wajib klik!

Thursday, 9 April 2009

Takde semangat kepala hotak dia! EMO!

Meh aku nak cerita pasal budak-baru kat stesen-kerang.

Dia lelaki. Umur awal 20-an. Ada rupa, kategori sedap mata memandang. Study kat somewhere tentang enjin. Sila bayangkan ye.

Ohhh...tambahan, dia degil!

Berapa kali kitaorang dah pesan, kalau buat tagging dekat luar, tak payah la tunjuk rajin nak tolong customer angkat nozzle dan pam. Tak payah!

Dan dia memang degil.

Semalam aku dalam mood yang sangat malas untuk bekerja + kepala pening pening lalat sikit. Mata memang dah ditahap kritikal. Macam panda dah aku rasa. Aku bodek kakak-manager. Buat muka kesian + sedih + suara comel lebih kurang sikit = kakak-manager bagi aku balik awal.

Aku duduk lepak sekejap.

Hujan renyai².

Tiba².........

(err..camne nak buat bunyi benda putus yer? Ahhh...buat sendiri la...)

Pendek cerita la ye. Ada 1 Unser kaler biru. Jalan sambil tarik nozzle. Putus!

Nyonya Unser tu membebel² marah + salahkan budak-baru.

Budak-baru masuk Jet, kira duit dan cakap nak balik.

Ahhh...giler emo dia. Aku rasa macam nak sepak je dia laju².

Benda kecik boleh setel macam tu pun dia kata dia dah hilang semangat. Belum lagi hal² besar.

Standard kerja la kan, ada masa kita buat silap. Tak selalunya betul je.

**aku bet, petang ni mesti dia tak datang kerja.

Wednesday, 8 April 2009

Aku rasa nak marah ni....

Petang semalam, aku duduk sembang² dengan seseorang yang ada masalah dengan ex-girlfrennya.

Dia cerita dan aku dengar. Dia tanya dan aku jawab. Dia diam dan aku bagi pendapat. Dia diam lagi dan aku marah! Dia dah buat sesuatu yang negatif tanpa ada apa² back up dan aku jerit STupid dalam hati kuat².

Ok. Abaikan yang itu. Masa kami masih dalam sesi meluahkan-rasa-geram-dalam-hati, dia tiba² tuding jari arah tayar satria-tengkorak.

"Nut tinggal 3?" katanya.

Aku bangun, cek tayar. Cek empat² tayar. Tayar depan sebelah kiri dengan tayar belakang sebelah kiri. Yang belah kanan ok. Complete 4 nut.

"Macam ada orang curi je ni" katanya lagi.

Dahla lepas adik-lelaki pulang balik satria-tengkorak aritu cover rim semua dah takde. Aku tak pasti sama ada adik-lelaki yang tanggalkan atau orang-jahat-tak-mampu-beli-cover-rim yang ambik. Takde masa aku nak SMS adik-lelaki sekarang ni.

Dia kata kalau 3, masih kira ok lagi. Boleh jalan. Jangan 2. Itu bahaya. Tapi aku tetap takut. Yea...aku mengaku yang aku separa penakut.

Sekarang aku jadi pemandu yang berhemah. Aku takut je tiba² time aku laju, tayar tu tercabut. Tak pasal² keluar front page Metro.

tayar depan sebelah kiri

tayar belakang sebelah kiri

**kalau betulla nut dengan cover rim tu kena curi, aku sumpah sapa yang curi tu.

**aku nak makan magnum coklat tapi kakak-banyak-cakap takmau belanja. Benci!

Tuesday, 7 April 2009

Aku tengah fikir strategi ni. Korang ada idea tak?

Dekat stesen-kerang ada kedai tujuh-sebelas. Nama pun berjiran, jadi aku layan je suma budak² kedai tujuh-sebelas tu. Layan sebagai kawan ok. Kang tak bertegur diorang kata aku sombong pulak.

Majoriti staf perempuan kat kedai tujuh-sebelas semua kategori aku-perempuan-tapi-mahu-jadi-lelaki. Setiap kali aku tumpang toilet diorang nak tukar baju keja, mesti diorang say hi punya la. Dah aku tumpang, takkan nak menyombong pulak kan.

Dalam ramai² diorang tu, ada sorang yang rajin tegur aku dan suka kata “alaaaa..Ja ni comel la” sampai buat aku sengih² malu.

