wajib klik!

Tuesday, 31 December 2013

May & Babies




Dah lama tak bercerita tentang May kan. Rasanya sejak May bunting dulu. At last partner bagi May keluar dan biarkan dia dating dengan kucing jantan yang entah datang dari mana. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Tapi sebab si jantan tu agak bersih dan tak ada kurap, i pun malas nak halang. Ikutkan hati, kami memang nak spay May. Tapi partner tak sampai hati, jadi asyik la bertangguh-tangguh sampailah May bunting.


May beranak 18 Dec lepas. Perut kecik je, anak pun tak banyak. 3 ekor je. Semua kecik-kecik dan semua pun oren-oren macam May. I agak terkejut jugak sebab semuanya ikut May. Ekor pun semua panjang macam May. At first, kami letak kotak dalam bilik belakang. May dan babies semua duduk dalam kotak. Tapi, lumrah biasa perangai mak kucing, dia akan pindah-randahkan anak dia kemana saja dia suka. Mula-mula dia pindahkan babies bawah katil. Sebab lantai selalu sejuk, setiap kali dia pindahkan, kami akan ambik balik dan masukkan balik dalam kotak. Sampailah last sekali, May pjndahkan babies dalam bilik kami pula. Rak buku kecil 3 tingkat tempat I simpan towel dan baju kerja partner dia punggah. Habis towel (rak bawah) dia tarik keluar dan letak anak dia dalam rak tu. Ikutkan hati, I nak keluarkan letak balik dalam kotak tapi partner tak bagi. Baiklahhhhhhh...demi May dan babies kami share bilik tidur bersama.


May before ada babies memang setiap malam akan tidur dengan kami. Tak kisah lah tepi I atau bawah kaki partner, tapi memang dia akan tidur sekali atas tilam. Sejak dia bawa babies masuk dalam bilik kami, setiap malam bila kami dah tidur, dia akan senyap-senyap angkat babies dia dan letak atas tilam kami sekali. Terkejut I dan partner masa malam pertama dia bawa anak dia atas tilam. Ingatkan apa benda lah berbulu dan berkuku tajam halus dekat tepi peha I, bila selak selimut, babies May rupanya. Pandai pulak tu letak bawah selimut. Sejuk barangkali kata partner. 


Kalau I terjaga awal, I memang akan cepat-cepat turunkan anak dia balik, letak balik dekat rak. I dan partner selalu takut kalau-kalau kami tak sedar dan terhempap anak dia. Yelah, bukan sedar pun waktu tidur kan. TAPI...I bangun pagi tadi dengan perasaan yang...tak ada perasaan....


Partner tak ada. I dan May saja di rumah. Macam biasa, bila I dah tidur, dia akan bawa babies naik atas tilam. Dan entah kenapa I terjaga awal walaupun tidur lewat. Alarm tak bunyi lagi I dah terjaga. Bila sedar, cepat-cepat turunkan babies May dekat dalam rak. Tapi ada 2 ekor saja. Eh..mana lagi sekor? May dah tak tentu arah. Sekejap keluar bilik sekejap masuk bilik. I angkat selimut, tak ada pun. Biarkanlah sekejap, I nak pejam mata lagi 10 minit. Bila alarm berbunyi, I terus bangun dan cari lagi sekor baby dekat ruang tamu. Tapi tak ada. Tak puas hati, I angkat semua bantal. Tengok tepi katil dan bila I angkat lagi sekali selimut, tu....sekor baby dah keras bawah selimut. Tersentak sekejap. Tadi masa mula-mula selak selimut kenapa xde? Cepat-cepat I pegang. Dan sejuk. Entah pukul berapa dia mati tadi. I tunjuk pada May. I dah pesan banyak kali, jangan letak babies bawah selimut tapi May degil. 


Sambil susukan lagi 2 babies, sambil tu dia tenung baby yang dah mati tu. Sekejap-sekejap dia bangun keluar dari rak. Dan I pun sekejap-sekejap marah dia. Time partner tak de lah semua ni nak jadi. Terpaksalah dalam dingin pagi pukul 7, I mencangkul tanah. Sebelum nak kambus balik tanah, I panggil May dan tunjuk pada dia, cepat-cepat dia gigit baby dia dan lari bawa masuk rumah. T__T   I kejar May balik dan suruh dia lepaskan baby dah mati tu. I syak baby tu mati sesak nafas. Kalau I yang hempap, I rasa mustahil sebab baby kucing dalam posisi baring, tak penyek pun. Mulut terbuka sikit dan muka dia biru-biru sikit macam lebam. I pulak, cepat terasa kalau ada benda berbulu dekat kulit. Rasanya bukan mati sebab kena hempap. Macam lemas tak cukup nafas je. 


