Macam-macam maksudnya banyak yang nak ditulis.
Rasanya semua orang pun tahu betapa excitednya I nak
turunkan berat badan. Sebab partner
I tak suka I gemuk. Dia mahu I kurus. Sedangkan masa first time dating tengok
wayang dia kata, I ok saja. Tak gemuk. Sekarang, bila dah 3 tahun bercinta,
baru sibuk nak komplen kata I dah gemuk. Apakah? Oh yelah, I memang dah lebih
membesar dari dulu. Baju lama ada yang dah tak muat nak dipakai. T__T
I memang banyak
google hal diet, pemakanan sihat, bagaimana mahu kurus, senaman untuk kurus,
etc..etc..etc Tapi, semua tu I baca saja. Ada yang agak menarik, i copy dan
simpan. Tapi simpan sajalah. Praktis belum tentu lagi. Sampailah di suatu
petang yang indah, i terjumpa blog seseorang. Memang sangat memberi inspirasi.
Memang I kata dalam hati, dia ni boleh, takkan aku tak boleh. I keep
baca blog dia. I baca dari first post dia sampailah ke current post. Nasib baik
blog dia jenis tak berat. Kalau blog
jenis nak loading 1 post pun ambik masa 10 minit, memang mintak maaf lah. I
rela tak baca langsung. Dia yang asalnya gemuk sekarang sudah kurus. Dengan
cara yang sihat. Mungkin ada
yang dah tahu tentang dia, mungkin ada yang belum. Tapi tak kisah lah. Setiap kali i fikir mahu lupakan diet,
enjoy sajalah makan apa pun, I akan ingat blog dia. Nanti, I share disini. Nak
mintak izin dulu. =)
Dan, bila i dah
terinspirasi, barulah I ada semngat. Kutukan dari partner I memang semangat,
tapi tak cukup membantu. I mahu semangat yang lebih lagi. Jadi, I sedar. Diet
saja tak cukup. I kena buat sesuatu untuk keep fit. Jadi, marilah kita
berjoging! I cuba untuk jogging setiap petang lepas balik kerja. Tapi biasalah,
manusia macam I ni, kadang-kadang semangat kejap naik, kejap turun. Tapi so
far, I akan cuba juga untuk jogging. Alah, pegi tasik dekat dengan ofis ni
saja. Balik kerja, masuk kereta, tukar baju laju-laju (Ya, i tukar baju dalam
kereta. Hahhaha..) dan terus pergi tasik. Baru nak start, jadi jangan haraplah
I dah kurus. Makan pun tak berapa nak jaga. Baru sat ni I lunch Mekdi tanpa
rasa bersalah. Dan sekarang sedang menyedut Chatime pula. *pengsan*
Alhamdulliah,
sekarang dah boleh jogging non-stop satu round tasik. Sekali je I pernah run
dua round non-stop. Pastu memang rasa nak merangkak lah pergi dekat kereta. Nak
tekan pedal minyak pun rasa tak mampu. Seminggu dua lepas demam ni I layan satu
setengah round saja. Kelmarin hampir muntah tepi tasik sebab tak larat. Tapi
nasib baik I mampu berlagak macho. Boleh kontrol lagi. Tak jadi nak muntah.
Kalau tak buat malu saja dengan apek yang joging pakai selipar jepun tu. Gila
hebat dia. Tiga round non-stop. Rambut dah kaler putih tapi masih larat lagi. I?
Hehehe…Takpalah, bagi can kat diri sendiri. Lemak banyak oihh..tak larat nak
bawak.
Dan dua tiga hari
ni ada sorang lelaki India tegur I. I biasa saja. Bila dia kata hai, I katalah
hai balik.. Bila dia kata lambat hari ni, I senyum saja. Padahal bukan selalu pun I terserempak dengan dia.
Tapi lantak pi lah. Saja nak borak kot. Tapi semalam adalah paling kelakar. I
parking saja kereta I sudah nampak dia. Tengah cool down kan badan. I buka
bonet, ambil kasut dan pi balik kat seat, pakai kasut. I saja buat lambat sebab
malas aih nak beramah mesra dengan dia. Sat-sat gi tu mesti dia nak balik. Jadi,
buat lambat-lambat lah, biar dia balik dulu. Tapi dia datang dekat dengan
kereta I. Dia kata Hai.. I buat tak dengar saja. Hahahhha...I kalau berlakon
pura-pura tak dengar memang handal. I buat biasa saja. Pakai stokin, pakai
kasut, ikat tali kasut...buat slow-slow saja. Kahkah...tercongok dia kat depan
kereta I sambil goyang-goyang kaki, goyang-goyang tangan. Cover malu lah kot.
Tapi takkanlah I
nak pakai kasut sejam kan. Dah habis slow dah I pakai kasut, tapi dia tak
blah-blah jugak. So, I buat-buat tak nampak dan terus lock kereta. Sebab dia
berdiri kat depan kereta yang park kat sebelah kereta I, I pura-pura la
tertoleh. Dan senyum sajalah.
Tiba-tiba dia Lambat hari ni? Hahahha…macam takdak soalan lain nak tanya
kan. I angguk dan senyum saja,
terus jalan tak pandang dah. Lain macam oih lelaki ni. Rantai emas dia bukan
main besaq lagi bersinar. I yang perempuan pun tak pakai rantai emas macam tu.
Tapi suka hati dialah kan. Harta
dia. Tiba-tiba dia kata Balik dulu. Malam
ni ada bola. Dan dia harap I nak jawab apa? I balas OK saja dan
terus tak pandang belakang. Masaklah. Dia tau dah kereta I. Tapi I mati-mati
takmau toleh belakang nak tengok kereta dia. Tak kuasa haih. Satgi dia ingat I
mahu tapi malu pulak. Tak mau. I tak mahu. Menakutkan saja. Orang datang tasik
nak jogging. Bukan nak cari kawan. Kalau pun I nak cari kawan baru, perempuan
cukuplah. Lelaki tak mau lah. I takuitt...Manusia sekarang ni bukan boleh
percaya sangat kan.
Petang ni masih
berkira-kira. Mahu jogging atau tidak?