apa yang ai buat sejak entry terakhir ai tahun lepas?
1) ai buat keputusan yang ai tak tahu betul atau tak. ai tender resign.
ai menangis kat tangga belakang. ai tak tahu kenapa banyak sangat yang dengki ai. balik kerja pun menangis. dan ai rasa biarlah, mungkin dah tak ada rezeki dekat situ. bila last minute company counter offer, ai sikit pun tak rasa happy. last minute bila dah tak ada replacement baru terhegeh-hegeh nak counter offer? ai bukan macam orang lain yang tender resign untuk naik gaji. ai tender sebab ai sangat tak sangka orang tak percaya kerja ai. ai rasa kalau sekarang diorang boleh nak mempermain-mainkan perasaan ai, esok lusa pun diorang boleh buat.
jadi, bye-bye.
2) Job hunting. ai tak sempat nak ada back up plan. jadi ai merayau-rayau kat jobstreet hari-hari. beli The Star hari-hari. Masuk kawasan perindustrian hari-hari.
3) Mak ai disahkan ada kanser. Mak tak bagitahu ai. Mak bagitahu kakak. Admitted kat HUKM. Ai ada masanya tak prihatin dengan perasaan orang. Ai mengaku. Ai pemarah. Ai mengaku. Sebab tu agaknya mak tak bagitahu ai. Sebab selama ni ai yang bising suruh mak buat medical check-up. Tapi mak dengar cakap bapak. Bapak suruh ubat kampung je. Mungkin sebab tu mak tak bagitahu ai. Mak takut ai marah. Mungkin.
4) Ai ulang-alik hospital gak. Buat scanning. Merasa la rasa jelly sejuk tu kat tempat sensitif.Ai buat trucut jugak. Merasa la diseparuh-bogelkan depan orang lain. Merasa la diraba-raba, dipicit-picit dan ditekan-tekan. Tapi ai tak ada choice. Ai redha.
5) Dapat kerja. Tak jauh dari rumah tapi jalan jem. Kerja yang ai rasa tak best. Manager ai baik. Sangat baik. Siap lunch sama-sama. Tapi bini CEO tak baik. Ai tak suka. Ai benci. Dia tak suka ai balik on time. Dia suka staff dia OT. tapi OT percuma sebab dia tak suka bayar OT. %%#^***!&*^ Gila kan? Ai kerja 3 minggu and terus say bye bye.
6) Result untuk no 4 ok. Bukan kanser. Syukur. Fibroid/ Lump biasa je. Tapi still menakutkan.
7) Job hunting lagi dan kerja wajib ai ialah hantar penderma belanja bulanan ai pergi dan balik kerja. Shah Alam - Batu Caves - Shah Alam. Dia yang bayarkan duit kereta ai, duit sewa rumah ai, duit makan ai. Jadi ai tak boleh merungut kalau dia balik kerja 4 pagi dan suruh ai ambik dia.
8) Job hunting dan ulang alik HUKM. Syok. Boleh bangun lambat. Tapi tak syok sebab tak ada duit sendiri. Walaupun ai ada ATM card orang di no 7, tapi ai tak berani nak keluarkan duit. Ai nak dia percaya ai.
Supaya dia boleh bagi semua ATM card + buku bank dekat ai. Hahahha
9) Pergi 4 sesi interview dalam satu hari. Damansara - Batu 3 - Shah Alam - Subang Jaya. Damansara - offer gaji tak menarik. Parking kena bayar. So, ai reject. Batu 3 - sama gak. Nak offer gaji tak menarik. Shah Alam - dia suka ai. Tapi dia warning kalau ai dapat kerja dia taknak ai rapat sangat dengan staff melayu lain. Apekah? Subang Jaya? Entahlahh...dah petang sangat. Ai penat. Hahaha
10) Ai fed up pergi interview. Last-last pergi interview dekat kilang. Interviewer 3 orang. Sorang tu kerja nya asyik gelak je. Ai tak buat lawak pun. Ai musykil.
11) No 10 offer kerja. Dan no 9 kat Shah Alam pun offer. Ai dilema. Ai pergi no 11. Sebab ai rasa tercabar. Interview macam-macam. IQ test + computer test + Math test. Ai nak sangat tahu apa related nye test yang ai buat tu dengan kerja. Tapi ai x sempat nak figure out. Tak sampai sebulan kerja, pasaraya panggil ai interview. Call dan email. Ai kesian ai pergi.
12) Pergi dan accepts offer diorang.
13) Mak dan bapak ai bawak ai berubat kampung. Lump ai tu. Masa berubat orang tu kejap-kejap suruh ai rasa, ada lagi tak. Ada lagi tak? Terpaksalah ai seluk dalam baju dan raba-raba. Bongok kan? Ai rasa macam bodoh. Dia kata benda ni dah lama sebenarnya. Buatan orang. Ayat biasa kalau gi ubat tradisional. Kesan? Tak ada apa-apa. Masih je ada lagi lump tu.
14) Mak dah sihat sikit. Tapi kurus. Chemo ok. Ai sayang mak.Muahh..muahh..
15) Dapat anak buah baru. 4.56kg masa lahir. Comel. Semangat.
16) Dah hampir setahun. Ai tak buat apa-apa operation untuk buang lump lagi. Dan ai rasa ia semakin membesar. Ai takut.
17) Ai berusaha untuk kurus. Semua orang kata ai gemuk. Dan memang ya peha ai dah membesar. Jadi marilah memberi petua, cara-cara yang berkesan dan semangat untuk ai kurus.
18) Mak risau ai tak ada planning untuk kahwin lagi.
19) Ai dah lama tak bercakap dengan owner rumah sewa ai. Kami duduk sekali. Dia mengata belakang ai. Dia marah-marah ai. Tapi bukan depan-depan ai la. Ai tak suka orang macm tu. Dia pura-pura baik depan ai.
Ai tak heran la nak ada kawan macam tu. Dah lah semua produk katalog yang ai join (contoh avon, cosway) dia sibuk gak join. Dia pendengki sebab housemate lain dok order barang dari ai. Padahal ai tak heran pun dengan produl MLM dia tu. Orang macam ni memang +^$#@@!@#$ Boleh mendatangkan kemarahan.
20) SEMOGA lump yang ai ada tak memberi masalah pada ai. Ai dah decide nak operate. Semoga mak ai boleh sembuh sepenuhnya. Semoga kereta ai tak selalu meragam. Semoga ai dan orang di no 7 murah rezeki supaya kami dapat buat sesuatu untuk no 18. Walaupun ai tak berapa ngam dengan perangai dia, tapi dia ada masa ai perlukan dia. Dia lelaki jahat yang baik. Dan semoga no 12 naikkan gaji ai. :) Amin..
Ai rindu semua. Ai rindu kawan-kawan kat ofis lama.
Ai rindu masa ai membelog hari-hari macam dulu walaupun sekarang dah tak macam dulu.
Tapi ai boleh cuba. :)
p/s : sedang dalam proses meng-revamp blog ini. sikit-sikit...
4 comments:
doakan yg terbaik utk kamu, hanya satu pesanku, kalo makan nasi minyak jgn lupa jemput aku ngan mimi sudahlah.
dan semoga kamu tak takut jumpa doktor ya.
jenguk2
jaja. lump tu gi buang je. xde apa2. aku dh tempuh semua tu. lump kt breast. siap dgn 3kg cyst kt rahim. heh.
jul : tq utk doa. yelah, nnti ai jmput. xkan lupa punye
kak ita : sila2
kak tm : iye? sama la kak. tp ai saiz dh over2. mnakutkan~
Post a Comment