Tuesday, 15 January 2013
Hati
Friday, 11 January 2013
2013
Dah terlambat ke nak wish Selamat Tahun Baru? Takpelah. Happy New Year to all.
Banyak yang dah terjadi tahun lepas. Tapi, mungkin sebab I sangat excited dengan tahun ni, jadi I hampir-hampir lupa. Banyak suka duka pahit manis yang dah terjadi, even ada jugak perkara yang tak best, ambil semuanya untuk jadi pengajaran.
I mulakan tahun baru dengan management tempat kerja yang baru. Kami telah dijual! Haha.. New management in the old company. Sebelum ni di ofis ramai mat dan minah salleh. Sekarang ada mat-mat jepun pulak. Take it positive bak kata boss I.
Then, the decision yang kami telah ambil. The wedding. Even though majlis simple dan sederhana, sampai I tak rasa penat pun untuk preparation, tapi kami excited. Siapa yang tak excited nak kahwin kan? Hihi.. At last, sampai juga serunya.
The latest is...new task at office. Akan jadi manusia sibuk lepas ni. Even ada yang cakap I kena mintak increment untuk kerja baru ni, tapi I said nanti dulu. Let see sampai mana kemampuan I.
Harap-harapnya semuanya yang bakal dan akan terjadi adalah permulaan untuk yang baik untuk masa depan.
Wish me luck!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, 10 January 2013
Kad Kahwin Siap Seminggu?
Wednesday, 9 January 2013
3 Minggu Lagi...
Lebih kurang tiga minggu lagi. Minggu ni sangat-sangat relax. Kenapa entah. Sebab rasa macam tak ada apa-apa persiapan yang nak kena buat. Ke...ada benda yang I lupa nak buat? Mari buat checklist!
Nikah :
1. Dokumen - Semua dah siap. Dah bagi kat PPN.
2. Baju nikah - Both baju I dan partner dah siap. Kami beli baju siap je.
3. Tok Kadi - Booked
4. Katering - Masak sendiri je. Jamuan kecil-kecilan
5. Hantaran - Barang dah beli. Tapi tak buat lagi. Rileks kan i? Hehehe
Itu je yang I prepare untuk nikah. No videographer & photographer. Majlis kami simple.
Sanding :
1. Hall - Booked
2. Catering - Booked. Tapi tak bayar lagi
3. Baju - Booked
4. Make-up : Tak tau. Boleh kan i tak tau. Sebab partner i yang cari. Jadi i berdoa je ni. Mintak-mintak ok
5. DJ & Silat - Partner i yang cari. Dengar cerita dah booked.
6. Bunga Telur - Yang i DIY tu. Dah siap.. =)
7. Goodies Bag - Done
8. Kad Jemputan - Dalam proses edaran
Hmmm....Apa lagi ye? Itu je yang dah settle sekarang ni. Btw, untuk dua-dua majlis i memang tak ada photographer. Apatah lagi videographer. Sebab minta tolonng kawan-kawan yang ambilkan gambar. Jadi, kalau gambar tak berapa menarik, tak boleh nak complain.
Apa-apa pun, semoga segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar. I dah start fikir bukan-bukan ni. Mintak dijauhkan lah dari perkara yang tak diingini. Amin...
Thursday, 3 January 2013
Kita hanya merancang...
Tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Sebab kita hanya merancang. Yang menentukannya hanya DIA yang satu.
Samalah macam kami. Kami dah merancang, dah cuba dan sekarang proses melaksanakannya sahaja. Tapi itulah, benda apa yang tak ada dugaan kan? I kecewa mulanya. Rasa macam..haihh..putus harapan. Tapi sabar. Redakan hati dan kemudia call partner I. Nasib baik dia positif. Dan suara positif tu lah yang tenangkan hati I.
Tabah dan redha. Usaha dan tawakal. Harap-harap ada hikmah disebalik semua ni.
P/s : entry emo lagi. Hehehe..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, 27 December 2012
DIY Bunga Telur - Bunga Crepe
Sementara tak sibuk, tak banyak kerja dan kebetulan i ada ambil gambar, hari ni i nak share macam mana nak buat bunga telur guna kertas crepe. Tapi ni versi tak kreatif ye. Bunga telur i ni bunga telur tangkap muat. Asal ada je. Hehehe...
Mana nak beli kertas crepe? Boleh cari dekat kedai barangan pengantin. I beli dekat kedai bunga Vivian kat pasar Chow Kit. Boleh google lokasi kedai bunga ni. Ada blogger yang buat entry direction ke kadai ni. Ok. Mari start!
Ikat dengan dawai dan potong hujungnya. Ikut suka la nak potong separa bulat ke, potong tajam ke. Potong tu sebab bila bukak helaian kertas crepe nanti, nampak lah cantik sikit bentuk bunga.
Boleh letakkan riben bawah kertas crepe. Tapi kalau tak suka, nak letak benda lain pun boleh. I letak dua riben. So, takdelah togel sangat bunga telur tu nanti.
