I tak ingat bila. Sebulan lepas atau dua bulan lepas, I dapat
call dari account manager ofis I ni. First dia call, I tak jawab. I malas nak return
call sebab malas nak dengar apa sebab dia cari
I. kami sedang buat system yang baru
untuk contract submission. Jadi, I fikir mesti dia nak complaint kerja I ni. Abaikan.
Sehari lepas tu, dia call lagi. I jawab dan terkejutnya, dia
bukan nak complaint kerja I, tapi dia nak offer kerja dekat I.
Berminat tak nak kerja kat account dept? Tanya
dia. Dan-dan tu jugak I kata, u tunggu, I datang tempat u sekarang. Excited kan? Of course la
excited.
Kami hanya borak
biasa-biasa saja. Tanya itu ini sikit-sikit. Dan dia juga explain apa yang dia
mahu. At the end, dia tanya, macam mana I nak transfer ni? Boss tak
marah ke? I pernah tanya dekat ex-manager I macam mana dia boleh transfer dept?
Dan I rasa, dia beritahu boss I sebab boss I tiba-tiba kata, If u rasa nak learn new thing, I boleh
support u kalau u nak transfer dept.
See. Dia mahu
support. Masa tu I rasa patah hati sekejap. Boss aku tak suka akukah ?
Hahaha..drama sangat. Lepas tu terus log in jobstreet. Kahkahkah….
I beritahu
account manager, kalau u rasa u nak ambil i, LET ME KNOW. I akan discuss
sendiri dengan boss I. Dia kata ok, dan dia nak fikir dulu sebab dia ada few
candidate dari luar.
Lepas tu, semunya
senyap. I fikir mungkin dia ada better candidate. I kan nama saja ada basic
accounting, tapi hampeh bukannya terel sangat pun. Kehkeh…
So, tak lama tu,
memang betul, dia ambil orang lain. I pun tak fikir apalah. Takda lah nak patah
hati sangat sebab memang dari awal dah kata, kalau ada rezeki ni, adalah. Kalau
tak ada, redha saja.
Tapi, baru-baru
ni sempat berborak sekejap dengan sorang kakak ni. Dan dia bagitahu, boss dia
memang nak ambil I pun. Tapi Abang J tak bagi. Mengamuk Abang J, kata kakak tu.
Ciss punya Abang J. Tak bagi orang transfer dept. Tak bagi orang naik gaji. Baru
berangan nak dok kat ofis atas. Memusnahkan harapan orang je.
*loginjobstreet*