wajib klik!

Tuesday, 31 March 2009

sudah berapa kali aku bilang? aku separa melayu dong

aku dan budak baru borak-borak-ngular-ngulat-lepak-curi-tulang.

majlis suai kenal la!

kalau nama pun dah majlis suai kenal, mesti lah tanya nama, umur, asal mana, dah lama keja ke, blablablabalabalabla....

"asal mana?" - budak baru

"panjang ceritanya" - aku

"allaaaaa...cerita je lah" - budak baru

"serawak" - aku

" ha?!" - budak baru buat muka terkejut

"serawak. bukan melayu. separa melayu" - aku ketawa

"cakap la betul² tak macam orang serawak pun" - budak baru

yelah. aku sedar aku tidak secerah orang² sarawak. aku kan separa melayu.

"serawak. mak melayu ayah india. sebab tu lah....." - aku, sambil tunjuk kulit tangan yang tidak cerah.

"ok. dulu study dekat mana?"

"kelantan"

"wahhh!!!"

serawak - selangor - kelantan.

cuti² malaysia sungguh! ada keja kosong tak dekat johor? aku nak duduk johor la pulak

oppsss....budak baru tanya umur pulak

aku jawab "25" sambil sengih²

"laa....ye ke?" - budak baru

aku angguk dan jawab iya.

kamu tahu apa budak baru cakap?

.

.

.

"macam umur 20 tahun je."

hahhahahhaha...budak baru... ai leb yu la!

amaran keras : perempuan² je boleh baca!

aku pikir 100000000000000000000000000001 kali gak nak cerita ke tak pasal ni.

ahh....aku cerita gak la. tapi korang baca diam² dah la yer.

semalam, cam biasa pukul 6 aku kena start shift dekat stesen-kerang.

aku perempuan tunggal dekat situ. kakak-manager tu tak payah kira la. dia dok ofis je.

kerja macam biasa. aku jaga kaunter dalam. yang hero² semua jaga luar. opss..ada budak baru gak semalam.

malam, lebih kurang pkul 9 lebih² sikit camtu aku audit drawer. aku nak pergi kedai tujuh-sebelas. cari la apa² yang patut. lapar.

aku panggil sorang hero.

"jaga jap. nak kuar" - aku.

"dah audit ker?" - lelaki-ada-tunang-mengaku-single

aku audit.

"ok dah. over 45sen" - aku

tiba² si lelaki-ada-tunang-mengaku-single tanya aku.

"Ja, nak tanya SATU SOALAN BODOH boleh tak?"

"apa dia?" - aku


"errr...kenapa t*t*k Ja sebelah kecik sebelah besar erk?"


papp!! aku tepuk meja.

aku auto-tunduk. "ye ker?"

lelaki-ada-tunang-mengaku-single angguk kepala. sengih².

"hari² ke? ke..hari ni je" - aku tanya lagi.

dia sengih², " haa`ahh Ja, hari²"

cinabeng punya lelaki. kantoi dia dok tengok dada aku je hari². bongoksss!!



aku keluar. maki-hamun-mulut-kumat-kamit. mana ada sebelah besar, sebelah kecik weh!! mata lelaki tu yang sebelah besar, sebelah kecik kot. dok asyik tengok je. bangang!



Monday, 30 March 2009

kesilapan BESAR seorang lelaki itu

ada orang call aku. nombor tak kenal. kira aku tak save dalam phonebook la. aku buat tak tau. takde mood nak layan orang-tak-dikenali.

dua kali dia call.

dua kali aku tak angkat.

last dia give-up. dia sms. dia kenal aku. dia tau aku kerja kat mana dulu.

aku call dia balik. ohh..kawan lama kat tempat kerja lama.

malam sabtu dia sms. ajak keluar lepak², minum². aku yang masih berstatus single ni, takde hal punya.

kami janji.. pergi kem adik-lelaki, aku hantar satria-tengkorak, ambik kerja sekolah adik-lelaki yang aku kena siapkan dan dia hantar aku balik subang.

separuh jalan dia masuk simpang. aku hairan. bukan nak balik subang kena terus ke? dia kata nak jumpa kawan kejap. aku ok.

opss...dia kata silap masuk simpang. aku rilek. u turn, masuk balik simpang. aku mintak berhenti dekat petronas. nak pergi toilet. dia berhenti.

