wajib klik!

Wednesday 27 February 2013

Gigi

Salam...


Dua minggu lepas, gigi & gusi geraham bongsu I bengkak. Yang belah kiri. Tapi tak lama. Dua hari dah ok. Sakit pun lite-lite je. Tapi since tiga hari lepas, yang belah kanan pulak sakit. Sakit bengkak berdenyut. Arrrgghhhh...rasa nak cungkil-cungkil gusi tu.

Actually, sakit geraham bongsu ni dah lama. Dari zaman muda remaja habis kolej dulu dah start sakit. Tapi masa tu, gigi nak tumbuh, nak keluar. Memang la sakit kan. Tapi seingat I, sakit dia semua boleh tahan. Tak ada lah sampai demam or tak boleh buat kerja. TAPI, itulah. Sakitnya sekejap-sekejap. Lepas yang belah kiri, yang belah kanan pulak. Kadang-kadang sakit sikit. Kadang-kadang bengkak terus.


Dulu, masa baru bercinta dengan partner I, dia paksa I pergi klinik gigi. Pergi klinik kerajaan saje. Masa tu sakit dia teruk gak. Bengkak. Masa check tu doc kata, tak boleh nak buat apa-apa sebab gigi tu tak tumbuh abis. Tak keluar habis. Tu yang sakit tu. Sebab gigi nak keluar, so dia menolak gusi, gusi sakit, dan jadi bengkak.

Doc kata, tahan je. Tak boleh nak buat apa. Gigi tu ok, tak berlubang pun. Takkan nak cabut. Tapi kalau I berkeras nak cabut jugak, kena bedah la. Since gigi masih tak keluar habis lagi. So, I kata oklah. I tahan saja.

Tapi sampai bila nak tahan? Ni dah empat hari gigi sakit. Berdenyut. Malam tadi paling tak tahan. I sumbat tepi gusi yang bengkak tu dengan cengkih. Tapi tak ada apa-apa perubahan pun. Si partner suruh I letak minyak cap kapak. I tak mahu. I gigit-gigit cengkih tu. Still macam tu jugak. Berdenyut. Sakit.

Bangun pagi ni, pipi dah bengkak sebelah. Baguslah, rambut dah pendek. Muka dah bulat, ni sebelah bengkak lagi. T__T


Oh ya, I terbaca petua menghilangkan sakit gigi. Ada yang kata kumur dengan air garam. Ada yang kata pakai cengkih. Ada yang kata pakai bawang putih dengan cuka. So far I cuma cuba yang pakai cengkih tu saja. Yang lain-lain tak mahu cuba. I takut nanti gusi kecut tapi next time akan jadi balik. So, bertahan sajelah.


T__T




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 26 February 2013

Kereta


Salam…


Actually I nak type subject : Kereta Kahwin. Pastu I backspace. Gila apa. Kereta mana kahwin. Then I type Kereta Sanding. Pun sama gila jugak. Kereta mana ada bersanding.


I sebenarnya terbaca dekat blog orang lain. Kereta pengantin....haaaa! inilah ayat yang betul! Kereta pengantin! Ok, sambung. I baca dekat satu blog ni, dia review kereta pengantin dia. Dihias cantik beriben ikut tema. Cantiknyeeee... Jadi i teringat pulak hal kereta masa i kenduri hari tu.


Mulanya, partner i nak suruh kawan baik dia yang drive pajero 4x4 tu jadi driver kami. Bila lagi nak buli kawan-kawan kan, bak kata partner i. Si kawan yang punya pajero pun ok. Siap polish kereta berkilat bersinar. Walaupun tak ada riben (pajero hias reben sangatlah buruk) i redha. Belasah sajelah. Takkan i nak drive sendiri kan.


TAPI... malangnya....kain baju sanding I ketat. Kasut i tinggi sesangat. 4 inci kot. I try jugak nak panjat pajero tapi...hahaha...sebelom i jatuh tergolek, baik i surrender. I terus pandang partner i :


I : Kain ketat. Tak boleh naik. Naik dengan pengapit je lah.

Partner : Alaaa...cuba naik. Mesti boleh punya.

