wajib klik!

Friday, 3 October 2014

Korban

Selamat Hari Raya Aidiladha.. in advance. Ahad ni Hari Raya korban. Ahad ni juga usia genap 3+ tahun.. Alhamdullillah atas segala kurniaan dari-Nya..

Hidup masih macam biasa. Even bakal bertambah 1 angka usia, walaupun kadang-kadang apa yang dirancang tak kesampaian, tapi cepat-cepat ingatkan diri sendiri... Allah itu maha adil. Ada sebab kenapa yang dirancang itu tak menjadi.

Tahun ni juga I berkorban untuk tak jaga badan. Untuk lupakan diet. Untuk beri yang terbaik...untuk baby.. Alhamdullillah Allah beri rezeki untuk pregnant setelah hampir setahun menunggu lepas keguguran tahun lepas. Alhamdullilah kandungan dah 16 minggu.. Walaupun risau setiap masa mengenangkan tragedi tahun lepas.. Tapi I cuba untuk positif.. Mudah2an kali ini semuanya selamat..

Badan memang naik mendadak.. Walaupun selera makan tak menentu, tapi wajib makan juga. Kalau tak, memang muntah setiap masa la jawabnya. Awal 3 bulan pertama, I tak boleh tak makan. Perut sentiasa kena berisi. Lambat makan, muntah.. Tak makan, muntah.. Even tak ada apa-apa yang nak dimuntahkan pun, tetap muntah jugak. Perit la hai tekak nak menahan. Jadi, I makan saja bila lapar.. Jadi..badan pun naik dengan jayanya..

Apa-apa pun..mudah2an baby membesar dengan baik dan sempurna. Sihat akal dan fizikal.. Mudah2an dipermudahkan segala urusan I dan baby... Mudah2an.. Amin...

Salam Jumaat!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: