Salam…
Ahad lepas ke Hospital Umra sekali lagi. Ada appointment untuk scan baby. Appointment
siang mula jam 10 hingga 1 petang. Dan malam pada jam 6.30 petang hngga 9
malam. Ada birthday party anak buah dekat rumah
parents. Jadi, terpaksalah kami ke klinik sebelah siang. Itupun dah agak lewat
sebab I sibuk nak kemas rumah. Hehehe.. Rasa rimas pulak tengok rumah dan si
May kesayangan tu dah sepahkan suratkhabar. Jam 12.20 tengah hari baru sampai
klinik.
Tapi semalam agak ramai patient. Almost 45 minit jugaklah I kena tunggu. Nasib baik
partner tak bising. Tapi adalah dia mengomel sikit. Since sebelum ni dia tak
pernah tengok baby lagi, jadi semalam dia sangat-sangat `pasang telinga`.
Pantang nurse sebut nama, cepat-cepat dia pause main game. So excited dia
semalam. Dan bila nama dipanggil, dia cepat-cepat bangun ikut belakang I. Tak
sempat nak ajak pun.
So, check-up
semalam, doc tanya lagi macam biasa. Bila LMP, ada pernah pregnant dan gugur
tak before ni, family ada history darah tinggi dan kencing manis tak, I pernah
buat operation tak, bla..bla..bla...Dan seterusnya, scan.
Scan kali ni I
rasa sangat-sangat best. Maybe sebab lama dan doc pun sangat peramah. Plus
partner pun ada ikut menyibuk tanya itu dan ini. Dan kami nampak tangan baby melambai-lambai.
Maybe say hello to daddy kot. Hahahha.. Partner tanya kenapa I selalu sakit
perut. Sebab pergerakan baby ke? Doc jawab, tak lah. Tak ada kena mengena. Maybe sebab I kurang buang air besar.
Hahahha... Ye ke kurang? Last 2 weeks memang agak kurang pun sebab I kurang
minum air masak. Sebab rasa mual bila minum air masak. Takpe, start this week,
akan cuba minum air masak dan makan buah banyak-banyak. Tapi sebenarnya I tak
adalah kerap sangat sakit perut. Cuma kerap rasa senak. Tapi bila nak explain dekat partner tu I kata
sakit perut je lah. Hahaha..
Oh ya, doc di
Hosp Umra suggest I untuk buat buku pink dia klinik kesihatan. Nampak gaya, nak
tak nak kena pergi jugaklah klinik desa lepas ni. Untuk hal-hal kecemasan dan
back up plan mana tahu I kena deliver kat hosp kerajaan kan. Tak apa lah, demi
baby. Kenalah beratur panjang nanti. T__T
Jadi, apa yang
menyebabkan I risau? I ada terbaca dari blog orang lain. Dia ada masalah dengan IUD yang dia
pasang. Dan tanpa sedar dah
mengandung 5 minggu. Masa ada problem dengan IUD tu, dia terpaksa buat x-ray.
Dan bila doc dapat tahu dia sebenarnya pregnant, doc terpaksa gugurkan
kandungan dia. Oh my... Tetiba teringat yang I pernah x-ray masa nak cabut gigi
dulu. Masa tu tak tahu pun pregnant. Nurse ada tanya I pregnant ke tak, I jawab
tak saja. Tapi masa tu dah terdetik dalam hati, kalau-kalau pregnant macam
mana? Tawakal saja masa buat x-ray tu. Dan sekarang I dalam kerisauan. Macam
mana dengan baby? Tak ada apa-apa effect kah? Takutttttnyyyyyyyaaaaa...
Hasil dari
google, ada yang tulis kata sepatutnya JANGAN lakukan apa-apa aktiviti x-ray
masa baru-baru kahwin. Yelah, mana nak tahu kot pregnant kan. Tapi ada yang
tulis kata x-ray pergigian tak kuat. Jadi, Insyaallah tiada apa-apa. Ada yang
tulis lagi kata, pernah x-ray sebelum ni sebab tak tahu pregnant. Doc
nasihatkan yang lepas tu lepaslah. Kita pun tak tahu kita pregnant kan. Jadi
berdoa lah semoga semuanya baik-baik saja. I harap-harap semoga semuanya
baik-baik saja. Nanti bila masa check-up dekat klinik desa baru I nak tanya
nurse / doc. Semalam tak teringat nak tanya sebab excited sangat tengok tangan
baby melambai-lambai.