wajib klik!

Friday, 8 February 2013

4B, Katil 18

Salam...


Bermalam di hospital. Menemani emak.


Pulang dari kerja, I tanya suami, sudah makan atau belum? Si suami kata sudah. Dan dia complaint kata nasi yang I masak semalam sudah basi. Dia baru saja plan nak goreng nasi.


I jenguk periuk nasi. Ada nasi. Periuk masih suam. Suami baru masak jam 4 tadi. Dan saya kata, suami tolonglah gorengkan nasi untuk isteri, suma setuju. Dengan syarat, dia mahu tonton Naruto dia TV3 dahulu.


Suami goreng nasi, dan saya siapkan telur dadar dan nescafe suam. Makanlah kami beralaskan karpet di lantai. Masih belum ada meja makan di rumah. Apatah lagi sofa.

Sedang I bermalas-malasan, adik lelaki telefon. Telefon kakak sulong segera, Emak masuk hospital, katanya. Suami baru saja keluar ke rumah sepupu. I telefon kakak sulong. Baru sampai hospital. Mahu terus ke wad kecemasan.


I masih bermalas-malasan. SMS suami dan kemudian I sambung tonton tv. Suami pulang dan tanya mahu ke hospital atau tidak. I cakap, takpe. Kita tunggu di rumah dulu. Dan kakak sulong telefon. Khabar dari hospital; kanser di hidung Emak pecah. Darah keluar tak henti-henti. Kakak minta kami datang segera.


I masih rileks. Tenangkan hati. Geraklah kami ke hospital. Suami kata rileks, jangan gelabah. Kakak mahu pulang, anak buah yang kecik itu demam. Jadi, malam ni I ambil giliran pertama untuk jaga Emak.


Semoga Emak cepat sembuh. Doakan.. :(


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: