wajib klik!

Thursday 10 January 2013

Kad Kahwin Siap Seminggu?

Salam…



Macam post I sebelum ni, kami mencari vendor kad kahwin yang boleh siapkan kad jemputan dalam masa seminggu. Setelah melakukan beberapa aktiviti survey, kami pilih Gedung Kad Kahwin.

Inilah satu-satunya vendor yang boleh menjawab soalan saya : “Dalam masa seminggu boleh siap tak” Sebab, kami hanya mahu print dalam kuantiti yang sedikit dan kami tak tak pernah kisah design apa pun. Hatta kalau nak bagi kami design old skool tepak sireh pun kami redha. Janji ada kad jemputan.


Vendor yang lain, bila dengar je boleh siap dalam masa seminggu je, terus geleng kepala. Terus cakap tak sempat. Tak pernah pun nak tanya lain-lain soalan. Sedangkan kalau siap hujung Disember pun kami tak kisah.


Kami walk in Gedung Kad Kahwin pada awal Disember (tarikh sebenar I dah lupa). Sebenarnya kad takkan boleh siap seminggu kecuali anda sendiri yang design dan print. Tu sendiri boleh adjust masa kan. Bila kami kata nak dalam kadar segera dan tak kisah pun design apa, mereka kata kad akan siap lebih kurang 2 – 3 minggu dan untuk kad ready made saja. Kami pilih kad. Isi borang dan bayar deposit.


Seminggu selepas tu,  I terima draft kad. Cek segala pembetulan dan penambahan. Total pembetulan yang i buat adalah 3 kali. 3 kali pembetulan adalah percuma. Pembetulan ke 4 dan seterusnya dikenakan bayaran.


Seminggu selepas kali terakhir I buat pembetulan pada draft, I terima SMS dari pihak Gedung Kad Kahwin yang kad sudah siap. Sedia untuk di ambil.


Collect kad. Bayar balance duit dan bawa balik. Mudah kan?


Servis yang bagus dari Gedung Kad Kahwin! Sangat recomemded.