I call partner dan cerita pada dia. Kata partner : Ni mesti awak ynag hempap. T__T

May & babies. Yang mati pagi tadi, yang tengah menyusu dekat May tu. RIP baby May

Semua baby May kami panggil baby saja, belum ada nama lagi Bila kami masuk bilik dan cakap babyyyyyyy dengan nada kuat, May akan cepat-cepat lari masuk bilik. 

Monday, 30 December 2013

Pisang goreng coklat chese

Salam...

Cerita lama sebenarnya tapi since tadi ada ternampak orang tanya kat mana nak dapat pisang goreng chese, terus I teringat.

Hujung Nov lepas, unplanned trip ke Penang dengan partner. Asalnya hanya singgah ke Lost World of Tambun tapi sebab I cuti 2 hari, partner ajak kami ke Penang terus. Balik dari Penang, nampak signboard Zoo Taiping, kami melencong ke Zoo Taiping pulak.

Otw ke Zoo Taiping lah I nampak gerai pisang goreng coklat cheese ni. Mula-mula nampak macam tak heran je. Tapi bila otw balik, hujan lebat, I suruh partner singgah sekejap. Merasalah buat pertama kalinya makan goreng pisang coklat cheese ni.

RM3 utk 1 box



Dan partner kata, kalau kat Shah Alam ni, memang tak dapat la 1 box RM3.

Monday, 16 December 2013

Gatal kulit ketika mengandung?



Mungkin ianya bahaya kepada bayi anda dan boleh membawa maut.

Ahad lepas, habis sarapan di kedai mamak, I singgah kedai runcit sebelah. Mahu beli akhbar hujung minggu. I tanya pada partner dia mahu Metro atau Kosmo? Partner pilih Kosmo. Dan mungkin sebab I selalu terfikirkan arwah anak dua tiga menjak ni, mungkin Allah nak tunjukkan jawapannya. Siapa tahu bukan? Allah maha besar. 

I tak ingat I pernah bercerita disini atau tak. Tapi macam tak ada saja. Ataupun mungkin I pernah menulis tapi tak publish pun sebab rasanya I pernah cuba share apa yang I rasa. Dalam draft maybe. Abaikan sajalah. I tulis disini.

Bila dalam kereta dan I selak-selak akhbar Kosmo tu, partner terpandang satu artikel dan dia terus pandang I. Eh..ini macam apa yang jadi pada awak masa mengandung dulu! Cepat baca! Yehh...dia lupa agaknya yang I ni tak boleh membaca dalam kenderaan bergerak. Especially kereta. Mengundang pening kepala je nanti.  Balik rumah dan laju-laju selak artikel tadi. Mahu baca dan faham.

Sebelum tu mari flashback sedikit. Masa usia kandungan lebih kurang 2 – 3 bulan, I selalu gatal-gatal kulit di bahagian kaki. Mulanya dari bahagian kaki membawa ke peha dan akhirnya badan. Masa tu I tak terlintas pun yang kegatalan tu adalah tanda-tanda kepada penyakit yang boleh membahayakan anak dalam kandungan. Sebab tak pernah dengar pun. Bila kaki dan peha gatal, I ingat maybe sebab nyamuk atau kulit I sendiri yang senstif. Kebetulan, kulit kaki I memang jenis kering dan sangat sensitive. Pantang terguris mesti tinggal parut. Bila gatal terasa ke bahagian badan dan perut pula, I ingatkan sebab kulit I mula nak memeri, nak merenggang sebab perut nak besar. Haaa..lebih kurang gitu la apa yang I fikirkan. Lagipun tak ada tanda-tanda ruam ataupun apa-apa pada badan I. Hanya gatal saja. 

Setiap kali lepas mandi, wajib lumur badan dengan minyak zaitun dulu. Kalau tak, rasa gatal dan tak selesa. Sebab I tak fikir yang gatal tersebut adalah satu masalah yang SANGAT bahaya dan besar, jadi I tak pernah ambil kisah pun. Sehinggalah anak dalam kandungan meninggal, benda ni tak pernah terlintas pun dalam fikiran. Bila baca artikel dalam Kosmo semalam, baru I dan partner teringat. Ofkos partner pun teringat sebab dia yang jadi tukang garu kalau belakang badan I gatal. 

I syak maybe inilah punca anak meninggal dalam kandungan dulu. Mungkin ya. Mungkin tidak. Tapi sebab apa yang alami lebih kurang begini, buat masa sekarang I assume inilah yang telah terjadi. Jadi, to all mommy to be...jangan anggap kegatalan pada kulit hanya  benda normal ketika mengandung. Please...jumpa doctor segera dan check darah. So, untuk semua, I share artikel yang I baca semalam. 



Sama macam dalam artikel, I pun rasa sedikit ralat sebab ambil mudah saja hal gatal kulit tu. Tapi kalau dah ditakdirkan begitu, begitulah. Redha. Lepas ni kena lebih alert dengan semua simpton-simpton yang ada.


PS : Kalau gambar tu tak clear dan tak boleh dibaca, sila klik sini untuk baca.

Friday, 13 December 2013

Jumaat 13




On the way ke tempat kerja, singgah Petronas.


Park kereta depan pam angin. Tapi rosak. Masuk balik dalam kereta. Drive ke pam yang lagi satu. Ok. Berfungsi. Pam kedua-dua tayar depan kereta. Siap.


Nak reverse masuk lorong pam minyak pulak. Tapi belakang ada avanza sebijik. Tak cukup ruang nak reverse. No hal, kawasan Petronas luas, boleh buat pusingan U. Pusing dan masuk kawasan pam minyak. Park kereta. Naikkan tingkap. Matikan enjin. Buka pintu sambil tarik butang buka tempat isi minyak. Ambil beg duit, ambil kad mesra dan ambil kunci kereta.


Tutup pintu kerata dan tekan butang alarm. Jeling sikit abang motor sebelah. Sebab dia pun jeling. Jalan sambil kepit beg duit dan kad mesra. Kunci kereta, selit kat jari. Tak faham? Abaikan.


Masuk kedai mesra. Lalu depan rak suratkhabar. Baca sepintas lalu tajuk muka hadapan semua suratkhabar yang ada. Nak beli atau tak. Tak payahlah. Baca online je mana yang penting nanti. Kemudian terus ke bahagian belakang kedai. Nak beli roti.


Pilih roti gardenia coklat. Tak jadi. Ambil roti gardenia sambal bilis. Belek-belek dan letak balik. Lastly decide nak beli roti gardenia vanilla saja. Nampak waffle gardenia. Ambil sepeket. Jalan ke depan kaunter semula.


Eh? Mana kad mesra petronas tadi?


Hilang.



Thursday, 12 December 2013

12.12.13



Assalammualaikum....


Dear Anak,
Hari ni, 12.12.13 sepatutnya hari mommy bersalinkan kamu. Tapi sayang, takdir Allah mengatasi segala-galanya......


Kamu adalah satu keajaiban yang pernah mommy lalui. Segala rasa gembira dan teruja mommy hanya Allah dan ayah saja yang tahu. Tapi ayah kamu tu, biasalah dia memang suka acting like daddy cool, jadi bila mommy tanya apa nama yang kita nak bagi untuk si pertama ini, ayah kata nanti dulu. Anak masih kecil dalam perut mommy. Biar anak dah pandai menendang nanti baru ayah fikirkan. Oleh kerana anak pergi dulu sebelum mommy sempat merasa apa itu erti tendangan baby, jadi kamu memang tak pernah punya nama. Maafkan mommy dan ayah. :(


Kamu sangat-sangat kecil. Walaupun mommy tak sempat tatap kamu tapi percayalah, mommy masih ingat lagi betapa kecilnya kamu. Ayah kata hidung kamu macam mommy J . Ayah tak berani nak ambil gambar kamu. Lagipun, semua orang baru lepas solat terawikh saat kamu dimandikan. Ayah pun tak berani nak belek kamu lama-lama sebab kamu kecil. Jadi, kamu ini anak perempuan sulung mommy atau anak lelaki sulung mommy, mommy pun tak pasti.


Walaupun hanya 20 minggu kamu bersama mommy, rindunya mommy pada kamu hanya Tuhan saja yang tahu. Mommy redha. Mommy tak pernah pun bangkitkan apa-apa persoalan lagi pada ayah. Cukuplah 20 minggu yang ada itu jadi kenangan terindah mommy dan kamu. Dan ayah juga banyak membantu. Saat mommy teringkatkan kamu dulu, dia akan pujuk mommy. Walaupun mommy kata mommy redha, tapi rindu itu tetap ada. Jadi, ini adalah tanda ingatan dan rindu mommy buat kamu. Sayang selamanya.

March – August 2013. 


Monday, 25 November 2013

Roti dan Telur

Salam...


Lamanya dah tak menaip. Tak ada cerita dan tak ada rasa nak menaip. I puasa hari ni. Baru hari ke-7. Ada 11 hari lagi nak kena ganti. Bila dah puasa ni, biasalahkan. Semua benda pun nampak sedap. Semua benda pun rasa nak makan. Tapi lately ni apa yang I idamkan asyiklah tak dapat. Kalau nak, kena buat sendiri. Dan kalau buat sendiri maknanya kena makan sendiri jugaklah sebab partner memang tak suka makan desert. Pelik sugguh manusia bergelar  partner tu kan. Hatta spagertti pun dia tak makan. Tak makan dan tak mahu cuba makan.


Sedang cari masa dan semangat untuk buat puding roti. Sedaaapppnyaaa....tgk gambar kat google pun boleh jadi excited. Tapi bila memikirkan masak sendir, makan sendiri tu, mood jatuh merudum. Bila tak rasa nak puding roti, rasa nak puding karamel pulak. Pun sama, partner tak makan. I pun jadi malas. Tapi tetap rasa nak makan sesuatu yang ada roti. Dah ada idea dalam kepala. Balik nanti beli roti dan akan cuba.


Selamat petang isnin.

Wednesday, 9 October 2013

Kek dan bunga

Selamat tinggal 20an dan selamat datang 30an.

Bila dah semakin bertambah usia ni tak ada apa sangat yang I harapkan untuk sambutan hari lahir. Cukuplah ada orang-orang tersayang di sekeliling hidup I.

Partner kerja. I dan May saja di rumah. Kemas rumah, baring dan berehat tonton RM. Malas masak. I nak baring sepanjang hari. Partner janji nak balik awal, tapi kenapa entah jalan raya sesak lain macam katanya. Baiklah suami. Tak apa. Dah biasa. I lepaskan May main luar rumah. Biarkan dia bergembira.

Jam 8 malam baru partner balik. Masuk rumah dan I pura-pura merajuk. Partner keluar balik dan masuk balik. Bawa sebiji kek kecil dan sejambak ros merah. Tak jadi merajuk, I senyum lebar.

Terima kasih, partner!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 20 September 2013

Kegilaan

Tak pernah dalam hidup I selama ni I google tentang artis. Yeaahh.. Tak pernah. Biasanya I hanya akan baca apa-apa web contohnya yahoo news dan kalau ada cerita artis, barulah I baca. Tapi kali ni entah kenapa. Kegilaan luar biasa namanya ni.

Dan... Today is friday!!! Yeaayyyy.. Malam ni ada RM dan I is tak sabar.

Sometimes we lose our mind if we full with love - Kang Gary.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 9 September 2013

Patah hati

Memberi nasihat kepada orang yang sedang patah hati memang susah. Bila kita kata begini, dia kata begitu.


I baru saja beritahu kawan lelaki I yang I dah kahwin. I tak jemput dia. Tak bagitahu dia apa-apa pun sehingglah hari ini. Sebab I takut dia akan buat benda -ve nanti. I boleh saja diam dan tak bercerita. Sebab kami pun dah lama tak jumpa. Tapi I tak mahu kalau tiba-tiba nanti kami terserempak, kami tak bertegur sapa dan jadi asing. Dia kawan yang I boleh anggap baik. Yang ada disisi saat I susah senang suatu masa dulu. Tapi itulah, soal hati ni susah nak cerita. Dan mungkin I boleh kata yang kami memang hanya ditakdirkan untuk menjadi sahabat selamanya.

"Ada rahsia nak bagitahu ni, saya dah kahwin bulan 2 hari tu"

"Oh..kenalkanlah suami awak yang bertuah tu pada saya"

"Boleh. Tapi awak bawalah pasangan awak sekali"

Sebab I sangka dalam jangka masa lebih kurang 5 tahun kami tak berjumpa ni, dia mesti dah ada seseorang. Lelaki bukan susah pun nak cari pasangan kan? Ke susah?

"Pasangan saya dah kahwin bulan 2 hari tu"
Dan sekarang I sedang rangka ayat-ayat nasihat dan pujukan untuk sahabat yang sedang patah hati.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 28 August 2013

Pantang?

Salam...


Ya, kena ada tanda soal dibelakang tu. Sebab I sendiri pun confuse harus pantang yang macam mana ni? Pantang macam biasa atau ada part yang tak perlu pantang?

Keluar dari hospital, I terus balik rumah emak di Rawang. Tapi I terlupa yang emak sekarang kurang sihat. Jadi kalau nak makan-minum kena pandai-pandai sendiri la buat. Since I masih lemah, partner ajak I balik Subang. 2 hari saja stay dekat Rawang dan I taknak memyusahkan emak. Biarlah emak berehat. So far, menu di Rawang hanya ikan bilis, nasi dan kicap. Tapi masa dekat rawang, I mandi guna herba mandian, bertungku dan minum air akar kayu. Herba mandian dan air akar kayu, partner beli dari kedai jamu di Subang.