Letakkan lidi dan lilit dawai bunga dan lidi dengan soletep bunga. Lilit...lilit...lilit...sampai di pertengahan lidi, stop kejap.
Letak kain net untuk bungkus telur nanti. Size net pun ikut sukalah. I pun main potong je. Kang kalau tak muat isi telur, kita isi gula-gula je la.
Untuk mengurangkan ketogelan bunga telur, i letak lagi riben dekat dengan net. Part ni, kalau bubuh bunga kecik-kecik tu pun boleh. I plan dulu nak letak bunga. Nampak lah comel sikit kan. Tapi semua kedai yang i pi, semua jual bunga mahal. Yang tak mahal pun semua tak cantik. Jadi, tepek je lah riben.Sambung lilit soletep sampai habis dan kemaskan lilitan soletep.
Lepastu, boleh bukak liapatan kertas crepe satu-persatu. Buka slow-slow tau. Kang ganas sangat, terkoyak lak bunga korang. Sesiapa yang rajin dan prepare awal-awal, tak perlu bukak kertas tu dulu. Senang nak simpan. Kalau bunga dah kembang, susah nak simpan. Kang silap-silap penyek pulak bunga telur. Dah tak cantik.
Tadaaaa... ini hasilnya. I kembangkan dua bunga telur sebab nak tunjuk kat partner i. Dia tak boleh bayangkan macam mana rupa bunga telur ni. So, i bukak dan tunjuk. Baru dia kata "Oooooooooooooo......"
Senang kan? Selamat ber-DIY dan berjimat.
Monday, 24 December 2012
:)
:)
So far semua benda yang buat I stress 2-3 minggu lepas dah settle. Almost settle sebenarnya. Semua form dah sampai peringkat akhir. Banyaknye step nak kena harung. Kalau tak sabar, maybe boleh jadi punca pergaduhan. Nasib baik I marah dalam hati je. Dan ada la termerajuk sikit. Hehehe.. Tapi tu lah, masa macam ni lah macam-macam boleh jadi kan? So, hal dokumen dah masuk last step. Boleh senyum dah. Tunggu nak submit ke PAID dan dapatkan borang kebenaran berkahwin. InsyaAllah, by this week semua tu dah settle.
Hal nikah.. Tok kadi dah selamat di- booked. Tak tahu la 5-6 tahun dulu kena booked atau tak. Tapi sekarang, kena check jadual imam nikah dulu. Macam I, kami plan nak nikah petang lepas Asar. Tapi sebab dah ada couple lain yang booked, so tak dapat la. Mula-mula ada drama sikit tentang tarikh nikah. Nasib baik my partner cepat bertindak. Dapatlah tarikh seperti yang dirancang walaupun kena cepatkan masa. Awal pagi hoii.. Harap-harap tak kelam kabut nanti.
Hal hantaran masih pending lagi. Dari dulu lagi I berangan nak DIY sendiri je hantaran. Perasan kretif. Hahah... Asalnya nak guna dulang hantaran adik lelaki dulu. Tapi, kawan dia pinjam tak pulang-pulang pulak. Pinjam bawak balik kampung nun di Terangganu. Sekarang ni tengah survey dulang hantaran. Paling murah I jumpa RM12 sebiji. Tu kat pasar chow kit. Tapi masih tak beli-beli lagi sebab fikir, kalau beli lepas ni nak campak mana dulang tu. Masih berkira-kira. Sepupu partner I pulak kata dia ada extra dulang hantaran. Jadi boleh pinjam dulang dia dulu. Tapi sampai sekarang tak bagi-bagi. Tak kan nak pi mintak dan tanya kan. Malu lah. So, kalau by Jan tak ada dulang, kenalah beli sendiri.
Hal baju nikah, almost settle. Baju dah ada. Veil dah ada. Tudung + kasut je yang tak ada. My partner pulak, semua dah complete. Btw, baju nikah I walaupun tak macam yang I impikan, tak apalah. Bersyukur dengan apa yang ada. I tak pernah teringin pun nak pakai baju nikah putih. Kalau boleh nak yang berkaler. Tak kisah la grey atau pink atau biru atau coklat. Tapi tu berangan je lah. Baju nikah nanti warna putih. Yang tak pernah terfikir tu lah yang I dapat. Kebaya pulak tu. Risaunye la hai. Kang tengah duduk, butang tercabut, buat malu je. I ni dah la kadang-kadang cuai. Kalau dulu berangan nak baju nikah kurung moden, kain flowy, dan pakai shawl je. Simple. Tapi tak pe lah. Orang sponsor. Jangan banyak bunyi. Kang kecik hati orang tu. Hehe..
Sekarang tengah busy DIY bunga telur dan HB. Harap-harap cantiklah hasilnye nanti. Orang tak kretif tapi perasan kretif ni susah. Semangat je lebih. Tapi hasil tak cantik. Lepastu kecewa sendiri. Hahaha..
Minggu ni minggu mengumpul alamat. Kad jemputan dah siap. :)
Tiba-tiba rasa nervous pulak. (^_^)'
Harap-harap semuanya baik-baik je.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone







