wajib klik!

Tuesday, 14 August 2012

Puasa & Raya



Sepanjang Ramadhan langsung tak ber-belog kan? Ohh.. ada satu post.  Tak punya kerajinan yang tinggi sekarang ni. Rajin setakat ada idea nak menulis, tapi nak menaip tu, terus jadi tak rajin.




Sekejap saja masa berlalu. Ramadhan pertama, I tak excited sangat. Entahlah, sebab rasa macam cepatnya masa berjalan. Dah Ramadhan? Rasa macam tak percaya. Tapi dah minggu-minggu terakhir ni, rasa macam ehh..janganlah cepat Syawal. Tak puas lagi nak berpuasa. Sebab minggu ni dah tak boleh puasa. Ingatkan I boleh puasa sebulan, sebab kitaran bulanan tak menentu sekarang ni. Kadang-kadang tu 25 hari kitaran je. Kadang-kadang tu boleh sampai 32 hari. Punyalah berharap tapi apakan daya, bulan ni cuma lewat 3 hari saja, lepas tu terus....tak boleh puasa.



Sepanjang puasa, berat cuma turun 1.5kg saja. Tak membanggakan pun, tapi boleh memberi semangat. Sangat suka tengok jarum penimbang dah beranjak sikit. Ni semangat supaya raya nanti I boleh jaga makan. Tak mahu naik lagi. Tak mahu. Tak mahu.



Raya hujung minggu ni. Apa yang I nak beli untuk rumah Mak, semua tak beli lagi. Semua bertangguh. Semuanya tak ada mood nak pergi beli lagi. Tapi malam tadi, teman sepupu partner I cari baju raya, I jadi excited pulak. Beli la sehelai baju kurung size S tanpa cuba dengan harapan 1.5kg yang dah hilang tu boleh buat I muat baju kurung size S. Balik rumah, cuba. Sarung baju....muat. Cantik elok terletak dekat bahu. Sarung kain.....TAK MUAT. Terus stress. Terus nak call Mak, nak tanya Mak boleh alter tak kain tu. Tapi...bila fikir balik, kain tu nak alter macam mana? Mana boleh. Sayangnyeeeeee...baju dah cantik. Kain tak boleh masuk pulak. Terus rasa nak pergi beli kain lain. Suruh mak jahit kain yang lain untuk baju tu. Tapi sayangnnnyeeee....kain tu cantik.



Walaupun penjual baju tu kata boleh tukar, tapi malam tadi, masa beli tu corak yang itu ada dua size saja. S dan XL. Tak mahu corak yang lain. Yang lain tak cantik. Nak yang itu juga. Kalau mintak tukar kain saje boleh tak? Kain S tu tukar dengan XL tu pun boleh. Kain kat dalam kan. Kalau longgar boleh pin. Tapi mahu ke penjual tu bagi tukar kain saja? Mesti tak boleh kan...kesian gak kat orang lain yang beli size XL tu nanti. Bencinyeeee...bila peha nak kurus ni?



Terus hilang mood nak raya. Peha tak kurus. So, pagi raya nanti jangan makan rendang!




 P/S : I tahu blog ni tak ada siapa pun yang singgah. Tapi kalau ada sesiapa yang TERsinggah tu...SELAMAT HARI RAYA!!


Friday, 3 August 2012

Dilema



 Samsung Galaxy atau Blackberry?



I kena bagi jawapan segera sebab yang nak belanja ni, banyak songeh pulak. Dia kata, kalau lambat-lambat, dia tak jadi nak belanja. Banyak songeh sungguh.

I pun banyak songeh jugak. Kejap nak ini, kejap nak itu.


Dilema sungguh.

Wednesday, 18 July 2012

Kerja




I tak ingat bila. Sebulan lepas atau dua bulan lepas, I dapat call dari account manager ofis I ni. First dia call, I tak jawab. I malas nak return call sebab malas nak dengar apa sebab dia cari I. kami sedang buat system yang baru untuk contract submission. Jadi, I fikir mesti dia nak complaint kerja I ni. Abaikan.




Sehari lepas tu, dia call lagi. I jawab dan terkejutnya, dia bukan nak complaint kerja I, tapi dia nak offer kerja dekat I. Berminat tak nak kerja kat account dept? Tanya dia. Dan-dan tu jugak I kata, u tunggu, I datang tempat u sekarang. Excited kan? Of course la excited.




Kami hanya borak biasa-biasa saja. Tanya itu ini sikit-sikit. Dan dia juga explain apa yang dia mahu. At the end, dia tanya, macam mana I nak transfer ni? Boss tak marah ke? I pernah tanya dekat ex-manager I macam mana dia boleh transfer dept? Dan I rasa, dia beritahu boss I sebab boss I tiba-tiba kata, If u rasa nak learn new thing, I boleh support u kalau u nak transfer dept.




See. Dia mahu support. Masa tu I rasa patah hati sekejap. Boss aku tak suka akukah ? Hahaha..drama sangat. Lepas tu terus log in jobstreet. Kahkahkah….




I beritahu account manager, kalau u rasa u nak ambil i, LET ME KNOW. I akan discuss sendiri dengan boss I. Dia kata ok, dan dia nak fikir dulu sebab dia ada few candidate dari luar.




Lepas tu, semunya senyap. I fikir mungkin dia ada better candidate. I kan nama saja ada basic accounting, tapi hampeh bukannya terel sangat pun. Kehkeh…





So, tak lama tu, memang betul, dia ambil orang lain. I pun tak fikir apalah. Takda lah nak patah hati sangat sebab memang dari awal dah kata, kalau ada rezeki ni, adalah. Kalau tak ada, redha saja.




Tapi, baru-baru ni sempat berborak sekejap dengan sorang kakak ni. Dan dia bagitahu, boss dia memang nak ambil I pun. Tapi Abang J tak bagi. Mengamuk Abang J, kata kakak tu. Ciss punya Abang J. Tak bagi orang transfer dept. Tak bagi orang naik gaji. Baru berangan nak dok kat ofis atas. Memusnahkan harapan orang je.  






*loginjobstreet* 



Wednesday, 11 July 2012

Padan Muka




Ada 11 report nak kena buat. By petang before balik nak kena siapkan. Tapi sebab fikir sebelum ni dah pernah buat so, dah tahu short cut. Tapi sebenarnya dah pernah buat tapi tak berapa nak ingat. Pastu dengan confident-nya pi run report, sambil run sambil menguap, sambil pi gugel bb cream apa yang best. Ya, I tau tak baik sambil buat kerja sambil mengular. Tapi pagi ni sejuk, cuaca sejuk, ekon opis lagilah sejuk. Mata layu. Buat report yang sama untuk 11 code yang berbeza adalah sangat boring. Mengantuk hoih. Jadi otak kata, hoi, marilah kita gugel bb cream apa yang best. Dah nak raya ni hoi, takmau bergaya kah? Muka dah banyak jerawat, jom gugel sekali ubat jerawat apa yang syok.




Dengan sangat konfiden I subtotal semua data. Highlight mana yang takmau. Tanpa sedar ter-highlight sekali benda yang mau. Tak cek pun. Main save saja. Dan bila 5 report dah siap, baru perasan column tu dah ter-delete sekali.




Sekarang kena ulang balik buat dari yang first. Padan muka sekali lagi! 



Monday, 2 July 2012

Kegembiraan & Kesedihan




I cuba pakai seluar kerja 7 tahun lepas. Yeayy..! Muat. Ngam. Tak ketat. Tak longgar. Gembiranyaa…




Tetapi I cuba pakai kebaya 7 tahun lepas. Ketat. Kain sangkut kat peha. Tak lepas. Baju boleh butang tapi tak sampai seminit butang terbukak balik. *nanges*




Tu maknanya seluar 7 tahun lepas tu besarkah? Oh tidak. Tapi Mak pujuk. Kata Mak, kebaya tu boleh alter. Kain pun boleh. Sebab Nyonya yang jahit baju tu potong kain tu besar. Basi kain ada lebih berinci-inci. Boleh alter. Tapi I tak mahuuuu… I mahu alter body ni. Bukan alter baju. Lantas Mak bosan bila I asyik picit lemak di perut dan pinggang sambil merengek-rengek Kenapa kita dah gemok Mak? Kenapa?  Mak join tengok berita di depan.




Menangislah si gemok keseorangan. T__T


 

Friday, 29 June 2012

Inspirasi, Jogging dan Macam-Macam




Macam-macam maksudnya banyak yang nak ditulis.



Rasanya semua orang pun tahu betapa excitednya I nak turunkan berat badan. Sebab partner I tak suka I gemuk. Dia mahu I kurus. Sedangkan masa first time dating tengok wayang dia kata, I ok saja. Tak gemuk. Sekarang, bila dah 3 tahun bercinta, baru sibuk nak komplen kata I dah gemuk. Apakah? Oh yelah, I memang dah lebih membesar dari dulu. Baju lama ada yang dah tak muat nak dipakai. T__T



I memang banyak google hal diet, pemakanan sihat, bagaimana mahu kurus, senaman untuk kurus, etc..etc..etc Tapi, semua tu I baca saja. Ada yang agak menarik, i copy dan simpan. Tapi simpan sajalah. Praktis belum tentu lagi. Sampailah di suatu petang yang indah, i terjumpa blog seseorang. Memang sangat memberi inspirasi. Memang I kata dalam hati, dia ni boleh, takkan aku tak boleh. I keep baca blog dia. I baca dari first post dia sampailah ke current post. Nasib baik blog dia jenis tak berat. Kalau blog jenis nak loading 1 post pun ambik masa 10 minit, memang mintak maaf lah. I rela tak baca langsung. Dia yang asalnya gemuk sekarang sudah kurus. Dengan cara yang sihat. Mungkin ada yang dah tahu tentang dia, mungkin ada yang belum. Tapi tak kisah lah. Setiap kali i fikir mahu lupakan diet, enjoy sajalah makan apa pun, I akan ingat blog dia. Nanti, I share disini. Nak mintak izin dulu.  =)



Dan, bila i dah terinspirasi, barulah I ada semngat. Kutukan dari partner I memang semangat, tapi tak cukup membantu. I mahu semangat yang lebih lagi. Jadi, I sedar. Diet saja tak cukup. I kena buat sesuatu untuk keep fit. Jadi, marilah kita berjoging! I cuba untuk jogging setiap petang lepas balik kerja. Tapi biasalah, manusia macam I ni, kadang-kadang semangat kejap naik, kejap turun. Tapi so far, I akan cuba juga untuk jogging. Alah, pegi tasik dekat dengan ofis ni saja. Balik kerja, masuk kereta, tukar baju laju-laju (Ya, i tukar baju dalam kereta. Hahhaha..) dan terus pergi tasik. Baru nak start, jadi jangan haraplah I dah kurus. Makan pun tak berapa nak jaga. Baru sat ni I lunch Mekdi tanpa rasa bersalah. Dan sekarang sedang menyedut Chatime pula. *pengsan*



Alhamdulliah, sekarang dah boleh jogging non-stop satu round tasik. Sekali je I pernah run dua round non-stop. Pastu memang rasa nak merangkak lah pergi dekat kereta. Nak tekan pedal minyak pun rasa tak mampu. Seminggu dua lepas demam ni I layan satu setengah round saja. Kelmarin hampir muntah tepi tasik sebab tak larat. Tapi nasib baik I mampu berlagak macho. Boleh kontrol lagi. Tak jadi nak muntah. Kalau tak buat malu saja dengan apek yang joging pakai selipar jepun tu. Gila hebat dia. Tiga round non-stop. Rambut dah kaler putih tapi masih larat lagi. I? Hehehe…Takpalah, bagi can kat diri sendiri. Lemak banyak oihh..tak larat nak bawak.



Dan dua tiga hari ni ada sorang lelaki India tegur I. I biasa saja. Bila dia kata hai, I katalah hai balik.. Bila dia kata lambat hari ni, I senyum saja. Padahal bukan selalu pun I terserempak dengan dia. Tapi lantak pi lah. Saja nak borak kot. Tapi semalam adalah paling kelakar. I parking saja kereta I sudah nampak dia. Tengah cool down kan badan. I buka bonet, ambil kasut dan pi balik kat seat, pakai kasut. I saja buat lambat sebab malas aih nak beramah mesra dengan dia. Sat-sat gi tu mesti dia nak balik. Jadi, buat lambat-lambat lah, biar dia balik dulu. Tapi dia datang dekat dengan kereta I. Dia kata Hai.. I buat tak dengar saja. Hahahhha...I kalau berlakon pura-pura tak dengar memang handal. I buat biasa saja. Pakai stokin, pakai kasut, ikat tali kasut...buat slow-slow saja. Kahkah...tercongok dia kat depan kereta I sambil goyang-goyang kaki, goyang-goyang tangan. Cover malu lah kot.



Tapi takkanlah I nak pakai kasut sejam kan. Dah habis slow dah I pakai kasut, tapi dia tak blah-blah jugak. So, I buat-buat tak nampak dan terus lock kereta. Sebab dia berdiri kat depan kereta yang park kat sebelah kereta I, I pura-pura la tertoleh. Dan senyum sajalah. Tiba-tiba dia Lambat hari ni?  Hahahha…macam takdak soalan lain nak tanya kan. I angguk dan senyum saja, terus jalan tak pandang dah. Lain macam oih lelaki ni. Rantai emas dia bukan main besaq lagi bersinar. I yang perempuan pun tak pakai rantai emas macam tu. Tapi suka hati dialah kan. Harta dia. Tiba-tiba dia kata Balik dulu. Malam ni ada bola.   Dan dia harap I nak jawab apa? I balas OK saja dan terus tak pandang belakang. Masaklah. Dia tau dah kereta I. Tapi I mati-mati takmau toleh belakang nak tengok kereta dia. Tak kuasa haih. Satgi dia ingat I mahu tapi malu pulak. Tak mau. I tak mahu. Menakutkan saja. Orang datang tasik nak jogging. Bukan nak cari kawan. Kalau pun I nak cari kawan baru, perempuan cukuplah. Lelaki tak mau lah. I takuitt...Manusia sekarang ni bukan boleh percaya sangat kan.



Petang ni masih berkira-kira. Mahu jogging atau tidak?

Saturday, 23 June 2012