Balik ke Subang, tak ada dah sesi bertungku dan mandi herba mandian sebab kedua-duanya kami tinggalkan dekat Rawang. Malas nak bawak balik Subang. Cuma air akar kayu saja yang I bawa. Dan sampai entry ini ditulis, air akar kayu tu masih dalam bungkusan. Hahaha...dasar pemalas memang macam tu. Malas nak keluarkan dan panaskan semula. Sebab I ingatkan nak makan jamu saja. Senang sikit nak telan. Air akar kayu tu, rasanya tak sedap langsung. Nak habiskan secawan pun ambil masa sejam.

Balik Subang, I hanya mandi guna air suam campur halia. Sebab konon nak gantikan herba mandian yang ditinggalkan dekat Rawang tu. Makcik partner yang akan masakkan makanan untuk I. Biasanya sup ikan, ikan goreng garing atau ikan bilis goreng tanpa minyak. Itu pun dah cukup bagus orang nak masakkan kan? Jadi bab makan I memang tak banyak komplen. Apa yang ada, asalkan tak gatal, tak terlampau berminyak, tak pedas dan tak sejuk atau berangin, semua I makan. Walaupun tak bertungku, tapi I pakai bengkung. Bengkung pun pinjam dari sepupu partner. Sebelum ikat bengkung, sapu dulu losyen mustajab pati halia tu dan partner akan tolong ikatkan. Ohh..May pun akan join sekali. Dia akan lompat dan tangkap tali bengkung yang panjang berjurai tu. Kalau tak kena gaya, dia terlompat atas peha I. Kalau lompat sesaje je takpelah. Ni lompat sambil keluarkan kuku. T__T

Then, Raya.

So, dengan semua makanan yang sedap-sedap, ingat I nak pantang ke? Hahahha...Start hari pertama Raya, I dah tak pantang sangat bab makan. Tapi bab minum, bab pkai stoking dan bab pakai bengkung memang I jaga. Yelah, bak kata makcik-makcik yang I jumpa, I boleh makan rendang. Sebab I bukan nak kena menyusu baby pun. Yang orang bersalin pantang 44hari tu lainlah sebab kena menyusu baby. Wahhhh... ini green light yang paling best. Laju-laju I makan nasi impit + rendang bila dengar macam tu. Jadi, separa pantang la namanya ni. Hehhe.. Bila berjalan raya, I memang akan pakai stoking. Kalau I tak pakai, akan ada suara-suara yang marah. Kalau tak partner, mesti abang-abang dia yang marah. Baiklahhhh..I pakai. Then, bengkung pulak I pakai hanya di rumah. Kalau jalan-jalan, I akan pakai Spanx. Ingat Spanx yang I beli dulu? Nasib baik ada spanx. Even bukan macam korset tapi kali ni, I rasa selesa pakai Spanx. Rasa macam...ohh, tak rugi aku beli kau dulu, Spanx. Berguna juga akhirnya.

Dan sekarang bila dah masuk kerja, I hanya jaga makan dan minum saja. Jaga makan tu, takdelah sampai cari makanan yang betul-betul macam orang pantang. Just tak tak ambil yang sejuk, yang over pedas dan over minyak. Stokin masih pakai lagi sebab aircond ofis sejuk teramat. Tapi Spanx I dah tak pakai. Partner marah sangat-sangat bila tau yang I dah tak pakai, tapi I is degil. I buat dek saja. Hehehhe.. Malas nak pakai sebab dekat ofis I banyak duduk. Kurang jalan. Bila duduk, perut rasa tak selesa pulak. Tapi kadang-kadang bila datang rajin, I pakai je.

Oh ya...hari terakhir MC, I beurut. Itu pun sebab abang partner yang beriya-iya call kakak urut tu. Yelah, I dah rasa sihat masa tu. Rasa kalau tak berurut pun takpe kot. Tapi dah abang ipar beriya, kita layankan saja. So far dah 2 kali berurut. Masa mula-mula berurut tu rasa best la jugak. Sebenarnya kena berurut 3 kali berturut-turut kan? Tapi I tak. I berurut selang seminggu. Tak kisah lah kan? Janji berurut.  Jamu pun I masih tak makan lagi. Kakak urut tu suruh I makan jamu sebab badan I sejuk katanya. Baiklah...nanti akan ku makan jamu.