I tak berapa nak ambil tahu hal isu semasa sekarang ni. Jadi, I tak berapa nak tahu hal demonstrasi hapuskan PTPTN tu. Eh, hapuskan PTPTN ke? Maaf, I tak berapa tahu. I hanya dengar-dengar dan baca-baca sikit saja. Tapi apa yang I tahu, I rasa kesian dengan mereka. Kenapalah nak memalukan diri sendiri dan keluarga?
I sendiri pun ada pinjaman pelajaran. Tapi bukan dengan PTPTN lah. Masa zaman kolej dulu, I selalu rasa hampa. Kenapalah I tak apply PTPTN sebab loan yang I apply tak meriah macam loan PTPTN. Tapi kebanyakkan student kolej I tak apply pun dengan PTPTN. So tak lah terasa sangat. Cuma kadang-kadang kalau jumpa kawan dari kolej lain yang apply PTPTN, memang nampak ketara. Kami ni cuma dapat elaun bulanan seciput saja. So, tak dapat la merasa hidup mewah. Dalam tak mewah tu, I dapat gak beli handphone sebiji. Nokia 3310 yang glamer dulu tu. Masa mula beli takut giler nak bawak balik rumah Yelah, masa dapat loan tu, tengah dok cuti mid term. Siap nyorok handphone dalam almari baju. Orang pertama yang tahu I beli handphone ialah abang sepupu. Masa tu, ada orang dok kacau-kacau main miss called dan hantar SMS. Sekejap-sekejap asyik berbunyi handphone tu, sebab tu dia perasan. Terus satu rumah tahu. Lepas tu, terus mengaku kat mak, yang loan dah dapat. Beli handphone sebab senang nanti nak contact rumah. Ataupun senang mak nak contact I. Tapi lastly, handphone tu buat bercinta saja. Kalau ada apa-apa nak call rumah, I guna phone reverse charge kaler kuning tu. Eh, u all tahu tak phone tu? Macam public phone. Bila angkat gagang je, terus ada suara operator. Tapi tak selalu lah. Takut bil telefon rumah melambung nanti. Biasanya I kumpul syiling saja. Setiap malam beratur kat public phone tunggu giliran. Meriah.
Tapi sekarang, rasa bersyukur sangat sebab tak apply PTPTN dulu. Walaupun tak meriah, dapat elaun sikit saja, tapi zaman kolej tetap happy. Setiap hujung bulan, kalau masuk elaun, semua pakat outing kat bandar. Semua pakat serbu The Store dengan Mydin sebab nak beli barang keperluan. I pula, sibuk keluar dating. Hahaha..Jangan tiru. Sebab kami semua hidup dalam bajet yang terhad, lolipop Churp-churp pun beli sebiji kongsi berdua. Kalau The Store ada sales, dapat beli T-Shirt harga lima ringgit pun dah cukup bagus. Tapi biasanya elaun guna untuk makanan saja. Kredit handphone pun topup sebulan sekali. Dulu mana boleh topup RM10. Zaman I dulu, paling sikit kena topup RM30. Nasib baik zaman kolej I ada boyfriend. Jadi, time sesak-sesak, dekat dialah I menumpang makan. Hahah.. Rindunya zaman kolej.
Dan nasib I agak baik. Dengan results diploma yang tak seberapa tu, I boleh buat pengurangan pinjaman. Daripada puluhan ribu, lima digit, pinjaman I dapat dikurang ke ribuan saja, empat digit. Alhamdulliah.