wajib klik!

Thursday, 29 January 2009

hari mengong aku....

ntah kenapa hari ni sangat la ntah-apa-apa!

situasi 1 :
tempat : pagar masuk parking sacc mall
kes : ambik tiket parking
keterangan kes : parking luar sacc penuh. parking bawah pun penuh. so, kena naik parking kat atas. cermin tingkap sebelah driver satria aku tu ada problem skit. kakak-garang-merangkap-ajen-pencari-jodoh suruh bukak pintu jer. aku yang muda belia ni (hahhahah...) akur je dengan arahan mereka yang berusia (bukan tua ok!). dah ambik tiket, nak jalan balik.....masa lepas break slow², satria undur balik. apahal hand break tak makan nih? ohh yea, nak masuk parking atas, pepaham je la jalannye camner. naik bukit gitu. ni kalau miss-jiwa-kacau ni, komfem dia tak lalu punya! ok....slow² ja. aku tekan break, tekan clutch, free kan gear, tarik hand break. masuk balik gear, lepas clutch, tekan minyak....apahal keta tak jalan² gak nih? alamakkkk...hand break lupa nak turun ler.....
ayat kaver line aku : ja tak biasa lagi la dengan kreta nih! (siot punya hand break!camne aku bleh lupa nih!)

situasi 2 :
tempat : mesin bayar parking sebelah pizza hut sacc mall
kes : bayar parking ler
keterangan kes : aku Q, nak bayar parking. tiket dekat kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh. aku ambik tiket dari dia. dengan konfiden masukkan kat slot mesin tu. ehh...kenapa tak nak masuk nih? mengong betul!! yang aku masuk dekat slot duit tu apa kes?! kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh dengan kakak-takot-gemok gelak sakan kat aku. abang baju merah pakai spek kat mesin sebelah tengok aku pelik.
ayat kaver line aku : aku tak terkata apa. ramai orang seh masa tu! aku gelak jugak...gelak² malu (kureng asam betol...len kali slot tiket letak kat atas la weh! apa kes kat bawah lak?)

situasi 3 :
tempat : area parking sacc lagi. jalan keluar...
kes : nak kuar dari parking ar. nak balik opis. dah 2.30 nih!
keterangan kes : parking sacc pepaham je la camner. kena pusing depan resepi rahsia tu dulu baru leh kuar. lepas kuar...aku bajet nak redah je jalan yang no entry sign tu. biasa aku buat camtu jer. sekali ada iswara merah lak kat situ, nak masuk parking sacc. aku pusing je la dengan konfidennya.....tapi ni apa kes aku naik atas masuk parking balik nih?
kakak-takot-gemok : weh ja, bawah la....(sambil gelak²)
kakak-garang-merangkap-agen-cari-jodoh : weh...hang pasaipa ni ja...(sambil gelak gak..)
kakak-kuat-cakap : hahhahahahah....dia ni memang nak ikut crv tadi kot...(sambil gelak lagi kuat...)
ayat kaver line aku : hahhahahahah...yelah. ntah kenapa hari ni aja mengong...(mengaku je la...)

nota-mengong : takde kena mengena dengan isu bonus ok!!

Wednesday, 28 January 2009

aku yang kuat (err...tabah lah!)

ni ekceli entry semalam. tapi kak rinie + alea yang over eksaited nak balik tutp server sebelum aku sempat pos entry ni. sabor je laa...

semua orang tau aku dan mat rempit pencen dah takde apa-ape. dah hampir 3 bulan. dan dalam masa 3 bulan ni, semua orang tau, mat rempit pencen dah menikah dengan perempuan bermuka pondan (ni bukan aku yang kutuk, adik² mat rempit pencen yang bagitau yer...). semua orang tau gak yang mat rempit pencen tu menikah masa krismas hari tu. dan hari ni aku nak bagitau, 25-01-09 hari tu kenduri kat belah lelaki kat bagan datoh lak. cam biasa, adik² mat rempit pencen akan sms aku. jemput aku. gile hape aku nak pegi kenduri diorang. adik² mat rempit pencen pesan suruh bawak boyfren baru. ohhooo....adik² sayang sekelian, kakak tak ada boyfren lagi lerr.. alasan diorang, kenduri ni buat sekali dengan kenduri naik buai untuk anak² buah diorang.

aku tak janji. cuma cakap, kalau free aku pegi. nasib baik bonda call suruh balik. suruh jadi supir dia. bonda dengan daddy nak pergi muar. kakak no.3 aku yang ada lesen tapi haram tak pandai bawak kereta tu memang tak boleh diharap. aku jugak yang kena. bersesat-sesat la kitorang kat muar tu kejap. nasib baik adik lelaki aku balik. takdela aku yang kena drive. aku jadi tukang marah + tukang bebel je. hangin betul. mana taknya, kakak no.3 aku konfiden je cakap tau jalan. alih-alih dah sampai muar kata tak tau lak. sapa tak hangin!

