Rasanya I pernah baca novel yang sama macam tajuk kat atas. Cincin permata biru.. Ke lain tajuknya? Entah lah. Dah lama masa zaman sekolah-sekolah dulu. Tapi jalan cerita novel tu memang barkait rapat dengan cincin permata biru. Kisah misteri dan seraaaammm... I pinjam dari kakak. Kakak pun rasanya pinjam dari kawan sekolah dia.
Setelah 2 hari cuti dan sibuk habiskan kerja-kerja tertunggak, tiba-tiba I terbayang cincin permata biru di jari seseorang. Tapi I tak boleh ingat siapa orangnya. Dekat mana I nampak. Dan bila I nampak. I cuma terbayang seseorang sedang berhadapan dengan I. Berbual tentang sesuatu. Dan I hanya tenung jarinya yang ada cincin permata biru.
Tapi I masih tak boleh ingat.
Puas berfikir. Mungkin mimpi. Misteri sungguh.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, 29 January 2014
Wednesday, 8 January 2014
Rasa
The moment bila I baca blog or apa saja yang bercerita
tentang bius di belakang badan, terus I terasa sengal. Terus teringat balik apa
yang dah terjadi masa I dekat hospital dulu. Betapa sakitnya bius separuh badan
tu. Siapa yang kata tak sakit, memang hebat lah. Or memang ada benda lain yang
lebih sakit sampai tak terasa bius tu sakit, macam contraction contohnya. Tapi
percayalah, bius belakang badan tu memang SANGAT sakit. *usap belakang badan*
Thursday, 2 January 2014
Manusia
Manusia biasanya tak notice perkara yang meluat tentang diri
masing-masing. I pun agaknya macam tu jugak. Tak semua benda yang kita suka
buat, orang akan suka. Masa zaman sekolah menengah, ada seorang kawan yang
prihatin bagi I surat. Dalam surat tu tertulis yang seorang lagi kawan tak suka
cara I bercakap. Masa tu rasa bertuahnya ada kawan yang prihatin sebab tanpa sedar
kelakuan I telah menyebabkan orang lain sakit hati, sampai jadi topic bercerita
antara satu sama lain. Tapi dalam masa yang sama kelakar pun ada gak. Tapi bila
dah tahu, of course I akan cuba kurangkan bercakap dengan orang tu. Sebab I
sedar dan sedia maklum, hidup bermasyarakat kena ada toleransi dan sikap hormat
menghormati. Kalau dia tak suka, tak pe. Ada orang lain yang suka. Jadi, pergi
bersembang dekat orang lain yang suka.
Tapi manusia pun ada juga sikap bergosip sesama sendiri. I
pun kadang-kadang TERcerita juga perihal orang lain dekat orang lain. Tapi
cepat-cepat sedarkan diri dan pesan pada diri sendiri, kalau kau tak suka orang
mengumpat pasal kau, jangan mengumpat pasal orang lain. Simple kan. Semenjak
dikhianati dengan kawan sendiri dulu, I selalu ambil langkah berjaga-jaga.
Selalu pujuk hati sendiri dan selalu ingatkan diri sendiri apa yang kita buat,
semua ada balasannya. Cepat atau tidak, semua itu ketentuanNya.
So, sempena tahun baru, I nak tambah lagi 1 pesanan untuk
diri sendiri : Bila-bila masa saja kawan boleh jadi lawan, set border antara
satu sama lain dan jangan berlebih-lebih. Sometimes, kita rasa orang suka kita
tapi sebenarnya tak suka pun.
Azam tahun baru? Tiada. Sebab setiap hari I akan buat azam.
Hari ni azam I ialah diet dan makan BANYAK sayur untuk dinner. Tapi sayur pun
tak beli. Besar kemungkinan azam ni akan ditunda ke hari esok pula. Selamat
tahun baru!
Wednesday, 1 January 2014
2013 in summary
Post pertama tahun ni. Sekejap je masa dah berlalu kan? Dulu
masa kecik yang paling I ingat kalau bulan puasa tu terasa laaaaammmaaaaa je
nak habis sebulan. Bila dah makin bersar, makin rasa sekejap. Mungkin sebab dah
makin matang.
Jan 2013
Kerja. Kerja. Kerja. Kerja dan last minit preparation untuk
majlis kahwin.
Feb 2013
Hari pertama pada bulan Feb, Alhamdullillah, selamat menjadi
isteri orang. Setelah sekian lama asyik kena soal bila nak kahwin, akhirnya
kami kahwin juga. Ni baru betul orang kata dah sampai waktunya. Dah sampai
seru.
Mac 2013
A normal routine as a wife. On mac jugak I buat keputusan
untuk cabut gigi geraham bongsu I yang tak sempat membesar sebab ruang yang
sempit. First time juga scan gigi. Cabut gigi dan mc 3 hari. First time juga I
buat pregnancy test 3 hari sebelum cabut gigi. Results, -ve.
Apr 2013
After 2 weeks tanpa period, I buat sekali lagi pregnancy
test dan kali ni +ve. Buat confirmation dekat klinik dan doc cakap dah 6weeks.
May 2013
Kerja. Kerja. Kerja. Masa ni consume folic acid saja. Makan
tak memilih tapi semua tak boleh masuk. So on off muntah.
June 2013
First time pergi Klinik Desa dan buka buku pink.
July 2013
Puasa. Puasa selang seli. Next appointment dengan klinik
desa kalau tak silap on 29th. Tapi on 26th malam masa
scan baby, kami dapat berita sedih. Baby dah tak ada. Admitted at PPUM.
Aug 2013
On 1st aug, akhirnya baby keluar setelah 4 hari I
dekat hosp. MC for 2 weeks dan celebrate Raya ala kadar saja. Continue kerja
after MC dan semua colleague I sangat supportive.
Sept 2013
Kerja. Kerja. Kerja. Kerja. Back to normal routine.
Oct 2013
My birthday on 5th. Small celebration dengan
partner dan May.
Nov 2013
Usaha mengganti puasa sebelum get pregnant sekali lagi.
Bulan tak sihat. I batuk berminggu-minggu lamanya. Unplanned trip with partner
to Penang.
Dec 2013
Still continue ambil acid folic. Trip to Kelantan. May beranak
and kami dapat 3 ekor cucu bulus yang sangat gebus.
Itu summary I untuk last year 2013. Semoga tahun 2014 ni
membawa sejuta kebahagian buat I dan partner serta keluarga kami. Insyaallah. Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)