A chemical pregnancy is like a cruel joke. You take an early pregnancy test around the time your period is due that shows a faint positive. Naturally, you get excited and start spreading the joyful news that you're expecting. Then, a few days later you get your period and the doctor says, "It was just a chemical pregnancy."
When the pregnancy develops to the point that ultrasound could confirm the existence of the pregnancy, the term becomes clinical pregnancy. Thus, a chemical pregnancy would be a miscarriage before the fifth week of gestation -- or within about week after your missed menstrual period.
Symptoms:
The primary symptom of chemical pregnancy would be if you begin to have vaginal bleeding shortly after having a positive pregnancy test. Blood tests reveal low hCG levels that are decreasing rather than increasing.
Sumber : http://miscarriage.about.com/od/onetimemiscarriages/p/chemicalpreg.htm
On the day sepatutnya I period, tapi sampai ke malam tak period pun, I decide nak buat upt test. Inilah masalahnya bila ada upt test kat rumah. Pantang delay, nak test saja. The results +ve. Ada satu line pekat dan satu line samar. I dah happy sorang-sorang masa tu. Rasa macam, syukur..akhirnya pregnant balik. Tapi I diam saja. Tak beritahu pada partner.
After 3 days, I try lagi upt test. Result sama. Dua line walaupun yang satu tu samar. Kali ni I tunjuk pada partner dan since line tu masih samar, partner kata jangan too excited. Next week buat test lagi. Baiklah....
After a week, period pun muncul....
Think positive, azura! *tepukbahusendiri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, 6 February 2014
Careless
Rasa nak marah diri sendiri. Selalu cuai. Selalu pelupa. Bila dah jadi, dah tersedar, nak undur balik pun dah tak boleh. Haishh...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, 29 January 2014
Cincin Permata Biru
Rasanya I pernah baca novel yang sama macam tajuk kat atas. Cincin permata biru.. Ke lain tajuknya? Entah lah. Dah lama masa zaman sekolah-sekolah dulu. Tapi jalan cerita novel tu memang barkait rapat dengan cincin permata biru. Kisah misteri dan seraaaammm... I pinjam dari kakak. Kakak pun rasanya pinjam dari kawan sekolah dia.
Setelah 2 hari cuti dan sibuk habiskan kerja-kerja tertunggak, tiba-tiba I terbayang cincin permata biru di jari seseorang. Tapi I tak boleh ingat siapa orangnya. Dekat mana I nampak. Dan bila I nampak. I cuma terbayang seseorang sedang berhadapan dengan I. Berbual tentang sesuatu. Dan I hanya tenung jarinya yang ada cincin permata biru.
Tapi I masih tak boleh ingat.
Puas berfikir. Mungkin mimpi. Misteri sungguh.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Setelah 2 hari cuti dan sibuk habiskan kerja-kerja tertunggak, tiba-tiba I terbayang cincin permata biru di jari seseorang. Tapi I tak boleh ingat siapa orangnya. Dekat mana I nampak. Dan bila I nampak. I cuma terbayang seseorang sedang berhadapan dengan I. Berbual tentang sesuatu. Dan I hanya tenung jarinya yang ada cincin permata biru.
Tapi I masih tak boleh ingat.
Puas berfikir. Mungkin mimpi. Misteri sungguh.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, 8 January 2014
Rasa
The moment bila I baca blog or apa saja yang bercerita
tentang bius di belakang badan, terus I terasa sengal. Terus teringat balik apa
yang dah terjadi masa I dekat hospital dulu. Betapa sakitnya bius separuh badan
tu. Siapa yang kata tak sakit, memang hebat lah. Or memang ada benda lain yang
lebih sakit sampai tak terasa bius tu sakit, macam contraction contohnya. Tapi
percayalah, bius belakang badan tu memang SANGAT sakit. *usap belakang badan*
Thursday, 2 January 2014
Manusia
Manusia biasanya tak notice perkara yang meluat tentang diri
masing-masing. I pun agaknya macam tu jugak. Tak semua benda yang kita suka
buat, orang akan suka. Masa zaman sekolah menengah, ada seorang kawan yang
prihatin bagi I surat. Dalam surat tu tertulis yang seorang lagi kawan tak suka
cara I bercakap. Masa tu rasa bertuahnya ada kawan yang prihatin sebab tanpa sedar
kelakuan I telah menyebabkan orang lain sakit hati, sampai jadi topic bercerita
antara satu sama lain. Tapi dalam masa yang sama kelakar pun ada gak. Tapi bila
dah tahu, of course I akan cuba kurangkan bercakap dengan orang tu. Sebab I
sedar dan sedia maklum, hidup bermasyarakat kena ada toleransi dan sikap hormat
menghormati. Kalau dia tak suka, tak pe. Ada orang lain yang suka. Jadi, pergi
bersembang dekat orang lain yang suka.
Tapi manusia pun ada juga sikap bergosip sesama sendiri. I
pun kadang-kadang TERcerita juga perihal orang lain dekat orang lain. Tapi
cepat-cepat sedarkan diri dan pesan pada diri sendiri, kalau kau tak suka orang
mengumpat pasal kau, jangan mengumpat pasal orang lain. Simple kan. Semenjak
dikhianati dengan kawan sendiri dulu, I selalu ambil langkah berjaga-jaga.
Selalu pujuk hati sendiri dan selalu ingatkan diri sendiri apa yang kita buat,
semua ada balasannya. Cepat atau tidak, semua itu ketentuanNya.
So, sempena tahun baru, I nak tambah lagi 1 pesanan untuk
diri sendiri : Bila-bila masa saja kawan boleh jadi lawan, set border antara
satu sama lain dan jangan berlebih-lebih. Sometimes, kita rasa orang suka kita
tapi sebenarnya tak suka pun.
Azam tahun baru? Tiada. Sebab setiap hari I akan buat azam.
Hari ni azam I ialah diet dan makan BANYAK sayur untuk dinner. Tapi sayur pun
tak beli. Besar kemungkinan azam ni akan ditunda ke hari esok pula. Selamat
tahun baru!
Wednesday, 1 January 2014
2013 in summary
Post pertama tahun ni. Sekejap je masa dah berlalu kan? Dulu
masa kecik yang paling I ingat kalau bulan puasa tu terasa laaaaammmaaaaa je
nak habis sebulan. Bila dah makin bersar, makin rasa sekejap. Mungkin sebab dah
makin matang.
Jan 2013
Kerja. Kerja. Kerja. Kerja dan last minit preparation untuk
majlis kahwin.
Feb 2013
Hari pertama pada bulan Feb, Alhamdullillah, selamat menjadi
isteri orang. Setelah sekian lama asyik kena soal bila nak kahwin, akhirnya
kami kahwin juga. Ni baru betul orang kata dah sampai waktunya. Dah sampai
seru.
Mac 2013
A normal routine as a wife. On mac jugak I buat keputusan
untuk cabut gigi geraham bongsu I yang tak sempat membesar sebab ruang yang
sempit. First time juga scan gigi. Cabut gigi dan mc 3 hari. First time juga I
buat pregnancy test 3 hari sebelum cabut gigi. Results, -ve.
Apr 2013
After 2 weeks tanpa period, I buat sekali lagi pregnancy
test dan kali ni +ve. Buat confirmation dekat klinik dan doc cakap dah 6weeks.
May 2013
Kerja. Kerja. Kerja. Masa ni consume folic acid saja. Makan
tak memilih tapi semua tak boleh masuk. So on off muntah.
June 2013
First time pergi Klinik Desa dan buka buku pink.
July 2013
Puasa. Puasa selang seli. Next appointment dengan klinik
desa kalau tak silap on 29th. Tapi on 26th malam masa
scan baby, kami dapat berita sedih. Baby dah tak ada. Admitted at PPUM.
Aug 2013
On 1st aug, akhirnya baby keluar setelah 4 hari I
dekat hosp. MC for 2 weeks dan celebrate Raya ala kadar saja. Continue kerja
after MC dan semua colleague I sangat supportive.
Sept 2013
Kerja. Kerja. Kerja. Kerja. Back to normal routine.
Oct 2013
My birthday on 5th. Small celebration dengan
partner dan May.
Nov 2013
Usaha mengganti puasa sebelum get pregnant sekali lagi.
Bulan tak sihat. I batuk berminggu-minggu lamanya. Unplanned trip with partner
to Penang.
Dec 2013
Still continue ambil acid folic. Trip to Kelantan. May beranak
and kami dapat 3 ekor cucu bulus yang sangat gebus.
Itu summary I untuk last year 2013. Semoga tahun 2014 ni
membawa sejuta kebahagian buat I dan partner serta keluarga kami. Insyaallah. Amin...
Tuesday, 31 December 2013
May & Babies
Dah lama tak bercerita tentang May kan. Rasanya sejak May
bunting dulu. At last partner bagi May keluar dan biarkan dia dating dengan
kucing jantan yang entah datang dari mana. Tak pernah nampak pun sebelum ni.
Tapi sebab si jantan tu agak bersih dan tak ada kurap, i pun malas nak halang.
Ikutkan hati, kami memang nak spay May. Tapi partner tak sampai hati, jadi
asyik la bertangguh-tangguh sampailah May bunting.