aku pergi toilet. dia ajak lepak je dekat mekdi sebelah petronas. aku ok. dia kata kejap lagi kawan dia datang.

aku buat kerja sekolah adik-lelaki. sambil tu layan dia bersembang.

kawan dia sampai. lelaki. cina. dengan perempuan. cina gak.

ini memang kesilapan besar dia.

apakehal nak ajak aku join bisnes ala-ala-mlm dia tu? pantang sungguh aku! mintak sory banyak² la. aku tak minat! aku buat² busy dengan kerja sekolah adik-lelaki.

masa tu aku rasa nak peluk cium adik-lelaki, nak ucapkan ribuan, jutaan terima kasih sebab bagi aku kerja sekolah. kalau tak, sure lama aku kena dengar ceramah-ntah-hape-hape-ntah tu.

**sabtu petang dia sms. aku tak berminat nak layan

***ahad malam pun dia sms. aku mintak sory la. aku tak minat ok! kau silap orang la beb!

Thursday, 26 March 2009

notis dari papan kenyataan : orang hilang

sebagai teman sekerja yang prihatin, aku rasa aku patut buat ini.

ini ayah kepada opismate aku. hilang sejak 11 februari 2009 hari tu. hilang tu kat area rumah diorang - kat kampung kuantan, klang. tapi dalam minggu lepas camtu, ada orang kata nampak kat puchong perdana. tapi bila pergi, dah takde pulak.

kesian kat opismate aku ni. seminggu dia tak datang kerja. cari ayah dia.

dah keluar kat buletin 1.30 kat tv3 tu kalau tak silap aku. tapi sampai sekarang masih tak jumpa lagi.

ahhh...cakap banyak pun tak guna. kalau ada info sila call no tertera.

Wednesday, 25 March 2009

aku rinnndduuuu sangat² kat dia ni...~

kalau rindu kat bonda dengan daddy aku boleh je call, borak². tapi kalau rindu dekat dia ni?

dia mana reti guna henpon wehh...!

****sila abaikan kondisi katil yang bersepah itu.

Tuesday, 24 March 2009

aku ada kerja sekolah hujung minggu ni. siapa² ada skill melukis yang hebat, sila bagitahu. khidmat anda diperlukan

adik lelaki aku yang seorang itu SMS semalam :

zura, jumaat nak pakai keta

dan sebagai kakak-baik-hati-lagi-prihatin aku reply begini :

aduhhh...sabtu ahad aku keja la weh

oleh kerana buat masa ini satria-tengkorak itu dia pun ada share, maka dia SMS begini pula :

alaaa, aku ada keja la. nak kena balik kl. kena beli barang utk kursus

aku kan kakak-baik-hati-lagi-prihatin. maka aku balas begini :

nak pakai ambik la. nanti aku tumpang la sapa². ambik mlm jumaat tau

adik lelaki tu, kalau tak pau duit + minyak kereta mesti ada benda lain yang dia akan mintak dari aku.

aku nak cari alat senaman perang. banyak jugak ni. tapi lukisan tak banyak yang nak kena lukis. heheheh

see? aku dah agak dah.

gila. sabtu ahad aku keja. tak sempat kang

alaaa...sikit je...

takpe. kita tunggu dan lihat la dia punya sikit tu sikit mana.

skuad-bantuan-tanpa-rela aku yang dulu tu tengah sibuk sekarang ni. nampak gaya aku kana cari skuad bantuan yang baru. nanti aku belanja char keow teow paling sedap.

ok?

Friday, 20 March 2009

bila aku cuba berlagak sopan, aku mesti.......

hari jumaat aku memang tak berbaju kurung ke ofis. tapi untuk cuba berlagak sopan, hari ni aku pakai kain labuh.

dan tiba² aku rasa nak pakai selendang.

aku rasa memang agak sopan dan sedikit comel. hahhahhahaa

tapi bila aku cuba berlagak sopan, aku secara auto akan bertukar menjadi minah-kelam-kabut.

buktinya,

pagi tadi, ketika berhenti di stesen minyak aku sepatutnya hulurkan duit dan bonuslink kad

tapi bila cuba berlagak sopan, aku auto menjadi minah-kelam-kabut...

aku hulurkan duit dan ATM KAD!

apahal nak bagi ATM kad dekat cashier stesen minyak?

aku senyum dengan comel dan cepat² blah dari situ

***sumpah! sampai la ni aku malu.