wajib klik!

Tuesday, 1 September 2015

Milkbooster

Salam...

Alkisah, banyak yang nak diceritakan tapi banyak jugak halangan. Jadi, marilah kita tulis secara suka hati mana satu nak cerita dulu.

Alhamdullilah, anak bujang sehingga hari ini masih fully breast feed. Nak kata susu banyak tu tak lah jugak, tapi berkat mengepam selalu diiringi ayat dalam kepala "kena pam kalau tak susu takde, kalau takde kena beli susu tin, susu tin adalah mahal. Baik simpan duit untuk benda lain"

Ye. Niat mulanya memang nak save duit. Nak ikut trend kawan2 mengepam kat ofis pun ada gak. Dan faktor utama ialah malas nak bancuh susu. Kalau holiday leceh la hai nak pack tin susu sekali kan. Tapi lain orang lain pandangan. I pernah jumpa seorang mama anak 2 sedang mengandung yang sangat cantik masa raya lepas. Dalam hati kata, cantiknya dia ni. Kurus putih melepak kulit mulus tulus gebu. Anak dah 2. Kami terserampak di sebuah rumah masa raya pertama. I sedang kendong anak yang tertidur kepenatan yang dah separuh bogel, pakai seluar je. Baju dah selamat dibukak kerana cuaca bahang panas membara. Si anak pulak cepat berpeluh, jadi mari kita tanggalkan baju dia kata partner.

Sambil tepuk-tepuk anak atas sofa, dia datang dan kami pun bersembang. Apa rahsia anak tembam gebu gebas semangat ni, tanya dia. Dan I jawab entah lah. Minum susu badan je ni. Dan kami bercerita hal susu badan. Katanya dia memang tak ada niat nak bagi anak-anak susu badan. Sekadar waktu dalam pantang. Sebab leceh nak pam dekat ofis sebab tak ada bilik nursing. Dan sebab kedua leceh nak susukan anak kalau keluar sebab dah dress up cantik-cantik leceh nak selak-selak. OK. I angguk saja. I sekalipun tak pernah nak anggap negatif sebab itu semua hak masing-masing.

See, panjang berjela tapi cerita milkbooster tak keluar lagi ni. Hahah..

Ada suatu masa, susu I merudum, pam dapat sikit je. Masa tu terfikir nak beli milkbooster yang banyak orang jual. Tapi hati rasa, ishh konfem berkesan Ke? Sebab rata-rata milkbooster ni boleh tahan jugak harganya. Jadi, I search dan jumpa banyak option lain yang murah boleh DIY sendiri kat rumah. Yang penting rajin.

Masatu, bangun pagi sebelum mandi pergi kerja pun I sibuk mengepam. Balik rumah lepas balik kerja pun pam jugak. Dekat ofis, pam 2 sesi. Pagi dan petang. Nak lebih-lebih takut boss marah. Syukur lah boss memahami. Syukur jugak sebab company memahami, ada nursing room untuk mommy-mommy walaupun sharing dengan semua. Sorang pandang dinding sana, sorang pandang dinding sini, pandai-pandailah cover aurat.

Ye, kata kuncinya disini, pam selalu. Pam dengan kerap.

Kemudian,  I cuba longan dan red dates. Berkesan jugak tapi tak lama. Tak lama sebab dah tak rajin nak merebus. Kehkeh... Sebab I dah jumpa cara lain yang lagi mudah. Halba. Halba adalah milkbooster paling senang dan murah. Halba sepeket tak sampai RM5 pun. Ikut lah kamu beli dekat mana. Ambik je beberapa biji, letak dalam bekas air minum. I memang tak kira berapa biji. Ambil secubit je letak dalam bekas air untuk bawa pergi ofis. Memang berkesan. Dan kesannya bertahan sampai sekarang walaupun dah tak minum air halba tu lagi.

Tapi ada yang tak suka bau halba tu. Bau rempah tapi rasa tak rempah. Rasa air kosong biasa je.

Again, hak masing-masing. Yang mana rasa lebih sesuai dengan milkbooster yang ada dipasaran, terus kan. Tapi I ni kalau boleh nak yang murah dan senang je. Peace.

Sekian dari Mak yang boss tak panggil masuk meeting. Sebab tu ada masa nak menulis. Bye.

Sunday, 5 July 2015

Test

Test 1  2 3.

Lamanya tak menulis kan. Masa selalu tak cukup. Takpe, takpe...nanti bila dah boleh rileks sikit kite sambung menulis.

Friday, 3 October 2014

Korban

Selamat Hari Raya Aidiladha.. in advance. Ahad ni Hari Raya korban. Ahad ni juga usia genap 3+ tahun.. Alhamdullillah atas segala kurniaan dari-Nya..