Malam tadi dia yang rajin tegur aku tu, tahan satria-tengkorak. Ajak aku sembang². Aku dah start enjin. Dah bagi hint yang aku nak balik. Tapi dia buat² tak paham bahasa.

Aku buat² sibuk balas SMS, dia tunggu lagi sebelah aku. Tanya aku duduk mana, ofis dekat mana, nak ajak lepak minum la.

Aku dengar bunyi kucing. Aku keluar dari kereta. Masuk kedai tujuh-sebelas, beli Whiskas dan bagi kucing tu makan. Aku buat² taknak layan.

Tapi dia stail tak paham bahasa gak. Dia tunggu je sebelah aku.

Dia tanya aku “Ja ada boyfriend tak”

“Uisshhh…ada banyak. Tu..tu..tu….semua tu tak terlayan dah” jawab aku sambil tunjuk 3, 4 orang staff lelaki tulen kedai tujuh-sebelas dengan stesen-kerang.

“Agak² orang boleh masuk list tak?” tanya dia yang rajin tegur aku lagi.

“Aaaaaaaaaaaaaa…….” Aku speechless weh!

“Pernah cuba tak?” dia yang rajin tegur aku senyum².

“Tak!”

“Meh la try…” senyum² lagi.

Sumpah, masa tu aku rasa seram.

Aku buat² sibuk² lagi. Pergi sana sini. Last² aku nampak dia blah.

Kalau aku tau la niat dia camtu, sumpah aku tak bagitau aku tinggal kat mana.

Sekarang aku tengah cari strategi, camna nak elakkan diri dari dia yang rajin tegur aku tu sebab dia dah start SMS aku.


**aku lagi rela dating dengan Incek MT yang dah bertunang tu dari dating dengan perempuan-nak-jadi-lelaki ni.


***Incek MT buat aku takut. Dia kata “Jaga², nanti perempuan-nak-jadi-lelaki tu rogol awak”. Giler seram weh! Rasa macam nak pasang bodyguard jer.


Monday, 6 April 2009

Muka aku ni ada ciri ciri penjenayah ke? Apa senyuman aku tak cukup inesen ke?

Sudah 2 kali aku kena macam ni.

12 tengah malam. Balik dari stesen-kerang.

Ada 2, 3 biji motor tepi jalan, sebelum simpang. Aku syak ada road block. Cepat cepat aku tarik seat belt. Pusing simpang, sah! Ada road block.

Incek polis tahan kereta. Suruh aku berhenti. Cermin aku bagi turun sambil senyum.

Incek polis minta i.c.

Aku bagi. Incek polis suluh suluh kereta.

Dia suruh pergi tepi.

Lori belakang aku dia bagi lepas.

Aku pergi tepi.

Incek polis minta lesen. Aku bagi.

Kereta Myvi belakang lori, dia bagi lepas.

Incek polis tanya macam macam.

Rumah mana?

Dari mana?

Kerja mana?

Company apa?

Kereta Honda belakang Myvi pun dia bagi lepas. Aku tengok saja sambil senyum, kelip kelip mata. Buat muka inesen.

Incek polis suluh suluh lagi kereta. Cek road tax.

Kereta belakang Honda pun dia bagi lepas.

Sekarang aku musykil. Kenapa aku saja yang kena cek?

Tak cukup inesen ke aku senyum?



Benci!



**aku syak semua ni sebab lambang tengkorak tu.



***Nanti aku nak letak stiker naga sama ular pulak sebelah lambang tengkorak. Mesti hari hari aku kena tahan dengan polis kan?



Friday, 3 April 2009

aku mahu fokus! fokus.....fokus.....fokusss.....!!

bos-kucing-parsi sudah turun, bagi warning dekat aku. report mahu cepat.

aku mahu fokus. mahu bagi report cepat siap.

aku pergi toilet. mahu shi shi. aku lari lari. mahu cepat. mahu fokus.

tutup pintu toilet cepat cepat. mahu buka jeans cepat cepat.

tapi masa buka aku over fokus. tiba tiba jadi rakus.

tingggg...!

button jeans terplanting.

sekarang aku sudah hilang fokus. mana aku mau cari safety pin ni?




