu² hamil pun tidak digalakkan menaiki kamu ke hospital kerana silap hari bulan, kamu boleh jadi glemer, nama kamu masuk dalam surat lahir kelahiran bayi. tapi kelajuan kamu itu, aku memang tak nafikan, sayang.

aku bajet kamu mesti hepi sebab sudah pulang ke kem. yelah, dekat flat aku, kamu selalu kena tinggal tepi jalan saje. dah la aku selalu gesek² pintu kamu tu dekat divider sebab tak pandai bajet masa parking. kesian kamu calar balar kan. tapi kamu jangan la mengadu sama owner kamu. minyak hitam kamu pun aku tak sempat tukar. kamu pun aku tak sempat cuci. aku bukan sengaja. tapi saudara kamu, si putih yang kecoh macam knight rider tu yang telah menghabiskan duit aku. kamu kena faham.

kamu jangan nakal² dekat kem. kalau kamu rindu aku, kamu bagitahu adik-lelaki ye. sekali sekala aku nak juga gesek² kamu lagi dekat divider. nak juga sekali sekal bawa kamu deting dekat midvall lagi.

opss..rahsia kita berdua, masa aku langgar kamu dekat tembok petronas dulu tu jangan bagitahu adik-lelaki ye. nanti aku upah kamu party buih dekat car wash stesen-kerang.

detik² terakhir semasa penyerahan kembali si tengkorak..

dah..dah.. babai tengkorak! ai leb yu!

Thursday, 23 April 2009

sebab kukuh kenapa aku masih baik-taraf-mesra dengan semua ex-bf aku.

umur dah 25 tahun 6 bulan 18 hari. saat dengan jam tu aku malas nak kira. abaikan sudahh... mula gatal ada boifren masa umur 16 tahun. dan dari usia 16 tahun sampai hari ni, aku ada 6 orang ex-boifren.

dari 6 orang, cuma 2 orang je yang dah lost contact. yang lagi 4 ada dalam hidup aku.

dari 4 orang tu, sorang dah kahwin. so, yang dah kahwin tu memang aku tak layan lagi la. tinggal 3.

dari 3 orang tu, sorang aku kadang² jumpa. terjumpa la. selalu gak borak². tapi call ke sms ke memang dah tak sebab awek baru dia pernah serang aku. ingat aku ni masih ada hubungan dengan dia tu. adehhh...perempuan muda lagi. budak². biasa la tu.

lagi sorang, selalu gak call dan sms. tanya khabar, say i love u and i miss you. tapi jumpa memang tak pernah dah. dah banyak kali nak set date tapi masing² sibuk.

dan dalam semua² tu, ada sorang yang paling aku sayang. sumpah aku sayang. dia pun sayang aku. kami masih contact, masih say i miss you and i love you malam², masih boleh dating macam masa couple, masih boleh share rahsia, share cerita. dengan dia, aku boleh cerita semua benda. sama dengan dia, cerita semua benda dekat aku. jalan² masih boleh pegang tangan, boleh nangis atas bahu dia, boleh pergi konsert sama², dan ada banyak persamaan antara aku dengan dia.

tapi..

tak lebih dari itu. bukan kawan dan bukan kekasih. mungkin hanya teman mesra yang sangat memahami.

sebab² kukuh kenapa aku masih baik-taraf-mesra dengan mereka semua :

aku berjaya menge-PaU RM200.00 dari salah seorang daripada mereka yang empat itu pagi ni. ehhehehehhe...

**tengkiu la yang! ai leb yu!!

Wednesday, 22 April 2009

diorang sengaja sabotaj aku!

aku dalam proses diet!

seri-yus ni!

tapi kenapa la masa² ni ramai orang yang nak belanja aku makan? alahhhaaaaiiii...sengaja dengki!

**pakcik driver belanja goreng pisang. ada atas meja aku tu. aku dah makan 1. kalau aku nak muntah balik boleh tak?