Salam…
Entry panjang tentang hati. Si wanita biasa.
Satu masa dulu, masa zaman I baru habis kolej dan bekerja
sebagai food service di sebuah stesyen minyak, I sempat ada kawan bernama Abang
Zam. Abang Zam kerja sebagai cashier masa tu, Dia ambil VSS dari kilang tempat
lama dia bekerja dan kemudian bila cari kerja dekat tempat lain, tak dapat. Tersangkutlah
dia bersama kami budak-budak baru habis belajar dekat stesyen minyak tu. Apa
nak buat, duit harus dicari. Lagipun Abang Zam dah ada anak isteri.
Tanggungjawab besar walaupun masa tu anak dia baru sorang.
So, bila kami dapat satu shift, (especially shift petang) I
rajin dengar dia bersembang. Yelah, abang-abang, dah ada banyak ‘cerita’ dalam
hidup. Dan I masih ingat, suatu hari yang tak sibuk, di kaunter cashier, dia
bersembang :
“Perkahwinan ni macam
perjudian”
“Macam main judi, kita
tak tahu nasib kita baik atau tidak. Untung dapat kad best, best lah. Dapat kad
tak best, tak best la”
I angguk-angguk
kepala saja. Sekarang ayat “Perkahwinan ni macam perjudian” dah
biasa kita dengar kan? Tapi masa tu, first time I dengar ayat tu. So, i
take note dalam kepala.
So, tak lama lagi I kahwin. Plus minus 2 minggu je lagi. Berdebar ? Tak. Takut ? Tak. Jadi apa yang ada dalam hati?
I kenal my
partner 4 tahun yang lepas. Dari gedik-gedik keluar tengok wayang sama-sama,
akhirnya sampai sekarang. Dan sekarang I dah lali habis dengan perangai dia.
Kami jumpa setiap hari. Makan sama-sama. Lepak sama-sama. Gaduh sama-sama.
Susah hati sorang-sorang. I sorang je la. Dia manusia rileks. Anything
happen pun dia boleh senyum bersuka ria. Dia positif. Tapi panas baran. I
kelam-kabut. A bit negative tapi punya tahap kesabaran yang agak tinggi. Dia
bukan lelaki romantik. Bukan lelaki yang ada dalam list angan-angan I. The cool
person plus a bit romantic adalah ex-boyfriend I yang nun jauh di sana. Tiada jodoh dengan
dia. Semoga dia dapat isteri yang baik hati macam I lah satu hari nanti. (Perahsan
sekali sekala tak apa)
Since I dan partner I dah bersama selama 4 tahun, banyak
cerita dia yang I tahu. Sebab I hanyalah wanita biasa. Wanita biasa yang
kepochi, suka ambik tahu hal orang lain dan suka gossip. But sorry to gossip
artis, I kureng. I suka korek cerita dia. I suka tanya dia macam-macam. Even at
fist dia tak mahu cerita, tapi aura pendesak yang ada dalam diri I ni memang
kuat. Dia cerita jugalah. Dan
sekarang I tahu semua cerita dia dengan ex-gf dia. Siapa nama, kenapa break,
kenapa itu, kenapa ini. Dan gambar pun i paksa tunjuk. Hahaha…giler kan. Tapi
my partner tak pernah pun nak tanya apa-apa tentang ex-bf I. Bila dia cerita
dan tiba-tiba I menyelit hal lama I, dia akan buat-buat tak dengar. Dia memang
tak suka dengar. Now I tahu kenapa.
2 minggu lagi. Apa
yang I rasa? Sekarang I sakit hati. Sebab I tahu banyak cerita dia.
Kadang-kadang I kesian. Dia pernah putus dengan ex-gf dia tanpa sebab. Ada yang
dia sayang sangat-sangat, almost kahwin, tapi that girl buat perangai. Ada yang
sebab jauh. That girl kena balik Sabah. I kesian. Kadang-kadang i rasa
dia patut go on je dengan that girl tu. Sebab I dan partner I macam langit dan bumi. Kami totally 360° berbeza. Itu
yang buat kami selalu bertekak. Siapa yang rapat, memang tahu betapa kerapnya
kami berbalah. Masa ni lah i
ingat balik “Perkahwinan ni macam
perjudian” Ok. Sekarang I takut.
Tapi my partner rileks. Dia enjoy minggu-minggu terakhir
bujang dia. Dia happy. Sebab dia tak tahu banyak cerita lama I. Dia kenal I,
jumpa I, kami ada cerita kami sendiri dan dia look forward. Tapi I kerap flashback. Itu salah besar I. Sekarang
I rasa nak cubit diri sendiri. Tapi tak sampai hati pulak.
Alhamdullilah I
sedar mana silapnya I. Terima kasih kepada aktiviti memberus baju. Masa berus
baju, duduk sorang-sorang dalam bilik air lah buat I terfikir apa yang dah
jadi. Apa punca I selalu nak marah dia. Oh ya, I call dia tadi :
Me : Where r u?
Him : Rumah. Repair mesin basuh. Mahal lak harga motor mesin
basuh ni.
Me : Mahalnya…buat apa beli?
Him : Kesian
dekat awak. Nanti balik kerja kena masak. Kena basuh baju guna tangan. Nanti penat.
Dia look foward. Left all the memories. But why me yang
asyik ingat semua benda? I wanita biasa. Being me is not easy. Sometimes I pun
rasa marah dengan diri sendiri. Kenapa banyak fikir wahai Azura?
InsyaaAllah…I cuba untuk jadi manusia yang baik. Even
my partner selalu cakap I baik, tapi sebenarnya I degil. I keras kepala. Kena
buang semua sifat negative tu untuk kebaikan bersama.
Tak lama dah… 2 minggu lagi
Ps : Sepuluh kali fikir ni, nak publish ke tak. Tapi,
untuk peringatan kepada diri I sendiri, I publish entry ni. For those yang
tersinggah dan terbaca, ambil isi yang positif saja. Yang negative jadikan
pengajaran. (Kalau boleh plis jangan ambik tahu sangat hal lama bf anda. Percayalah tak banyak, sikit, anda pasti sakit hati)