Hidup masih macam biasa. Even bakal bertambah 1 angka usia, walaupun kadang-kadang apa yang dirancang tak kesampaian, tapi cepat-cepat ingatkan diri sendiri... Allah itu maha adil. Ada sebab kenapa yang dirancang itu tak menjadi.

Tahun ni juga I berkorban untuk tak jaga badan. Untuk lupakan diet. Untuk beri yang terbaik...untuk baby.. Alhamdullillah Allah beri rezeki untuk pregnant setelah hampir setahun menunggu lepas keguguran tahun lepas. Alhamdullilah kandungan dah 16 minggu.. Walaupun risau setiap masa mengenangkan tragedi tahun lepas.. Tapi I cuba untuk positif.. Mudah2an kali ini semuanya selamat..

Badan memang naik mendadak.. Walaupun selera makan tak menentu, tapi wajib makan juga. Kalau tak, memang muntah setiap masa la jawabnya. Awal 3 bulan pertama, I tak boleh tak makan. Perut sentiasa kena berisi. Lambat makan, muntah.. Tak makan, muntah.. Even tak ada apa-apa yang nak dimuntahkan pun, tetap muntah jugak. Perit la hai tekak nak menahan. Jadi, I makan saja bila lapar.. Jadi..badan pun naik dengan jayanya..

Apa-apa pun..mudah2an baby membesar dengan baik dan sempurna. Sihat akal dan fizikal.. Mudah2an dipermudahkan segala urusan I dan baby... Mudah2an.. Amin...

Salam Jumaat!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 14 May 2014

Tulis

Dah lamanya tak menulis. Idea selalu ada tapi nafsu nak menulis tu selalu datang dan pergi.. Dan biasanya I biarkan pergi...

As last entry, emak dah pergi meninggalkan kami.. Its a sad news yang I dah lama didik hati untuk cuba terima. Dengan kondisi emak yang makin lama makin lemah, I dah pesan pada diri sendiri, sila redha. Dah sampai waktunya untuk emak pergi. Sebenarnya 2/3 hari sebelum tu I dan kakak dah bersembang panjang tentang ini. Tentang redha, tentang perasaan kami dan tentang kondisi emak. Tapi bila sampai waktunya, I tetap kalah. Dan kakak mengusik I, bagi nasihat bukan main..nangis pun bukan main jugak. Mana mungkin I tak menangis. Itulah satu-satunya emak yang tiada gantinya. Yang membesarkan I, yang jaga makan minum I. Katalah redha macam mana sekalipun, I tetap menangis.

Walaupun I sempat jaga emak, tapi tetap masih rasa tak puas. Kadang-kadang rasa macam tak percaya. Betul ke emak dah tak ada? Mudah-mudahan emak tenang di sana. Al fatihah...

Sebenarnya ada benda lain yang nak ditulis, tapi takpe.. Itu simpan untuk next entry.

Salam...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 13 March 2014

Tiada gantinya

7 May 1954 - 9 March 2014
Al-Fatihah...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 6 February 2014

Chemical pregnancy

A chemical pregnancy is like a cruel joke. You take an early pregnancy test around the time your period is due that shows a faint positive. Naturally, you get excited and start spreading the joyful news that you're expecting. Then, a few days later you get your period and the doctor says, "It was just a chemical pregnancy."


When the pregnancy develops to the point that ultrasound could confirm the existence of the pregnancy, the term becomes clinical pregnancy. Thus, a chemical pregnancy would be a miscarriage before the fifth week of gestation -- or within about week after your missed menstrual period.


Symptoms:

The primary symptom of chemical pregnancy would be if you begin to have vaginal bleeding shortly after having a positive pregnancy test. Blood tests reveal low hCG levels that are decreasing rather than increasing.


Sumber : http://miscarriage.about.com/od/onetimemiscarriages/p/chemicalpreg.htm


On the day sepatutnya I period, tapi sampai ke malam tak period pun, I decide nak buat upt test. Inilah masalahnya bila ada upt test kat rumah. Pantang delay, nak test saja. The results +ve. Ada satu line pekat dan satu line samar. I dah happy sorang-sorang masa tu. Rasa macam, syukur..akhirnya pregnant balik. Tapi I diam saja. Tak beritahu pada partner.


After 3 days, I try lagi upt test. Result sama. Dua line walaupun yang satu tu samar. Kali ni I tunjuk pada partner dan since line tu masih samar, partner kata jangan too excited. Next week buat test lagi. Baiklah....


After a week, period pun muncul....


Think positive, azura! *tepukbahusendiri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Careless

Rasa nak marah diri sendiri. Selalu cuai. Selalu pelupa. Bila dah jadi, dah tersedar, nak undur balik pun dah tak boleh. Haishh...



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone