Salam...
Lamanya dah tak menaip. Tak ada cerita dan tak ada rasa nak menaip. I puasa hari ni. Baru hari ke-7. Ada 11 hari lagi nak kena ganti. Bila dah puasa ni, biasalahkan. Semua benda pun nampak sedap. Semua benda pun rasa nak makan. Tapi lately ni apa yang I idamkan asyiklah tak dapat. Kalau nak, kena buat sendiri. Dan kalau buat sendiri maknanya kena makan sendiri jugaklah sebab partner memang tak suka makan desert. Pelik sugguh manusia bergelar partner tu kan. Hatta spagertti pun dia tak makan. Tak makan dan tak mahu cuba makan.
Sedang cari masa dan semangat untuk buat puding roti. Sedaaapppnyaaa....tgk gambar kat google pun boleh jadi excited. Tapi bila memikirkan masak sendir, makan sendiri tu, mood jatuh merudum. Bila tak rasa nak puding roti, rasa nak puding karamel pulak. Pun sama, partner tak makan. I pun jadi malas. Tapi tetap rasa nak makan sesuatu yang ada roti. Dah ada idea dalam kepala. Balik nanti beli roti dan akan cuba.
Selamat petang isnin.
Monday, 25 November 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)