As my previous entry here, second time I pergi Plaza GM untuk cari kain felt, I tak jumpa kedai tu. Sebab I just ingat kedai tu macam mana je. No kedai dan tingkat berapa I tak ingat. Plaza GM tu, dah 3 kali pergi pun still i tak faham susunan kedai dia macam mana. T__T
Last saturday, I pergi Plaza GM lagi. Kali ni nak cari paper bag untuk goodies bag. Sebab masa first pergi dulu I beli sikit je. Sebab tak confirm lagi berapa jemputan yang nak dijemput. So, pergilah I dengan makcik partner I dan sepupu partner I.
Since kami sampai Plaza GM awal, kami pusing-pusing dulu setiap floor. Si sepupu nak cari tudung. Pusing la kami setiap lorong dan...tadddaaaaaaaa... I jumpa kedai yang jual kain felt tu. Rasa macam...hai lah kau kedai, masa aku cari tak jumpa. Ni tak cari, jumpa pulak.
So, sempat ambil dua pic.
Felt gulung & A4 size. Ada nipis & tebal. |
Harga, sila pergi kedai dan check sendiri ye. Tapi memang jauh lebih murah dari kedai-kedai yang jual barangan pengantin.
Dan inilah kedai itu. 1F 38 |
Kalau yang beli dengan harga borong, memang akan dapat lagiiiiiii murah. Stock felt kat kedai tu pun banyak. I hampir-hampir nak beli. Tapi memandangkan I dalam mood malas, terus tak jadi beli.
Kedai tu pun jual aksesori dari felt dan kain macam brooch dan pin. Semua pun comel-comel dan murah.
Btw, ini bukan iklan berbayar ye. Sharing is caring kan? Selamat ber-felt semua! =)