**kasi sedap hati sendiri : jeans sudah lama, sudah agak reput, bukan aku yang makin gemuk!

Thursday, 2 April 2009

satu jalan sejuta kenangan..~

jadi budak baru - skpj - 1 mawar - nombor 3 - sekolah banjir masuk metro - rel keratapi lama - jalan kaki panas terik - pasar malam dekat padang - air tebu - kedai mamak - jambatan - kena kejar dengan rela - deting waktu malam - public phone kunci air - kedai kuning - jalan kundang - bus stop depan sekolah - jatuh motor depan orang ramai - jalan mat raji - kedai tom yam - mini market - basikal unggu - eksiden kereta masuk longkang - pokok mangga - doreena si kucing parsi - wak - wep4834 - basikal tua - katak dalam kasut - catuan air - rombongan sekolah - tengok mayat kat sungai klang - banjir - cadburry - van tua - kelas malam - smks16 - kelab komputer - solat hajat - jatuh cinta - kena marah - daddy garang - main game - keluar malam - muka lebam langgar dinding - belajar naik motor - menganggur 1 tahun - babysitter - meter air kena curi - jiran suka mengumpat - study group - menangis - gerai nasi lemak - jual coklat - patung kertas - ex5 hitam - jalan berangan - surat hutang mara kena bukak - lot 617 - kacang bendi - bunga matahari - sapu laman - hadiah buku tulis - kena buli dengan adik lelaki - ponteng sekolah - buah sentul - ponteng puasa - kenduri kakak - rumah kecik - kucing mati - pakai telekung tengah malam jadi hantu -raya sorang sorang - 55429206 - almari baju - kantoi rokok dengan mak - kakak marah - adik beradik gaduh - lepak dataran - paip air pecah - cubaan lari dari rumah - buku biodata - kilang batik - cover line untuk kakak - belajar masak - kedai jawa - serai tepi rumah - nasi hangit - naik motor takde lesen - minum air kolah - gaduh besar - lempeng warna merah - nota peti ais - kunci dalam kasut - dating belakang rumah - curi pasir - kena kejutan elektrik - tusyen dengan nurazilla - ronda ronda dengan nurul izza - nouvo unggu - pergi sekolah dengan maizatul farahdilla - teman zainatul elianawaty dating - kerja part time - susu percuma setiap hari rabu -balik sekolah dengan fazlin - bas mini - pergi library dengan aisyah ghazali - jaga kedai buku - kerja kursus dengan hafizatul, azra, suhaida, azriana, ani - tipu cikgu geografi (mintak ampun ye cikgu) - kena cubit - denda kutip sampah - kelas paling bising - kereta rosak tepi jalan - orang gila tunjuk anu - party harijadi - anak ayam warna biru - dapat biasiswa - cincin emas kena rampas - kena samun handphone - kek lobak merah - cyber cafe dekat rumah - lily ixora - sahabat pena - nombor 3 pertandingan menulis puisi - kuih bahulu masuk pasir - blabalbalabalbalabalabal....banyaklagiladahmalasnaktulis.

*1990 - 2006

**dulu aku budak nakal, aku mengaku ok.

Wednesday, 1 April 2009

sekarang baik mengaku! sapa yang buat april fool dekat aku ni?

parking satria-tengkorak secara senget.

masuk opis.

letak beg.

simpan kunci dalam drawer.

pergi pantry.

ambik mug.

cuci dengan air panas dekat water dispenser.

tiba².....

gedegang.....(ahh...korang buat la bunyi efek korang sendiri. mana yang korang rasa best)

pemegang mug tercabut dari mug.

aku auto melatah.

ni baik mengaku ni. sapa yang buat april fool dekat aku ni?

kakak-rambut-separa-rebonding?

kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh?

kakak-banyak-cakap?

kakak-takot-gemok-merangkap-kelam-kabut?

kakak-klener? takkan kakak-klener layan april fool kot?

kakak-bos-rambut-megi?

ke...kakak kunci-rilek-all-the-time?

kakak-ayah-hilang-masih-belom-ditemui?

kakak-suka-gadoh-dengan-kakak-ayah-hilang-masih-belom-ditemui?

abang-suka-tanya-macam²?

abang-suka-keluar-opis-tak-kira-masa?

baik ngaku! kalau tak aku mogok kerja karang!

***errr...korang rasa mana best? pergi giant beli mug baru ke pergi warehouse kat belakang, curi sikit selant ke mastic ke adhesive ke..tampal balik pemegang tu.