wajib klik!

Monday, 23 November 2015

The birth story

Salam..

Sakit betul hati kite ni. Menaip dah panjang lebar dari last Jumaat lagi. Ingat post tu selamat la save dalam draft. Tapi nan hado. Blog post empty katanye. Adehh.. Jadi post yang panjang lebar tak dapat la di share untuk kenang-kenangan di blog sendu ini. Jadi mari kita menaip cerita bersalin secara ringkas Dan padat saja.

EDD mengikut LMP adalah 17/03/2015. Masih tiada apa-apa tanda baby nak keluar. Check up macam biasa dekat KK saja Dan nurse bagi seminggu tarikh untuk tunggu tanda-tanda datang dengan cara natural.

Jadi pergi kerja macam biasa. Hinggalah hari Jumaat 20/03/2015. Ada sakit sikit-sikit yang tak berapa kerap. Sakit yang boleh ditahan-tahan. Jadi boleh terus kan kerja. Jangan panik. Bila pergi toilet ada stains coklat-coklat sikit. I know ini dah macam tanda-tanda nak bersalin. Tapi air ketuban tak keluar lagi means boleh jadi lambat lagi baby nak keluar. Kerja saja macam biasa.

Balik kerja, dinner dulu dengan partner dan balik rumah. Masih terasa lapar dan makan lagi kek Cornish chicken Dan cheese cake yang I tapau dari secret recipe. Ye, makanlah selagi ada selera nak makan sebab menjelang pukul 11, sakit dah makin kerap.

Tahan dan tahan. Sakit masih mampu ditahan. Since plan memang nak bersalin dekat hospital gov, hospital sg buloh, jadi I kalau boleh taknak stay lama-lama dekat PAC sg buloh tu. Selagi tak sakit yang betul-betul sakit, kite lepak-lepak dekat rumah saja. Partner nak keluar sekejap sebab ada kawan dia mintak tolong sikit. Since rasa macam sakit ni OK je, I kata OK, pergilah tolong kawan, anything I akan call nanti.

Tak ingat bila partner balik. Tapi I download contraction timer dan monitor kekerapan sakit. Bila sakit dah makin kerap, I cakap pada partner nak pergi hospital. Jadi, bersiap-siap la kami dan gerak Ke hospital jam 3 pagi.

3ish sampai hospital sg buloh. Register dan masuk bilik. Dr check laluan. Dah 4cm. Syukur. Berbaloi gak rasanya menunggu sakit kat rumah. Kalau dekat PAC kena tunggu atas kerusi je. PAC sunyi pagi tu. Ada seorang dua saja ibu yang tengah tunggu dekat kerusi. Yang lain mungkin sedang tidur. Tunggu lagi. Sakit makin kerap. Teringat air zam-zam yang I bawa bekal. Minum sikit je untuk basahkan tekak. Memang tak lalu nk minum makan apa dah. Sakit la hai.

VE kali kedua dah 5cm. Sejam lepas tu rasanya. Dr kata kalau ada bilik kosong boleh masuk LR dah. Tunggu lagi. Dr nak scan baby before masuk LR tapi dia terpandang rekod I scan 3 hari lepas. Ye, ada scan 3 hari sebelum tu dekat hospital sg buloh sebab suspect uri rendah. Tapi nasib baik type 1 saja dan masih boleh bersalin normal. Masa scan Dr kata estimate berat baby dalam 3.1kg or 3.2kg. So, pagi tu Dr kata tak perlu scan lagi. 3 hari sudah dah scan, so cucuk jarum dan terus masuk LR.

Masuk LR dengan perasaan berdebar. Macam mana lah nak bersalin nanti ye. Susah Ke senang? Makin sakit Ke? I ditinggalkan sendiri. Sakit, rimas dengan semua wayar-wayar dekat perut. Sakit macam nak meneran tapi I know bukan masanya lagi. Sabar. Tunggu la beberapa minit. Rimas lagi, tanggalkan tudung pula. Lega sikit. Tak lama lepas tu makin sakit. Cuba panggil nurse Dan ada seorang nurse lalu. Dia tanya I bersalin anak Ke berapa, I jawab pertama Dan dia suruh sabar. Tunggu sekejap lagi ye. I boleh tunggu tapi I tak suka tunggu sorang2 dalam tu menghadap dinding putih Dan jam yang I tak tahu macam mana nak baca pukul berapa. Bila ada nurse datang masuk cepat-cepat I minta ubat tahan sakit Dan dia jawab puan dah 7cm. Tak boleh nak bagi ubat. Tapi bila I tanya takkan tak ada jenis ubat langsung yang I boleh guna akhirnya dia bagi I guna gas. Sedut la berulang kali sambil I cakap rasa macam nak meneran la nurse. Sebanarnya I rasa nak sakit tu hilang cepat je. Jadi nurse check lagi laluan. I lupa. Beberapa kali gak nurse check sampailah Dr masuk. Dan tiba-tiba partner pun masuk. Puan dah boleh meneran katanye. Dan nurse suruh partner tolong ampu belakang badan i. Tapi partner tak boleh tengok darah. Jadi tak sampai 5 minit dia dalam LR tu dan kemudian dia minta izin nak keluar. Nasib baik awal-awal dah minta maaf ampun semua. Bermulalah aktiviti meneran dan control nafas yang I tak pernah belajar pun sebelum ni. Hanya baca saja teknik sekali lalu. Dr dan nurse suruh I pegang buku lalu, malangnya I tak dapat nak pegang kedua-dua kaki. Sebelah je dapat. Perut I sangat besar sampai orang ingat I mengandung kembar. Bila tak dapat pegang buku lali, Dr tarik separuh katil Dan sangkutkan kaki I pada palang. Lagi susah nak meneran I rasa. I teran sesuka hati. Tapi I tak pandai. I actually tak rasa sakit contraction dah. I rasa nak push saja.

So, Dr Dan nurse yang bagitahu I bila perlu teran. Mereka kata push baru I push. Sampai lah Dr kata dah dah. Relax, jangan push. Tiba-tiba eh dah ada baby. I pun tak ingat baby nangis Ke tak. Semua dalam LR tu terkejut sebab baby besar katanya Dan masing-masing tanya samaada I ada kencing manis Ke tak. Test air gula pun I tak buat. Hahaha..Dr kata ni mesti 3.8kg. Dr bagi I pegang sekejap. Lepastu ambil balik untuk timbang Dan cuci baby.

I rasa bersalin dan meneran tak sakit mana. Cuma I rasa rimas saja. Tapi sakit yang paling maha sakit adalah sakit nak jahit luka koyak kat bawah nun.

Sambung nanti bila ada masa lagi.

BTW, baby I 4.07kg. Lahir pada 21/03/2015 8.21pagi.

To be cont...