wajib klik!

Wednesday, 18 April 2012

Meatball



U all boleh kata I ketinggalan zaman ke, outdated ke, lambat ke, slow ke, tak pe lah. I tak kisah pun. Cuma nak tulis, yang semalam buat pertama kalinya I makan kat Ikea. Dapat merasa Swedish Meatball tu. Dapat merasa chocolate cake tu.



Semalam I half day pagi. So, tengahari partner I hantar pi kerja. Balik dia ambil tu dia tanya I nak makan apa. I jawab nak meatball kat Ikea. Jalan sangat jem. Dia kata ok, tapi I yang kena drive. Tapi sambil dia drive dia suruh I potong kuku dia. Tak sukanya lah kena buat benda-benda macam ni. Tapi I malas nak drive, so, layankan saja. Sambil dia layan jem, I potong kuku dia. Lengkap siap sampai kuku kaki tau.



Sampai area Sunway Giza tu, dia suruh tukar. Dah penat katanya. Sambil layan jem, sambil I tanya dia macam-macam. Entah macam mana terbuka cerita tentang Amy, ex-gf dia dulu. Bila I dapat tahu banyak cerita lama dia, I tiba-tiba rasa tak suka. I rasa bosannya la hidup ada bf macam partner I tu. Mula lah hati persoalkan macam-macam. Mula lah I rasa nak say bye-bye saja dekat dia. I tahu semua tu benda lama, tapi entah, rasa macam tak sedap hati pulak. Rasa tak best.



So, dekat Ikea I makan sorang saja. Partner I tak mahu. Dia tak suka. Dia memang tak fun. Semua benda pun tak suka. Tahu makan nasi dengan ayam je. Bak kata kakak-kakak I, kalau I kahwin dengan dia tu, senanglah tak payah masak macam-macam. Masak nasi, goreng ayam pun dah cukup. Sebab dia hanya makan ayam dan daging saja. Seafood tak makan, ikan apatah lagi. Sayur pun tak. Kalau tak ada benda nak makan, bagi je telur dadar. Mee pun tak makan dia tu. Sungguh bosan kan? So, I makanlah sorang-sorang, dia main game. Mesti orang ingat I ni pelahap makan banyak sebab partner I rileks saja tak makan. I je yang makan.



Next time nak pergi lagi makan meatball. Tapi bukan dengan partner I lah. Tak fun.

Thursday, 12 April 2012

Kawan



Mana I nak cari kawan ni? Kawan untuk main badminton. Partner I pun main jugak, tapi dia tak mahu bawa I. Dia main dengan kawan-kawan dia. Semua lelaki bak kata dia, so siapa yang nak layan I nanti? I kata, of course lah dia yang kena layan I main nanti. Tapi dia tak mahu. Kata dia, main dengan I nanti tak mencabar, slow. Fine…



I saja tanya kawan yang sorang tu. Susahnya nak ajak perempuan dah kahwin, ada anak ni. Macam-macam benda dia nak buat. So, kalau dah kahwin, ada family, tak boleh nak keluar ber-exercise dengan kawan-kawan ke? Ok tak apa. I tak kisah pun. I saja tanya. Kalau mahu, bagus. Kalau tak mahu, nak buat macam mana.



Then I teringat kawan I yang lagi sorang ni. Stay nearby rumah I jugak. Mintak-mintak lah dia mahu. Sebab dia tu kadang-kadang sibuk berjalan saja. Housemate I? Tak payah tanya lah. I masak sangat dah. Ajak main badminton depan rumah pun tak mahu, apa lagi nak pergi main dekat court. Hobi mereka tidur, layan drama dan layan gossip artis.



Tiba-tiba I rasa miskin pulak. Miskin kawan. *sigh*

Tuesday, 10 April 2012

Duit hantaran



I dan partner I bersembang semalam. Tentang betapa gemuknya I sekarang ni? Dan reaksi partner? Ketawa macam biasa. Mulanya I tengok cara dia memandu. Kereta kami kan auto. So, kaki kiri dia, diangkat ke atas seat. I tengok peha dia. KURUSNYEEEEEE...



I  :  Awak, kita tukar peha nak? Peha awak kurus. Awak ambiklah peha saya ni. Dengan bon2 sekali. Saya teringin lah nak peha kurus. Nak pakai skinny jeans.


Partner  :  Tak mau lah. Bagi free pun saya tak nak peha awak. Besar sangat. Kang tak larat saya nak jalan. Hahahhah....



Sentap I sekejap. Dengan pantas I minta partner I RM2k. Mahu pergi operation buang lemak kata I. Yelah, I tahu 2k bukan cukup pun. Tapi sebab I sentap, I main sebut je ikut sedap mulut.



Partner I kata boleh. Dengan syarat tolak duit hantaran.


Pfftttt...


Monday, 9 April 2012

Dalam kepala



I ke sebuah Job & Education Fair semalam. Sebab bila bangun pagi, I tak tahu apa yang I mahu buat. I tak ada mood nak mengemas. Biarkanlah bilik I berselerak. Jadi lepas mandi dan bersiap I pujuk partner I untuk teman. Dia tak mahu mulanya. Dia tak suka menunggu. Tapi bila I kata, sekejap saja. Kita masuk, pusing-pusing dan drop resume, dia setuju. Jadi ke Jalan Pantai Baru la kami.



Macam event yang biasa-biasa, so far memang penuh dengan manusia. Mostly remaja fresh grad mahu cari peluang pekerjaan. Semua berpakaian kemas, berkemeja dengan seluar slack dan berbaju kurung. I pula? Hanya blouse dan jeans saja. T_T. Berbekalkan lima set resume kami berpusing-pusing la sekitar event. Sampai di suatu booth, I di tanya dengan beberapa soalan. Sambil si penanya membelek resume I. Soalan ringkas tentang excel ; apa itu vlookup dan pivot table. Ishh..kacang sangat. Pejam mata I jawab. Kehkeh… Dan tiba-tiba, resume I di stapler dengan sehelai borang, di cop dan I di suruh ke level 2 untuk computer test. Apakah? Dengan pesanan, “Kalau awak pass computer test, sila ke level 1 untuk temuduga”. TEMUDUGA?



I beritahu partner I. Kami sama-sama ke level 2 tapi dia tunggu di lobi saja. Mujur wifi laju katanya. Kalau tak, dia mesti mati boring nanti. Dan I terus ke level 2. Penuh dengan manusia berpakain formal. Sangat kontra dengan I yang ber-blouse pink dan ber-jeans biru. Terasa macam jadi perhatian sekejap. Rasa menyesal sebab I tak sarung seluar slack pagi tadi. Tak apalah. Nak buat macam mana. Teruskan saja. Computer test I siapkan tak sampai 1 minit pun. Sangat mudah. Jadi I success bak kata kakak penjaga computer test. Turun semula ke level 1 untuk temuduga. Isi nama, details dan tunggu giliran.



Temuduga secara berkumpulan. Ini kali ketiga I pernah di temuduga secara berkumpulan. Kami berenam semalam. Dua lelaki dan empat perempuan, I yang paling matang. Hahaha…tak mahu kata tua. Yang lagi lima semua bawah 25 tahun kalau tak silap. Semua adik-adik lagi. Jadi I rasa kalau dari segi pengalaman, I boleh menang. Cuma I kena lebih berani bercakap. I rasa I boleh. Tapi tiba-tiba I gemuruh. Suara I bergetar. Semua yang I patut beritahu, I tak beritahu pun. Ada part I jadi blank. Ada part I rasa I menyimpang jauh. Rasa nak tampar mulut sendiri. Jadi I rasa tak ada peluang untuk I. =(



Sepanjang petang tu I fikir, kenapalah kau tak cakap begini, tak cakap begitu? Kenapa kau kata begini. Kau patut kata begitu. I diam saja. Dalam kepala ada macam-macam kemungkinan yang I fikir. Sampai partner I tegur I kenapa? I tanya dia, kalau dia temuduga dia akan fikir balik tak apa yang dia dah lalui, apa yang dia cakap, apa yang penemuduga komen. Ada apa tak yang dia mahu tukar, kalau boleh.



Partner I balas, tak. Sudah-sudahlah tu. Benda dah lepas. Lagi banyak awak fikir, lagi mental kepala awak, sambung dia sambil ketawa.



Tapi I tak boleh. Sampai sekarang dalam kepala ni ada macam-macam. Normal ke I ni?

Saturday, 31 March 2012

SMS dari Kakak



Hari ni Kakak I buat majlis kecil-kecilan untuk ulang tahun pertama anak ke-empat dia.



Jadi, awal seminggu dia dah SMS semua adik beradik.



Tapi kenapa entah I dapat SMS info yang sama dua-tiga kali. Apa benda entah yang Kakak tak puas hati.



Tapiiii...SMS terakhir yang i dapat :



Jgn lupa tau. Ajak Shahir seX.



Ajak Shahir SEX?



Ok. Fine, Kakak. Buat I terkejut saja.





PS : seX à se(kali) 


Friday, 30 March 2012

Seringgit dua puluh sembilan sen.



Ini yang I dapat.





 






Nasi lemak dan sepotong kecil telur goreng nipis. Oh...dan beberapa biji kacang goreng kecil yang disembunyikan di bawah nasi.

Thursday, 29 March 2012

Spagetti Goreng Campak-Campak



Hujan. Balik rumah. Partner I tak balik kerja lagi. So, I tak ada geng nak keluar makan. Tapi I sangat lapar. Nak keluar pergi kedai makan depan rumah, hujan lebat. Payung semua tinggal dalam kereta. Padan muka lah. Jadi I selongkar peti ais dan dapur. Tinggg..! Terus sinsing lengan baju dan masak.




Dalam peti ais I jumpa :

10 biji fishball
Sebatang carrot
Dua keping daging burger.
Sos cili
Sos tiram

Atas rak dapur I jumpa :

Bawang merah dan putih
Sepeket spaghetti
Serbuk lada hitam




1. Rebus spaghetti.


2. Potong fishball, daging burger, carrot dan bawang merah & putih. Ikutlah nak potong macam mana. I belasah je potong, janji potong sebab dah lapar sangat kan.




3. Tos kan spaghetti bila sudah empuk. Ecehh....empuk la sangat. Agak-agak bila dah masak la. Kalau nak letak minyak sikit pun boleh.

 
4. Panaskan minyak. Tumis bawang. Masukkan sos tiram, sos cili dan serbuk lada hitam. Letak sikit air kalau terlampau kering.


5. Masukkan carrot, daging burger dan fishball. I belasah masuk sekali sebab I suka makan carrot rangup. Masukkan perasa dan garam.


6. Kacau sampai masak. Masukkan spaghetti. Kacau rata dan tadaaaaaaa...boleh makan





Berasap-asap.

ps : Jimat duit.