ohh yee....semalam masa tengah bermalas-malasan kat rumah, adik perempuan mat rempit pencen sms :

kak aja, call jap. nak sakitkan hati angah + amy ni. call skang!

aku call. angkat² je dia terus cakap :

ape? nak cakap dengan mak? kejap yer (sambil jerit panggil mak + sebut nama aku-kuat gile lak tu...)

aku borak² dengan mak mat rempit pencen jap. borak biasa² jer. tak lama mana pun. dah habis cakap tu adik dia sms...

cayalah kak ja, masam je muka amy dengar mak borak² dgn kak ja. nasi x abis lagi mkn, trus angkt pinggan. btul² marah dia...

dan aku reply....

klau nak dia btul² marah lg, cuba bwk balik apa² utk kak ja.pastu bising² skit 1 umah tu kata utk kak ja. tgk muka dia msm camne lak..

dan adik mat rempit reply...

pandai la kak ja....

aku gelak², golek² atas tilam....sambung tido.

nota-kaki-ex-awek-rempit : kak ja memang pandai. angah korang tu yang bodoh sebab tergila²kan perempuan muka pondan tu....huhh..!!

nota-kaki-ex-awek-rempit-2 : ohh ye...amy tu nama perempuan bermuka pondan tu.

Thursday, 22 January 2009

acara makan-makan : sempena CNY

tadi ada orang pesan jangan gi tapau. ada acara makan-makan kat opis. acara makan-makan kat opis = makan free....heheheh...i like..~

malas nak cerita panjang ar. ni sempat snap gambar sikit...

yee sang (ntah betul ntah tak aku eja ni) dengan domino

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

tak sempat nak snap masa diorang gaul-gaul yee sang tu

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

wehh...bak sini, aku nak gakk!

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

budak baju biru lengan panjang tu saje je eksyen tu. dia bukan makan pun. dia on diet.budak baju biru lengan pendek tu bukan eksyen. tu betul-betul punye makan. tapi kurus je. jeles budak baju biru lengan panjang!

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

uncle azhar. ntah bila dia snap gambar ni. tetau je dah ada. syok sendiri la tu

macam keow teow goreng kan? kann..? kan janet kann..?

ni kak rinie.. dia susah ati skarang ni. dia kata dia dah gemok. mana ada. kan? tak gemok kan...?

kak gee yang garang. dia agen pencari jodoh tak bertauliah...

kakak-susah-hati-takut-gemok merangkap kakak klener-separuh-masa

kakak-susah-hati-takut-gemok merangkap kakak klener-separuh-masa...juga kelam kabut. tengok, cara-cara nak buang sampah pun aku kena ajar..aduhaiiii....

kakak-garang-agen-cari-jodoh-tak-bertauliah merangkap asisten kakak klener-separuh-masa

nota-kotak-pizza : lain kali tak mo la oder pizza brand tu. tak layan arr wei..

Wednesday, 21 January 2009

entri pantas : apa korang rasa kalau....

korang dah dapat warning. stock report tak submit lagi.

bila stok report dah siap, tetiba bos korang suruh transfer cost lak. last minit! apa korang rasa.....?

dah nak balik. keja banyak lagi. tetiba kawan korang ym. bagi website bernama yang ada tajuk budak umur 8 tahun kahwin dengan katak. korang tengah banyak keja. tapi ni bestfren. kena layan gak. apa korang rasa.....?

tadi korang makan oren. skarang kan dah nak CNY. di mana-mana je ada oren. tetiba sekarang korang sakit perut. kena buat keja dan kena layan ym member...(La...walaupun bz, aku layan ko ikhlas tau..aku baikk...) apa korang rasa....?

korang tengah bz ni. perut lak sakit, makan oren banyak sangat. tetiba telefon bunyi. apa korang rasa....?

ingatkan nak suruh minah depan meja korang tolong jawab tapi dia tengah engage, borak-borak dalam bahasa tamil yang korang tak paham. apa korang rasa......?

kerja banyak. perut sakit. member ym. telefon bunyi.

apa korang rasa....?

APA KORANG RASA BILA KORANG TINGGALKAN KERJA KORANG, TAHAN PERUT YANG SAKIT, PERGI KAT MEJA NAK JAWAB CALL...BILA KORANG ANGKAT GAGANG TELEFON TU........

...................

...................

MINAH DEPAN KORANG YANG TENGAH BORAK-BORAK DALAM BAHASA TAMIL TADI CEPAT-CEPAT LETAK GAGANG DAN GELAK-GELAK PANDANG KORANG..

APA KORANG RASA...?

aku rasa nak sepak orang. boleh tak?

Tuesday, 20 January 2009

amaran dari Incek PB

malam kelmarin, masa tengah dok syok tido sambil mimpi apa ntah, tetiba N-Gage berbunyi sayup-sayup....tanda SMS masuk. sayup-sayup sebab aku terhempap dia..hehehhe...(ye, aku tido agak ganas-mengaku..)

aku tekan button show

1 message received from Incek PB

awak, maaf ye mengganggu.sebelum saya terlupa, mulai dari esok awak hati-hati ye.coz penguatkuasa akan buat operasi bersepadu selama 15 hari.so, berhati-hati la ketika dalam perjalanan...

aku tekan button back dan sambung tido.

trimas la Incek PB untuk info itu. jasamu dikenang.

nota-dari-tilam : doa-doakan lah untuk aku, moga-moga dijauhi dari sebarang operasi. menggeletar aku naik court dulu

Monday, 12 January 2009

aku ke yang bersalah?

mulut lelaki tu terkumat kamit.

apa? aku tak paham? aku panggil dia kedepan.

aku : apa dia?

lelaki tu : saya bagi 3 ringgit tadi.

aku : ehh...! mana ada. awak keronyok-keronyok duit tu tadi. saya buka ada 2 keping je.

lelaki itu : 3 ringgit la (sambil mata meliar ke atas meja aku)

aku bukak drawer. .

aku : tengok. ni awak keronyok-keronyok tadi. ada dua jer.

lelaki tu : saya bagi 3 la....(dia beliakkan mata sambil tengok aku)

hehh. dah bagi 2 ringgit nak cakap 3 ringgit lak! ingat beliakkan mata tu aku takut ker?

aku : dua ringgit la.

dah ada 2, 3 orang lagi customer kat belakang lelaki tu. dia geleng kepala. pergi kat motor dia pastu terus blah. aku tak tengok pun. huhh...! kenapa la orang-orang sekarang suka tipu. aku dah pernah kena sekali masa firts day keja dulu. so, sorry la aku nak terkena lagi.

lelaki lain : dik, sepuloh ringgit.

aku hulur tangan, nak ambik duit dari lelaki lain. ..

ehhh...? ada seringgit kat kaunter. duit sapa ni?

nota-kaunter-bayaran : aku muyskil. lelaki tu diri depan kaunter. takkan dia tak perasan ada seringgit kat situ. kira dia pun salah jugak la...hehehhehe..kan..? kann...?

Thursday, 8 January 2009

Opisku Syurgaku : selamat datang, jemput masuk!

maaf ye. sepah sikit..errr...sepah banyak!

alkisahnya, akoy tengah gelabah. dia sakit ati tengok aku senyum-senyum depan pc.

oh ye..ni pc aku. ada stiker kampeni tuh!

kertas-kertas tampal kat dinding tu sekadar nak mengaburi mata orang lain je. padahal ntah-apekebenda-ntah yang aku tampal tu. yang aku selalu refer pun saiz calcium je. gila banyak, mana aku nak ingat semua!

tu....yang depan tu meja ananthy a.k.a annie atau isteri-isteri orang kat atas tu panggil aci!

tiap-tiap ari keja aku selain dari mengadap pc, (pura-pura bz dengan dahi kerut-kerut..ahahhah) keja aku mengadap tuan punya pc kat depan aku tu! kekadang layan dia borak. layan jeee laaaaa.....

ok. akoy gelabah. dia tak cukup masa nak cek acces material untuk jimah projek. dan mangsa-mangsanya adaaalllaaahhhhh.......

ya! aku dan annie ler.

akoy ingat otak aku super power agaknya. mana aku nak ingat semua benda!

terpaksa aku bukak katup balik file lama.

meja aku agak jauh dari pc. so, kotak file tepi tu aku anggap side table aku.

kadang-kadang, sesapa yang datang tempat aku buat kotak tu jadi kerusi diorang.

tapi skang file dalam kotak tu annie dah ambik. dia nyorok bawah meja dia. aku yang penat-penat request kat admin, dia lak yang belasah. sabo je la.

pastu bila akoy nak duduk aritu......eehhehehhehh...tu pasal nak kemik sikit atas kotak tu...

file paling atas tu annie yang bukak. bukan aku. dia tu memang. kalau bukak file mesti nak bukak atas meja aku. pastu tak reti nak tutup balik. pastu kekadang time balik dia blah gitu je. aku yang kena tutup. nasib baik aku penyabar....

kalender kat dinding tu last year punya. aku tak sempat nak buang. hehhehehehe

ada kertas-kertas tu dah layak masuk tong sampah. tapi aku malas nak kemas.

biar ar... biar nampak sepah! saje je biar akoy tak bagi aku keja banyak-banyak lagi...

ahhahahhahaahhaa...