wajib klik!

Tuesday 15 January 2013

Hati

Salam…


Entry panjang tentang hati. Si wanita biasa.


Satu masa dulu, masa zaman I baru habis kolej dan bekerja sebagai food service di sebuah stesyen minyak, I sempat ada kawan bernama Abang Zam. Abang Zam kerja sebagai cashier masa tu, Dia ambil VSS dari kilang tempat lama dia bekerja dan kemudian bila cari kerja dekat tempat lain, tak dapat. Tersangkutlah dia bersama kami budak-budak baru habis belajar dekat stesyen minyak tu. Apa nak buat, duit harus dicari. Lagipun Abang Zam dah ada anak isteri. Tanggungjawab besar walaupun masa tu anak dia baru sorang.


So, bila kami dapat satu shift, (especially shift petang) I rajin dengar dia bersembang. Yelah, abang-abang, dah ada banyak ‘cerita’ dalam hidup. Dan I masih ingat, suatu hari yang tak sibuk, di kaunter cashier, dia bersembang :

“Perkahwinan ni macam perjudian”

“Macam main judi, kita tak tahu nasib kita baik atau tidak. Untung dapat kad best, best lah. Dapat kad tak best, tak best la”


I angguk-angguk kepala saja. Sekarang ayat  “Perkahwinan ni macam perjudian” dah biasa kita dengar kan? Tapi masa tu, first time I dengar ayat tu. So, i take note dalam kepala.


So, tak lama lagi I kahwin. Plus minus 2 minggu je lagi. Berdebar ? Tak. Takut ? Tak. Jadi apa yang ada dalam hati?


I kenal my partner 4 tahun yang lepas. Dari gedik-gedik keluar tengok wayang sama-sama, akhirnya sampai sekarang. Dan sekarang I dah lali habis dengan perangai dia. Kami jumpa setiap hari. Makan sama-sama. Lepak sama-sama. Gaduh sama-sama. Susah hati sorang-sorang. I sorang je la. Dia manusia rileks. Anything happen pun dia boleh senyum bersuka ria. Dia positif. Tapi panas baran. I kelam-kabut. A bit negative tapi punya tahap kesabaran yang agak tinggi. Dia bukan lelaki romantik. Bukan lelaki yang ada dalam list angan-angan I. The cool person plus a bit romantic adalah ex-boyfriend I yang nun jauh di sana. Tiada jodoh dengan dia. Semoga dia dapat isteri yang baik hati macam I lah satu hari nanti. (Perahsan sekali sekala tak apa)


Since I dan partner I dah bersama selama 4 tahun, banyak cerita dia yang I tahu. Sebab I hanyalah wanita biasa. Wanita biasa yang kepochi, suka ambik tahu hal orang lain dan suka gossip. But sorry to gossip artis, I kureng. I suka korek cerita dia. I suka tanya dia macam-macam. Even at fist dia tak mahu cerita, tapi aura pendesak yang ada dalam diri I ni memang kuat. Dia cerita jugalah. Dan sekarang I tahu semua cerita dia dengan ex-gf dia. Siapa nama, kenapa break, kenapa itu, kenapa ini. Dan gambar pun i paksa tunjuk. Hahaha…giler kan. Tapi my partner tak pernah pun nak tanya apa-apa tentang ex-bf I. Bila dia cerita dan tiba-tiba I menyelit hal lama I, dia akan buat-buat tak dengar. Dia memang tak suka dengar. Now I tahu kenapa.


2 minggu lagi. Apa yang I rasa? Sekarang I sakit hati. Sebab I tahu banyak cerita dia. Kadang-kadang I kesian. Dia pernah putus dengan ex-gf dia tanpa sebab. Ada yang dia sayang sangat-sangat, almost kahwin, tapi that girl buat perangai. Ada yang sebab jauh. That girl kena balik Sabah. I kesian. Kadang-kadang i rasa dia patut go on je dengan that girl tu. Sebab I dan partner I macam langit dan bumi. Kami totally 360° berbeza. Itu yang buat kami selalu bertekak. Siapa yang rapat, memang tahu betapa kerapnya kami berbalah. Masa ni lah i ingat balik “Perkahwinan ni macam perjudian” Ok. Sekarang I takut.


Tapi my partner rileks. Dia enjoy minggu-minggu terakhir bujang dia. Dia happy. Sebab dia tak tahu banyak cerita lama I. Dia kenal I, jumpa I, kami ada cerita kami sendiri dan dia look forward. Tapi I kerap flashback. Itu salah besar I. Sekarang I rasa nak cubit diri sendiri. Tapi tak sampai hati pulak.


Alhamdullilah I sedar mana silapnya I. Terima kasih kepada aktiviti memberus baju. Masa berus baju, duduk sorang-sorang dalam bilik air lah buat I terfikir apa yang dah jadi. Apa punca I selalu nak marah dia. Oh ya, I call dia tadi :


Me : Where r u?

Him : Rumah. Repair mesin basuh. Mahal lak harga motor mesin basuh ni.

Me : Mahalnya…buat apa beli?

Him : Kesian dekat awak. Nanti balik kerja kena masak. Kena basuh baju guna tangan. Nanti penat.


Dia look foward. Left all the memories. But why me yang asyik ingat semua benda? I wanita biasa. Being me is not easy. Sometimes I pun rasa marah dengan diri sendiri. Kenapa banyak fikir wahai Azura?


InsyaaAllah…I cuba untuk jadi manusia yang baik. Even my partner selalu cakap I baik, tapi sebenarnya I degil. I keras kepala. Kena buang semua sifat negative tu untuk kebaikan bersama.


Tak lama dah… 2 minggu lagi


Ps : Sepuluh kali fikir ni, nak publish ke tak. Tapi, untuk peringatan kepada diri I sendiri, I publish entry ni. For those yang tersinggah dan terbaca, ambil isi yang positif saja. Yang negative jadikan pengajaran. (Kalau boleh plis jangan ambik tahu sangat hal lama bf anda. Percayalah tak banyak, sikit, anda pasti sakit hati)