wajib klik!

Saturday, 16 January 2016

Ikan Stim Paling Mudah & Simple

Salam sabtu...

Jarang dapat post entry time weekend camni. Sementara anak bujang tengah leka main, boleh la nak menaip.

Hakeemi tak berapa sihat. Petang semalam ambik dari rumah pengasuh, dia dah selsema. Baby below 2 years tak boleh makan ubat selsema. Ini yang I baca dari internets la. Jadi dok fikir-fikir apa nak masak untuk lunch harini sekaligus untuk bagi Hakeemi sembuh selsema. Terus teringat dalam fridge ada ikan siakap sekor. Kawan partner bagi dia dapat hasil memancing. Itulah yang terus terfikir nak buat ikan stim.

Bahan-bahan guna apa yang ada dekat rumah je. Suruh partner pegi kedai beli halia dan serai je. Tapi serai takde. Belasah je la guna apa yang ada je.

Bahan-bahan :
Ikan
Halia
Garam
Sos ikan
Minyak masak
Perahan Lemon
Bawang putih
Bawang besar

Cuci bersih ikan. I masak separuh je since partner tak makan ikan. Lumur dengan garam dan sos ikan. Ketepikan sekejap dan mula hiris bawang dan halia. Perah lemon dan tapis. Lepas tu gaul rata semua bahan dan masukkan sekali sedikit minyak masak.

I tak guna sukatan. Semua I letak dan gaul sesedap rasa je. Tapi bawang besar I guna sebiji, lemon sebiji, halia agak-agak 2 inci dan bawang putih 6 ulas. Lebihkan sikit bawang putih sebab Hakeemi selsema.

Kalau nak lagi sedap boleh tambah cili padi dan serai. Jus limau pun boleh.

Lapis loyang dengan aluminium foil dan masukkan ikan. Oh ye, I buat ikan stim ni guna oven ye. Sebab kat rumah takde steamer. Panaskan oven 160° sekejap sebelum masukkan ikan.



Rupa ikan sebelum masuk oven. I tambah sikit air nak bagi dia berkuah.



Tutup aluminium foil tadi dan masukkan ikan dalam oven. Bakar selama 30 minit suhu 160°.

Gambar selepas masak tak sempat nak snap. Anak bujang dah start merengek.

Cara buat sangat simple dan mudah. Selamat mencuba.

Thursday, 14 January 2016

Primaland, Port Dickson

Salam...

Last year November, I plan nak bawak Hakeemi jalan-jalan. Kira first holiday Hakeemi la. Since Hakeemi baru 7mo plus masa tu, I plan nak holiday dekat-dekat je. So, ke PD la kami.

Few weeks before tu I perasan Primaland voucher dekat Groupon. Discuss sikit dengan partner and dia bagi green light untuk beli voucher tu. Gambar dekat web pun nampak cantik dan menarik.

On the day, kami gerak dalam pukul 11 macam tu dari rumah. Dan sampai PD around pukul 12.30. Check in dulu kot-kot mana tahu boleh dapat bilik awal. Staff kounter kata bilik tengah cuci tapi kalau nak letak beg dulu boleh je. Kami decide untuk pergi lunch dulu.

After lunch baru check in bilik. Kami dapat block A, tingkat 3. Mula masuk bilik tu sedikit frust jugak. Lantai basah, bilik pun nampak kusam dan lama. Tak menarik langsung.

Tapi sebab dah sampai pun, maka redha je la. Haha. Kami dapat waterpark ticket untuk 2 sesi. Petang dan esok pagi. Mereka separate dua sesi untuk sehari. Agak berlainan dari waterpark lain kan.







Ni semua gambar-gambar dari sesi petang hari pertama.

Hari kedua sesi pagi kami tak bergambar sangat.

Btw, gambar-gambar ni je la yang tinggal. Ini pun sebab ada share dekat FB. Sebabnya, handphone I hilang dekat Ikea Damansara. 😢 Sedih sangat-sangat sebab banyak gambar Hakeemi dalam memory card. Dah la takde backup. Tambah lagi sedih. 😢😢

So far, waterpark ok. Banyak pool. Ada slide yang menarik untuk kanak-kanak. Bilik tak berapa ok bagi I. Dan breakfast untuk pagi tak ada. Boleh bawa makanan sendiri untuk breakfast atau keluar je area teluk kemang tu. Banyak gerai untuk breakfast.

Nak repeat lagi? Maybe tak. Sebab jauh dari pantai dan bilik tak menarik. Tapi mana tau la kan esok lusa berubah hati nak datang lagi. Haha..

Wednesday, 13 January 2016

Sempena Azam Baru

Salam...

See..semangat nak update blog.  Kite tengoklah berapa hari semangat ni mampu bertahan. Hahaha...

Dan sempena azam baru ni juga, I buka comments box lagi. Rindunye zaman aktif berbelog dulu.

Jadi,  lepas baca harap komen ye. 😁


2016

Hello 2016...


2015 ada banyak kenangan pahit manis kehidupan. Alhamdullillah syukur untuk semua rezeki yang Allah kurniakan. Lebih-Lebih lagi Hakeemi kesayangan.

So, 2016 ni dimulakan dengan azam update blog sekerap yang mampu.

Tunggu dan lihat je la nanti.