i tulis u baca
Kereta pertama yang aku pandu sah sah la kereta kancil sekolah memandu. Dan sah sah la ia manual.
Kereta kedua pulak, kereta lama Daddy. Manual jugak. Nissan Sunny kaler biru yang sampai sekarang aku sayang. Daddy kata nak jual pun aku tak bagi. Itu la kereta yang aku mula mula bawak masa lepas dapat lesen. Kereta tu jugak la yang aku guna masa pergi interview. Kereta tu jugak la yang buat hal kat tepi highway sampai ada pakcik teksi gatal offer nak hantar aku balik. Kereta tu jugak la yang aku guna ulang alik pergi kerja. Kereta tu jugak la yang aku accident sampai masuk longkang. Gile banyak memori sampai tak sampai hati nak jual. Sampai kalau apa apa hal yang berkaitan dengan kereta tu, Bonda dengan Daddy mesti tanya aku dulu. Dan sekarang kereta tu dalam proses pembaikan. Dan Daddy suruh aku pilih, warna apa nak spray.
Kereta kedua ialah Honda. Honda Jerung kata adik-lelaki. Manual gak. Yang ini asalnya kereta adik-lelaki. Kitorang gilir gilir pakai. Sampai la satu part tu adik-lelaki ambik terus. Dan aku merempit ke tempat keja. Kereta ni tak lama sangat aku pakai. Sebab malas nak hantar dekat kem. Dan malas nak pergi ambik jugak. Dan tiba tiba satu hari tu adik-lelaki call.
"Zura, aku tukar Honda tu. Nanti kalau Alip (besfren dia) hantar kat ko Satria ko ambik kereta tu. Ambik je. Tengok nombor plat dengan road tax. Kalau ok, ambik je"
Heh? Gile senang diorang ni tukar kereta kan? Sabar je lah.
Dan start itu la aku kemana mana dengan si Tengkorak tu. Manual lagi. Bising lak tu. Pantang ada road block, memanjang asyik kena tahan je. Tapi si Tengkorak tu memang best. Suka sangat bawak Tengkorak tu laju laju sampai setiap kali balik Rawang mesti Bonda sound jangan bawak kereta laju laju. Tiba tiba rindu pulak dekat Tengkorak. Haiih~
Dari mula memang aku tak berapa suka kereta auto. Mengantuk je. Aku rela lenguh kaki masa jalan jem dari mengantuk bawak auto. Aku dengan kereta auto memang tak boleh masuk. Sekali sekala kalau bawak Kenari auto Miss-Jiwa-Kacau, mesti aku kena gelak. Yelah, kaki kiri asyik nak pijak pijak clutch je. Tangan pun asyik nak pegang gear je. Pastu bawak stail tersengguk sengguk sebab tak pandai nak kontrol minyak dengan brek. Brek pun mesti stail mengejut mengejut je. Ahahhahahha....
Pastu suka je kutuk Miss-Jiwa-Kacau. Yelah, dia tu mana pandai sangat bawak kereta manual. Nak nak part trafik lite dekat atas bukit. Memang gelabah la dia. Sampai ada satu hari tu, dia sanngup pusing jauh semata mata nak elak trafik lite atas bukit. Sabar je lah. Dah banyak kali ajar pun masih tak konfiden.
Sekarang, setelah si Tengkorak kembali ke pangkuan adik-lelaki, aku terpaksa bersama Incek Wira pulak. Dahla warna putih, warna yang paling aku tak berkenan kalau nak beli kereta sebab aku sangat tidak ada masa untuk membasuh selalu. Auto pulak tu. Dan orang pertama yang gelakkan aku dan tepuk tepuk bahu aku adalah Miss-Jiwa-Kacau. Perli la tu. Nasib baik besfren, kalau tak memang aku nak tepuk tepuk je dahi dia.
Dah lebih sebulan aku dengan Incek-Wira ni, aku rasa seronok pulak. Best jugak bawak auto kan? Nak pergi KL? Jalan jem? Dah tak heran dah. Hahhahahah...
**Hari ni Incek-Wira sangat sangat kotor. Badan putih dia tu dah ada dot dot hitam. Gile takde masa nak bawak pergi mandi buih. Kesian dia...
Saya berbaju kurung putih berbunga oren. Bertudung, ikat di depan. Saya bersimpuh berhampiran dinding, bersebelahan meja.
Sedang menunggu adik lelaki menghabiskan bacaannya.
Saya duduk sendiri sambil memerhati.
Di hadapan saya ada dua tiga orang lagi yang sedang membaca.
Oleh kerana saya duduk sambil memerhatikan dua tiga orang yang sedang membaca itu, saya fikir dua orang lelaki yang sedang berbual di sebelah meja sana tidak perasan saya mendengar perbualan mereka. Kami hanya dipisahkan dengan sebuah meja. Mana mungkin saya tidak dengar bukan?
Tapi saya pura² kusyuk melihat dua tiga orang yang sedang membaca di hadapan.
"Banyak² budak perempuan dekat sini kau suka siapa ye" Si Rambut Kerinting
Tiba² ustaz bersuara. Dan saya hilang fokus. Jadi apa jawapan bagi soalan itu saya tidak dengar.
Yang saya dengar selepas itu..
"Gila kau! Dia darjah lima lah!" Si Rambut Kerinting.
"Tapi aku suka dia jugak" Si Rambut Lurus
"Dia lagi tua la. Dia macam kakak!" Si Rambut Kerinting.
"Tapi aku suka jugak la. Dah kau tanya, aku jawablah!" Si Rambut Lurus
Saya pura² menoleh. Mereka berdua terus diam.
Pulang hari itu, seperti biasa Si Rambut Lurus akan melambai² sambil tersenyum.
Oh ye, Si Rambut Lurus dan Si Rambut Kerinting itu masing² berumur 9 tahun. Ya, mereka darjah tiga!
.
Dan di situ, di tempat saya mengaji itu, hanya saya seorang darjah lima. Hanya saya seorang yang berumur 11 tahun. Hanya saya.
Soalan pada hari ini : Cuba teka siapa saya?
Nanti bila yu dah dapat gaji yang first tu, belanja ai dengan dua orang kakak pakai spek dekat atas tu makan pizza ye. hiks!
Harap² ai tak terserempak dengan yu dekat kedai makcik sombong masa yu tengah tapau nasi. Kalau ya, memang ai cubit² yu dekat situ jugak. Kalau yu kata yu boring² kat opis, sebab tu yu jalan² kat kedai makcik sombong tu, ai boleh terima. Kita tak jauh mana. Nanti² boleh lunch date sama², dengan dua orang kakak pakai spek dekat atas tu.
Yu jangan rindu² ai dengan dua orang kakak pakai spek dekat atas tu sangat. Yu jangan risau, nanti kalau ada peluang, ai dengan dua orang kakak pakai spek dekat atas tu balas dendam balik bagi pihak yu. Ai mesti rindu yu jugak nanti sebab ai ada banyak list lagu yang ai nak suruh yu limewire untuk ai tapi tak sempat sebab yu dah berhenti. Takpe la, nanti i ym je list tu.
Pc ai ada banyak gambar yu. Kalau tak caya, ai tepek kat sini.