May beranak 18 Dec lepas. Perut kecik je, anak pun tak
banyak. 3 ekor je. Semua kecik-kecik dan semua pun oren-oren macam May. I agak
terkejut jugak sebab semuanya ikut May. Ekor pun semua panjang macam May. At
first, kami letak kotak dalam bilik belakang. May dan babies semua duduk dalam
kotak. Tapi, lumrah biasa perangai mak kucing, dia akan pindah-randahkan anak
dia kemana saja dia suka. Mula-mula dia pindahkan babies bawah katil. Sebab
lantai selalu sejuk, setiap kali dia pindahkan, kami akan ambik balik dan
masukkan balik dalam kotak. Sampailah last sekali, May pjndahkan babies dalam
bilik kami pula. Rak buku kecil 3 tingkat tempat I simpan towel dan baju kerja
partner dia punggah. Habis towel (rak bawah) dia tarik keluar dan letak anak
dia dalam rak tu. Ikutkan hati, I nak keluarkan letak balik dalam kotak tapi
partner tak bagi. Baiklahhhhhhh...demi May dan babies kami share bilik tidur
bersama.
May before ada babies memang setiap malam akan tidur dengan
kami. Tak kisah lah tepi I atau bawah kaki partner, tapi memang dia akan tidur
sekali atas tilam. Sejak dia bawa babies masuk dalam bilik kami, setiap malam
bila kami dah tidur, dia akan senyap-senyap angkat babies dia dan letak atas
tilam kami sekali. Terkejut I dan partner masa malam pertama dia bawa anak dia
atas tilam. Ingatkan apa benda lah berbulu dan berkuku tajam halus dekat tepi
peha I, bila selak selimut, babies May rupanya. Pandai pulak tu letak bawah
selimut. Sejuk barangkali kata partner.
Kalau I terjaga awal, I memang akan cepat-cepat turunkan
anak dia balik, letak balik dekat rak. I dan partner selalu takut kalau-kalau
kami tak sedar dan terhempap anak dia. Yelah, bukan sedar pun waktu tidur kan.
TAPI...I bangun pagi tadi dengan perasaan yang...tak ada perasaan....
Partner tak ada. I dan May saja di rumah. Macam biasa, bila
I dah tidur, dia akan bawa babies naik atas tilam. Dan entah kenapa I terjaga
awal walaupun tidur lewat. Alarm tak bunyi lagi I dah terjaga. Bila sedar,
cepat-cepat turunkan babies May dekat dalam rak. Tapi ada 2 ekor saja. Eh..mana
lagi sekor? May dah tak tentu arah. Sekejap keluar bilik sekejap masuk bilik. I
angkat selimut, tak ada pun. Biarkanlah sekejap, I nak pejam mata lagi 10
minit. Bila alarm berbunyi, I terus bangun dan cari lagi sekor baby dekat ruang
tamu. Tapi tak ada. Tak puas hati, I angkat semua bantal. Tengok tepi katil dan
bila I angkat lagi sekali selimut, tu....sekor baby dah keras bawah selimut. Tersentak
sekejap. Tadi masa mula-mula selak selimut kenapa xde? Cepat-cepat I pegang.
Dan sejuk. Entah pukul berapa dia mati tadi. I tunjuk pada May. I dah pesan
banyak kali, jangan letak babies bawah selimut tapi May degil.
Sambil susukan lagi 2 babies, sambil tu dia tenung baby yang
dah mati tu. Sekejap-sekejap dia bangun keluar dari rak. Dan I pun
sekejap-sekejap marah dia. Time partner tak de lah semua ni nak jadi.
Terpaksalah dalam dingin pagi pukul 7, I mencangkul tanah. Sebelum nak kambus
balik tanah, I panggil May dan tunjuk pada dia, cepat-cepat dia gigit baby dia
dan lari bawa masuk rumah. T__T I kejar
May balik dan suruh dia lepaskan baby dah mati tu. I syak baby tu mati sesak
nafas. Kalau I yang hempap, I rasa mustahil sebab baby kucing dalam posisi
baring, tak penyek pun. Mulut terbuka sikit dan muka dia biru-biru sikit macam
lebam. I pulak, cepat terasa kalau ada benda berbulu dekat kulit. Rasanya bukan
mati sebab kena hempap. Macam lemas tak cukup nafas je.
I call partner dan cerita pada dia. Kata partner : Ni mesti
awak ynag hempap. T__T
![]() |
| May & babies. Yang mati pagi tadi, yang tengah menyusu dekat May tu. RIP baby May |
Semua baby May kami panggil baby saja, belum ada nama lagi Bila kami masuk bilik dan cakap babyyyyyyy dengan nada kuat, May akan cepat-cepat lari masuk bilik.
Subscribe to:
Posts (Atom)

