Alhamdullillah…
1 Feb 2013
Bangun seawal jam 6. Tak basuh muka, tak berus gigi, terus ambil sireh junjung. Malam sebelum tu, kakak sulung I janji nak gubahkan sireh junjung. Tapi hasilnya, tak seperti yang I harapkan. Jadi, I cabut semua sireh, cabut semua bunga dan gubah semula. Gubah seringkas yang boleh. Lepas tu terus ambil bakul hantaran terakhir. Bakul buah-buahan. Sama juga, campak-campak dan gubah seringkas yang mungkin. Sudah tiada masa.
Bantu adik ipar dan kakak siapkan hidangan. Jam 7.30 mak dah bising suruh I mandi. Mandi dan bersiap. Btw, I tak hire mana-mana mak andam atau mua. Mekap adalah sendirian berhad. Dua-tiga hari sebelum tu ada test mekap dengan adik bongsu. Dan I kata, oklah, nanti kau saja yang mekapkan aku. Dia pun ok. Tapi….hari tu dia kerja. So, kami dua-dua masing-masing sibuk siapkan diri masing-masing. I mekap sendiri. Dan adik bongsu bantu pakaikan tudung.
Jam 8.40 gerak ke Masjid. Satu kereta sahaja. Adik lelaki, Ayah, Emak, I dan dua orang anak buah. Sampai di masjid dah nampak rombongan lelaki. Tercari-cari mana si bakal suami...tu dia di sana...berlegar-legar dengan baju melayu putih dan samping pink-nya.
Tapi bayang Jurunikah masih tiada. Dan dari jauh, tiba satu lagi rombongan. Ya, pagi tu ada dua pasang pengantin yang mana nama pengantin perempuannya sama. CUMA beza satu huruf terakhir. Tapi masih bunyi sebutan yang sama. =)
I cuba telefon Jurunikah. Sebab kesian, makcik-pakcik sebelah suami ada yang tak berapa sihat. Dan tak lama…Imam sampai.
Jam 9.30 majlis mula.
Dan jam 10.11 pagi kami sah suami isteri.
Alhamdullillah....
p/s : I tak tahulah daerah lain macam mana, tapi kami tak dapat apa-apa salinan yang menyatakan bahwa kami dah menikah.
p/s/s : Si suami bimbang “Kalau kami kena tangkap macam mana?” Dan balas Imam “Telefon saya”