Semalam berbuka dalam kereta je. Minum air jambu. Dan sebungkus Mamee yang dikongsi dengan seorang lelaki tidak romantik yang juga tidak berpuasa.
Perut penuh dengan air jambu. Tak rasa lapar lagi. Pergi jalan jalan dekat sungei wang.
Balik baru singgah makan. Itupun hanya char koay tiew bersaiz kecik.
Dan teh o ais limau.
Balik rumah tak makan. Kemas kemas dan terus tidur.
Jam loceng bunyi pukul 4.30 pagi.
Bangun. Minum air masak. Malas nak makan. Baca niat. Tidur balik.
Sekarang?
LAPAR SANGAT! Nampak biskut kraker pun rasa macam nak telan dengan plastik plastik dia sekali.
**Oh...sabar. Sabar... Ada berapa jam je lagi ni.
7 comments:
tetiba nampak kek pulak ek....wakakaka
akak mmg!!! sengaja buat ai terliur
ko pose ganti ke pose sunat Rejab?
sabor tu separuh dr iman..
cer ko telan dulu,kalo best aku nak try gak, jimat apa,kekekekek.
rozita : pose ganti kak.
juliet : aku pose la. nak telan apanya
ermmm... tadi anim mkn nasi goreng ayam.
milo ice.....
hahahahhaha..
nasi dgn milo? kalau akak, 5 minit pastu sure muntah
Post a Comment