wajib klik!

Saturday, 9 May 2009

mereka (dia) yang tertewas (tercedera)

macam yang aku ada kata kat entri sebelum ni, jari kakak-banyak-cakap kena jahit. kena empat (4) jahitan.

kemalangan di tempat kerja.

sekarang dia tengah berusaha buat muka sedih supaya dapat claim insurans lebih. hahhahaha

ehemmm...eheeemm...percent untuk ai jangan lupa ye darling. hehehhehe

gambar pada hari kejadian tidak sempat dirakamkan kerana aku over-geli-hati tapi tak sampai hati nak gelak sebab kakak-banyak-cakap merengek² takut taknak pergi klinik. aiseehhhh dah beranak sorang pun takut lagi ker? adoii...terpaksa la aku keluarkan segala ilmu memujuk dan melembutkan hati. tapi sampai klinik dia buat hal lagi. sampai dekat luar klinik dengar suara dia sorang je. bikin malu gue sama kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh je.

ni gambar² muka-kesian-supaya-dapat-claim-insurans-lebih.

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

***ai tak pernah baca buku mereka yang tertewas tu. ai tak ambik sastera ye. harap maklum

Friday, 8 May 2009

buat PERTAMA kalinya dalam hidup....

aku habiskan semua sekali pil² pahit yang dokter bagi termasuk antibiotik-giler-besar-tahap-gaban-susah-nak-telan tu

aku pergi dua klinik yang berlainan

aku jumpa dua dokter yang berlainan

dalam masa terdekat

sebab satu penyakit.

sakit BIBIR!

kondisi bibir sekarang : kering, terbelah kat tengah² disertai luka² kecil, kehitaman macam perokok tegar, sedikit bengkak macam salah cucuk botox dan pedih.

dan special thanks untuk mereka² yang telah memberi nasihat percuma, kutukan percuma, idea² mengarut percuma dan lawak² tidak-pandai percuma kepada aku ; terutamanya :

--> kakak-banyak-cakap yang kelmarin tangannya kena jahit. poyo penakut nak pergi klinik!

--> kakak-garang-merangkap-agen-pencari-jodoh yang asyik membebel suruh sapu ubat

--> kakak-takot-gemuk-merangkap-kelam-kabut yang selalu pura² tido dekat meja bulat padahal pasang telinga all the time

--> perempuan-banyak-skandal yang menghasut aku mandi sungai konon² bila bibir kena air sejuk ia akan baik

--> lelaki-yang-sedang-mengorat-aku yang asyik marah² sebab aku suka sentuh bibir yang luka dan tak bagi aku makan udang padahal dia yang beriya kopakkan kulit udang untuk aku

--> bonda-sayang yang baik hati selalu tak bagi aku diet

--> kakak-no-2 yang lembik-penakut makan ubat yang selalu kutuk² bibir aku

--> dan adik-perempuan yang senget-ntah-hape-hape takde kerja asyik mengepau boifren² dia.

semua ini dengan ucapan ai leb yu ol la! kutuk la lagi, tengok bibir ai jadi macam bibir angelino jolio nanti baru yu ol jeles.

Thursday, 7 May 2009

ini untuk Bonda Sayang~

hari ni, 07 mei 2009.

Dekat kalendar percuma dari customer yang aku letak atas cpu, nombor tujuh tu kaler merah. Tulis kat note bawah dia Pahang Hol Day (Pahang Only)

Orang pahang cuti la hari ni yer?

Ok, takde kena mengena dengan orang Selangor.

Tapi yang penting, hari ni hari lahir bonda sayang aku.

Untuk Bonda :

semoga panjang umur, murah rezeki dan dijauhkan dari perkara² yang tidak diingini. Nanti cuti, zura balik rawang ye. Rindu nak dengar bonda bebel; "Allaaaaaaaaaaa...balik umah mak bukan selalu, makan la. Toksah diet²"

- GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

**tudung kaler merun yang bonda nak tu, nanti zura belikan. saaaaaaaaaaaaayaaaaaaaaaannnnnngggggggggg mak sama banyak dengan bilangan kertas dalam dunia ni! muahhhh...muahhh!! ♥ ♥

Wednesday, 6 May 2009

dilema...dilema....DILEMA!

hari isnin kelmarin aku cuti kat stesen-kerang. so, aku keluar berpoya poya dengan lelaki-yang-tengah-sibuk-mengorat-aku.

hari selasa semalam aku pergi repair kereta. aku pergi dengan perempuan-yang-banyak-skandal sebab lelaki-yang-tengah-sibuk-mengorat-aku kerja kat kl.

balik dari repair kereta, lelaki-yang-tengah-sibuk-mengorat-aku ajak pergi mandi sungai. perempuan-yang-banyak-skandal laju je hasut aku supaya ponteng kerja kat stesen-kerang.

ok.

aku ponteng. pergi mandi sungai.

kira isnin memang tak keja, selasa aku ponteng. 2 hari dah tak jejak kaki kat stesen-kerang tu.

pagi tadi, kakak sulung aku SMS

zura, balik rawang x ptg ni? we all nak celebrate bday mak!


adehhhhhh...

kalau aku balik rawang, aku tak masuk kerja kat stesen-kerang lagi hari ni. kira 3 hari dah tak jejak stesen-kerang. nanti kakak-manager kata apa pulak. karang lelaki²-gatal kat stesen-kerang tu rindu kat aku pulak. hahahahah

kalau aku masuk kerja kat stesen-kerang, aku tak dapat celebrate birthday bonda tersayang. nanti bonda sayang aku tu kecik hati pulak. nanti adik-lelaki aku kata apa pulak. kakak² aku marah lak nanti.


dilema sungguh lah!

Tuesday, 5 May 2009

sebab polis tak tangkap la ai buat ni...

sorang kakak blogger telah tag ai dan dia kata ai adik manja... hehhehehehe..bikin ai senyum² malu je la kak ni. nasib baik ai ni kategori tidak cerah, kalau tak, merah² dah pipi ai.. ok..ok.. sudah! bab perasan memang laju je. jom kita baca sama² ye. 1. anda rasa anda hot? tidak la pulak. ai ni memang lambat hot. cool je memanjang. 2. upload gambar kegemaran anda adehhh...kena letak gambar gak ker? halah..halahhhh~ - GAMBAR UNTUK SIARAN SEMENTARA SAHAJA. HARAP MAAF -

ekekkekekekeke... ai dan lelaki yang sedang berusaha mengorat ai masa tengok piala FA kat bukit jalil haritu. kalau dia tau ai buat gini kat gambar dia, mati ai. hahhahahah. syyhhh....diam² tau.

3. kenapa suka gambar ini?

saja je nak suka. tapi perasan tak ai senyum semacam? tu sebab penyakit bibir-yang-sangat-kering-sakit-nak-mati tu. giler nak senyum pun susah sampai orang tegur "Ja, kau kuat hisap rokok ke hape?giler hitam bibir kau"

4. bila kali terakhir anda makan pizza?

adehhhh...lupa la. kenapa pizza? kenapa tak roti sardin? ai baru je lepas makan roti sardin ni.

5. lagu terakhir yang anda dengar?

tanpa - sixth sense

6. apa yang anda buat selain dari selesaikan tag ini?

sapu nivea lip care kat bibir. sakiitttt..~~~

7. selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?

ekceli ai ada banyak nama. semua² ai suka... heee~

8. mangsa tag seterusnya?

ok la, kali ni ai petik je la nama kamu ye. ok, ready!

pari² bukan ikan pari, jeela yang punya anak nama betty, julietchun yang takut katak hijau, ms lilies yang dok kat kj tu, vid yang ai masih hutang big apel dan sapa² saja yang rasa rajin-tahap-dewa nak buat tag ni

9. siapa no 1 kepada anda?

si pari² tu? kenalan blogger. asyik nak mintak ai belanja jeeeee....rasa nak pergi jumpa dia dan cubit² perut dia. boleh? hahhahahaha

10. bagaimana pulak no 4?

ms lilies? kenalan blogger gak. kakak yang ada 2 anak dara dok kat area kelana jaya. betul tak kak? tak jauh mana pun. nanti² boleh deting. ahaks..!

11. kata sesuatu tentang orang no 5?

dia student uitm. baru habis prektikal, tengah bz buat thesis. kuat makan. ai masih hutang dia big apel. oiitt vid, nanti aku pergi sacc aku calling² ko yer

12. bagaimana pula orang no 3?

julietchun? ntah chun ntah tak. ekekkekekekke...oitt..oittt..jangan marah yer. ai kirim katak kat opis yu nanti

13. siapakah orang no 2?

partner jenayah ai sejak tingkatan 4. sama² pergi tusyen, sama² cari plan camne nak ponteng kelas dan tidak sama² berstatus bujang lagi. dia sudah kawen dan ada anak nama betty yang kulitnya lebih kurang comel macam ai. ekekekeke

14. bagi pesanan untu orang no 6

ai caya sama yu la kalau yu rajin-tahap-dewa nak buat tag ni.

**ok, dah siap. nak hadiah!

Monday, 4 May 2009

rumah baru aku takde la best sangat...

...tapi...

sejak 5 hari tidur di rumah baru ni..

sudah 5 kali aku bangun lambat!

**balik kerja nanti nak pergi beli 5 bijik jam loceng lain² bunyi.

****bilik tak siap kemas lagi. giler malas aku nak kemas. takde mood

Friday, 1 May 2009

kamu agak² kenapa?

dah awal² bulan ni...

time² dapat gaji ni...

ada orang gatal tapak tangan kanan kan?

tapi...

yang aku gatal....

BIBIR ni apa kes?

kamu agak² ni sindrom apa?


a. sindrom nak makan sedap²

b. sindrom mulut nak laser

c. sindrom nak kena penampar (sebab mulut laser)

d. tiada kene mengena langsung

e. tiada satu pun di atas

f. kombinasi kesemua jenis sindrom

g. sindrom pindah rumah baru

h. ubat gigi expired

i. alergik

j. semua ini mengarut! kebetulan aje.


kamu rasa yang mana?


**ubat paling kecik yang doktor bagi aritu, sumpah pahit nak mati!