wajib klik!

Friday, 27 September 2019

Review meraban : Love affair in the afternoon

Hello...

Baru-baru ni I macam tak berapa busy. So, scrolling all socmed setiap petang buat kepala I pening, and here I am sign in balik blog and cuba untuk menulis balik.

Since dah jadi mak-mak (LOL) dan dah lama tak merapu meraban (menulis) I rasa macam hmmm...dari mana kita nak start mem-belog semula ya. Takkan nak tulis perihal rumah dan tangga, nothing much untuk ditulis pun. Takkan nak tulis hal dua ketul anak-anak..pun macam tak perlu lah. Cukuplah mommy simpan dalam hati (kah sangat) so, I decide nak cuba meng-review (in my personal opinion of course) tentang kdrama yang menjadi hobi I since I kahwin.

So basically, my husband tak bagi I tengok drama melayu sangat, which I think dia tak nak bagi I terpengaruh kot. Hahhah.. tau-tau lah drama melayu pukul 7 semua hero sweeeeetttt sangat. Lol. So I tukar ke kdrama yang bagi I more realistic. Of course la ada sesetengah yang tak masuk akal, but since its a kdrama, lain negara lain budaya so I tak boleh la nak berangan nak husband sweeeetttt macam dalam drama melayu kan. Hahhaha..

Ok, habis mukadimah tak seberapa, kita masuk kepada tajuk seperti di atas.

I baru sangat habis tengok kdrama ni. Baru sangat tu means, baru je sat ni. Beberapa minit yang lepas. Habis tengok terus I rasa macam nak mem-belog. So, lets start.

I tak ada experience meng-review, this is my first time ya. So maybe macam bengong sikit la review I nanti.

Keseluruhan cerita, macam tajuknya, ialah senang cerita scandal la ya. Scandal waktu petang. Agittewww.. Kita start dengan :

1. Choi Soo Ah
Choi Soo Ah ni mak anak dua, A-Jin dengan A-ram both girl. Housewife and living a good life, ada husband kaya, rupa cantik, rumah besar, kereta besar, like u know, hidup senang. Tapi dia tak happy dengan life dia. Husband tak faham dia, suka layan dia macam orang gaji sometimes. Since dia macam berduit, dan ada banyak free time especially lepas pukul 3pm sebab anak-anak gi sekolah and semua kerja rumah dia dah siap, dia keluar melayan nafsu dan perasaan dengan lelaki lain. Ada anak ikan la senang cerita. So pendek cerita, dia terjatuh cinta dengan sorang mamat pelukis, Do Ha Yoon, yakni mamat yang husband dia kenal. They all kenal masa Do Ha Yoon datang rumah dia and Do Ha Yoon nampak macam mana sedihnya and lonely nya hidup dia. Yelah, husband dia kan layan dia macam orang gaji gituuu.. So pung pang pung pang, both of them jatuh cinta and nak hidup sama-sama. Soo Ah ni mintak la cerai dengan husband dia, tapi husband is ego ok. Mana boleh lepaskan isteri begitu saja. Husband dia tak mau cerai. Tapi I is tak sokong Soo Ah ni ya. Sis, u ada anak ya. Please la selain fikir perasaan u yang kehausan kasih sayang ituu, sila lah fikir perasaan anak sekali ya. A-jin anak dia tu dah remaja. So faham-faham la remaja macam mana kalau tengok mak sendiri ada scandal kat luar. A-ram pulak masih tadika and of coz sikit-sikit nak mak.

2. Son Ji Eun
Son Ji Eun dah kahwin tapi takde anak. Dia nak tapi husband dia macam no feeling nak buat anak dengan dia. So dia takde anak, they all bela burung and itulah anak diorg. Husband dia sayang burung macam sayang baby ok. Since boring duduk rumah, dia kerja part time dekat supermarket. Kat sini la dia kenal scandal dia, Yoon Jung Woo. Jung Woo ni cikgu sekolah and dah kahwin jugak tapi wife kat US. At first Ji Eun ni tak suka Soo Ah sebab dia nampak and tahu apa yang Soo Ah buat (scandal). So dia rasa Soo Ah is sangat jijik, sampai la ada satu insiden diorang jadi close. Bagi I la kan, dia terpengaruh sikit dengan Soo Ah. Tapi yelah, dia pun macam Soo Ah jugak, lonely je. Senang citer key point drama ni, jangan lah buat wife anda kesunyian dan kurang kasih sayang. Hahaha..

Long story short, both of them Soo Ah dengan Ji Eun finally divorce jugak dengan partner masing-masing. Tapi in a good way, lepas tu masing-masing happy ending dengan life masing-masing.

Btw, drama ni adaptasi dari Japanese drama ya. Yang Japanese I tak tengok sebab I pening sikit nak dengar bahasa diorang (alasan apakah ini. hahhaa). Dan dari review yang I baca ending Japanese lain sikit (wife, tak sure watak Soo Ah ke Ji Eun, mati and its a sad ending)

Sekian review meraban dari mak anak dua tapi takde scandal. LOL

Till next time, daaaa.. 

No comments: