wajib klik!

Sunday, 7 February 2010

B.E.N.C.I

Sumpah ai bizi. Tiap tiap minggu pun bizi.


Nak deting deting pun kena angkut lelaki-yang-ngorat-ai masuk opis skali. Paksa dia tolong buat keja.


Balik keja bukan boleh balik rumah terus. Kena teman lelaki-yang-ngorat-ai pegi buat keja partime dia pulak.


Jadi kalau sekali sekala ai nak masuk opis lambat waktu hari cuti, jangan la nak ungkit ungkit. Ai bosan. Ai masuk opis pun dah kira ok kan?


Lepas tu main aci sebut je "dah tau kena keja, apesal balik lewat malam tadi?"


Ai ada masalah ke, ada apa ke takkan semua nak canang? nak kena bagtau? nak kena jerit kuat kuat ke?


Ai fedap orang macam ni. Sumpah ai fedap! Kalau ikut hati ai, klau main ikut rasa je memang dah lama ai gaduh. Apa dia ingat dia balik awal, dia datang ofis awal, dia stayback sampai tengah malam dia punya keja bagus ke? Keja dia siap ke?


Memang ai keluar malam. Tapi ai ada sebab. Ai bukan keluar clubbing. Tak pernah jejak pun. Ai bukan keluar tak tentu arah. Ai ada sebab.


Sedangkan, dia yang suka komplen ai tu la yang selalu je buat kucar kacir. Dah penah dua kali dia tinggal keja macam tu je. Lepas tu tak datang. Kata mc. Padahal dia tau keja tu urgent nak mati. Memang nak kena setel. Memang nak kena kuar gak aritu. Lepastu ai yang terpaksa setel kan. Bila call nak komfem kan apa apa tak pernah nak jawab call. Kerja jadi double sebab kena buka file satu satu. Sebab ai mana tau dia save dekat mana. Orang macam tu ke bagus?


Orang macam tu la yang sound sound ai. Yang komplen komplen cara kerja ai. Yang kata ai lambat. Yang kata ai buat kerja ambik masa berhari hari.


Haihhhh...~~


Ai tak pernah dengki dengki dia. Gaji dia lagi tinggi dari ai walaupun level kami sama. Bila ada ura ura yang gaji ai akan naik, dia bising bising. Padahal tu baru ura ura. Belum tentu naik pun.


Haiiihhhhhhh...~~


Ada je benda yang dia buat tak betul tapi ai tak pernah kata apa pun.


Ai bukan kaki kipas. ai tak pandai nak bodek bodek untuk naik pangkat, untuk naik gaji.


Ai buat kerja ai diam diam. Sebab dah memang stail ai macam tu. Ai nak kerja ai siap je. Ai tak suka bising bising.


Ai bukan macam dia yang kalau satu kerja dah siap, dia akan laung kuat kuat dekat HOD, "kakkkk...kerja tu dah siap, kerja ni dah siap!!!!"


Ai pun tak faham apa yang dia tak puas hati. Padahal ai yang tukang translate BM dia ke English. Ai tak pernah rendah rendah kan dia. Kalau dia tak faham, ai tolong je explain.


Haiiihhhh...~~


tiga kali dah mengeluh ni...


Ai suka pesan dekat diri sendiri ;


'dah la zura. tak baik dengki dengki dekat orang, dah itu usaha dia, rezeki dia, takdir dia'


Apa dia tak pernah fikir macam tu ke?


Ai tengah buat kerja dia ni. dah la. Babai....Nanti macam macam lagi ai kena kutuk kalau kerja ni tak siap. Daa...


**Ai memang cepat touching. Ai mengaku, ai sensitif. Benda ni normal ke atau ai je yang terasa lebih?


***Ai nak Ayang ai dekat Penang tu. Ai nak nangis dekat bahu dia... :(

Friday, 8 January 2010

ucapan yang terlewat~


dah 8 hari lepas tahun baru.



kalau ai nak wish selamat tahun baru boleh lagi kan?



Happy New Year!!



**ai berazam untuk curi curi waktu kerja untuk apdet blog. boleh? hehehhe



***nanti ai cuba crita balik kisah rumah dan tangga ai tu. citernya panjang. ai tak tahu nak mula crita dari mana


Tuesday, 15 December 2009

home alone~


ai dah lama tak publish apa apa kat sini


ai bizi. betul. tak tipu. cafe world ai dekat fesbuk tu pun orang lain yang tolong renovate.


ada banyak benda dah jadi, tapi so far ni alhamdulillah semua dah setel.


ada banyak benda gak yang ai nak share, tapi tak habis menaip, ai dah save dalam draft, dan sign out. tak ada feeling lagi. lagipun semua cerita gila punya panjang kalau nak taip. dah lebih kurang macam karangan masa exam je rasa.


nantilah, kalau feel tu dah mari, ai sambung tulis.


yang paling penting sekarang ni, ai sorang sorang dekat rumah.


tiba tiba ai rasa macam seram je. tapi dalam hati ai kata; aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku sudah lah. ehhehehehhee...


okaylah, ai mengaku ada masa ai penakut. sampai IKLAN cerita seram pun ai cepat cepat tukar chanel. tu baru iklan, sudahnya ai mengadap kartun je malam tadi. eh, ada kartun-untuk-tontonan-dewasa-sahaja dekat tv kan? ada aksi aksi ghairah. hahhahaha...tapi ai tengok gitu gitu je.secara tak sengaja masa part awek dia menari selak baju. nasib baik ada censored tang dada tu. tapi masa awek dia dok tertonggeng tonggeng takde censored lak. sabar je laa.. ai bukak tv pun sebab nak bagi rumah tak sunyi padahal ai tak tengok pun. ai dok basuh baju la, sapu sampah la, kemas rumah la, sidai baju la, basuh pinggan la...ai kan rajin. hahhaha...padahal dah tak sapa yang nak tolong buat semua tu. hehehhe



dah...dah...ai nak buat iklan mencari rakan serumah ni.


tak sanggup nak kemas rumah sorang sorang...ehh...tak sanggup nak duduk sorang sorang. seram.


daa~

Sunday, 22 November 2009

masalah rumah dan tangga kami

ai kasi tengok gambar dulu. nanti free ai cerita ye.

ai jumpa dalam wallet pink tu. ni pil perancang kan?

ikut hati ai memang nak terbalikkan tv tu. tapi sabar...sabar....kalau apa apa jadi, ai jual je tv tu

sesi menyelongkar. ai baca 3 buah diari. peduli apa! sapa suruh cari pasal kan

ni pun ai jumpa. ada resit hotel skali.

disepak oleh Miss-E. Dah geram sangat la tu. ai ketawa je.

dan kami tinggalkan bilik tu besepah macam ni.

mungkin dia ingat ai diam, ai tak banyak cakap jadi dia boleh buat apa dia suka.

sekarang tunggu dia balik je ni. dah tiga hari dia tak balik.

**ai dah lama tak gaduh ni. memang sengaja tempah penyepak la.

Wednesday, 18 November 2009

hari hari yang memenatkan


Sabtu dan ahad lepas, kerja. Sampai malam.



Isnin, pagi ke KLCC. Roadshow. Distribute medical card. Sesi pertama. Sesi kedua. Petang, Etiqa. Roadshow. Distribute medical card. Angkat kotak!



Selasa pagi, Damansara. Sesat sesat sekejap. Partner, si-perempuan-yang-mahu-jadi-lelaki marah marah. Parking full. Semua tak breakfast. Semua lapar. Semua marah. Cancel distribute medical card. Balik ofis, angkat kotak. Level 3!



Hari ini, Damansara lagi. Open table for the medical card. 11am to 2.30pm. Tanpa duduk! Tak sempat duduk pun. Distribute 1k++ medical card. Handle complain. Bla..bla..bla...Tak sempat lunch sampai pening kepala. Kaki menggigil. Kena ketawa dengan partner sebab turun tangga dah macam parkinson. Cis!



Sekarang. Still running the machine. Need to courier the medical card to Bintulu tomorrow.



Sakit belakang. Sakit bahu. Sakit kepala. Sakit pinggang. Sakit hati. Sakit jiwa!



**Rasa mahu pengsan! Ada siapa siapa nak suggest rumah urut?


Monday, 9 November 2009

Dak Pari Pari dan Para Para-nya


Ai pergi gak kenduri si pari pari tu.


Tak payah susah susah nak baling dadu untuk decide nak pergi ke tak. Sebab lelaki-yang-ngorat-ai sibuk nak pergi me-rewang kat rumah sepupu dia. Kenduri hari Ahad. Jadi sebelum ai di heret sama, baik ai cari alasan munasabah untuk tak pergi tolong tolong kat rumah sepupu dia tu. Hahhahaha...Ai bukan malas la. Ai pemalu je. ;)


Tengkiu juta juta tembikai untuk kakak mimi meow meow (kak, sory la ya, kalau orang nama mimi ai memang otomatik tambah meow meow kat belakang tu. mimi meow meow...comel kan? hahhaha)


Gambar tak ada la. Ai lupa tukar bateri kamera. Gambar yang kat henpon tu. addehhhh...kabur la. x cantik.


Untuk Pari Pari : Enjoy hadiah tu. Penat tau ai dengan lelaki-yang-ngorat-ai pilih tu. Siap bertekak pasal kaler lagi. hahhaha... Kad tu tulis dalam kereta. Tu yang senget benget tu. Apa apa pun...Selamat Pengantin Baru!


Monday, 2 November 2009

ai memang tak suka orang yang tak dikenali jerit jerit panggil ai


biasanya ai akan basuh baju waktu pagi.



sebelum pergi kerja, ai akan sidai dekat balkoni.



pagi tadi ai basuh baju.



pakai seluar kerja dan singlet kemudian sidai baju dekat balkoni.



ai perasan, ada 3 orang anak dara tengah berendam dalam swimming pool depan apartment ai tu.



sebab tiga orang anak dara tu biasa biasa je, maksud ai, kalau diorang tu gila sampai berendam pakai bikini, nak jugak ai toleh toleh. sebab luar biasa kan. bukan sebab ai gatal tau! so, ai pandang tak pandang aje lah.



tiba tiba ai perasan yang sorang tu lambai lambai.



kemudian yang sorang lagi lambai lambai juga.



ai buat buat tak nampak. sebab confirm ai tak kenal. ai takut diorang yang silap orang. so, ai taknak la malukan diorang.



tak cukup dengan lambai lambai, yang sorang lagi tu jerit.



"kaaakkkkk!!"



ai buat tak nampak.



jerit lagi!



"kaaaakkkkkkkkkkkk!!!!"



lagi la ai buat tak dengar. ai malas nak layan. nanti lambat sidai baju, lambat pergi kerja.



tapi tiga anak dara tu memang tak paham yang ai memang taknak layan diorang.



"kaakkk...kakak sidai baaaajjuuuuuuuuuu!!!"



prakkk...



penyidai baju murahan made by palstik ai runtuh!



*cxdaesacxvacxvhjasxsnmbx...nasib baik penyidai je. kalau terplanting kat bawah? memang ai turun benam kepala diorang sorang sorang dalam pool.