I : TAK BOLEH LA. (geram sungguh la dengan dia ni. Kain orang, orang tau la)


I terus pusing dan terus laju-laju pergi dekat kereta pengapit. Pengapit kami drive Myvi saja. Myvi pun Myvi la. Takde hal. Kesian pakcik partner I. Dia yang tolong pegang train baju sanding I. Si pengapit awal-awal lagi dah masuk kereta.


Si partner pulak kata, dia nak naik pajero jugak. Jadi I kata lantak hang la. Lambat dah ni oih.


Tapi takkanlah dia nak biarkan isteri baru nikah sehari dia sorang-sorang dalam Myvi kan. Jadi, dari rumah ke dewan kami naik Myvi saja.


TAPI....Myvi aircond rosak. Wahhhhhh...pengantin berpeluh dalam kereta. Terasa peluh mengalir kat belakang badan.


Lepastu, yang kat dewan pulak call dan kata : Bawak slow-slow sikit weh. Kompang tak ready lagi.


Tangisan kepeluhan. T__T 

Kain sanding yang ketat dan kasut sanding yang tinggi.

Friday 22 February 2013

It's Fridaaayyyyy!

Salam...

Semua yang bekerja mesti happy. Last day kerja untuk minggu ni kan?

Tapi pagi Jumaat ni, kereta I tak boleh start. Lambat pergi kerja. Partner I yang kena hantar. Jalan pulak adalah sangat-sangat-saaannnngggggaattttt sesak. Partner I hampir-hampir bergaduh dengan kereta lain. Jalan sesak, semua orang nak cepat. Semua orang tak suka traffic jammed. Tapi tu lah, kereta dekat Subang ni makin banyak. Jalan tetap masih 2 lane. Nak buat macam mana.

Sebab naik kereta lain, kasut kerja tertinggal dalam kereta. Malas nak ambik, main capai saja kasut hantaran belakang pintu. Tak pernah pakai lagi, jadi mari kita pakai. Bila dah sampai office, nak jalan, tak stable. Asyik nak terjatuh je. T__T

Bila masuk office, sangat stress! Kerja tal banyak, tapi urgent. Tak boleh nak salahkan sesiapa. Dua-dua pun salah. Lepas I cuti, yang sorang lagi tu pulak cuti. Then dua-dua pun lupa. Dan pagi Jumaat ni, dua-dua pun kena leter dengan bos. T__T

Office I ada budak praktikal. Sebelum I buat kerja, masing-masing I dah bagi task. Dah explain. Dah tunjuk one by one step. Dah suruh take note. Beriya-iya tulis note. Tapi tetaplah tak paham-paham. Satu step tu dua tiga kali nak explain baru paham. Alahaiiiii adik-adik. Kakak stress ni!

Tapi.. It's Friday kan. Esok cuti. Think positive dan habiskan semua kerja. Insyaallah semuanya akan baik. Akan back to normal.

Salam Jumaat.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 20 February 2013

Perbelanjaan : Nikah


Salam..


Kedua-dua majlis kami adalah majlis kecil-kecilan dan bertemakan JIMAT. Semetara I masih ingat lagi, I nak list down bajet untuk majlis nikah yang lepas.  


1)      Semua hantaran kepada suami – I dan kakak sulong DIY. I ingatkan I kreatif, tapi hampa. Hantaran ala kadar saja. Ikat reben, cucuk kain bulu-bulu dan tepek bunga crepe. Itu saja.

2)      Hantaran dari suami untuk I  - DIY by Mak Usu suami dan sepupu.

3)      Barang hantaran semua kami beli sikit-sikit. Kalau nak beli skaligus memang kopak la poket. Jadi, barang hantaran tak beri masalah kepada kami.

4)      Baju nikah – Ready made sponsor by Mak Usu suami.

5)      Bantal nikah – Beli bantal dekat Kaison, Paradigm Mall. Pun Mak Usu yang beli sebab lepas nikah, dia nak bantal tu. Sarung bantal pun beli dekat Kaison. Btw, sesiapa yang nak cari artificial flower, boleh pergi Kaison. Ada banyyyaakkkkkkk yang cantik-cantik dekat sana.

6)      Hand bouquet – Dulu i pernah berangan nak DIY HB sendiri. Beriya-iya beli felt. Beiya-iya setiap kali lepas balik kerja jahit bunga. TAPI hasilnya tidak menepati citarasa. Jadi i campak HB dalam plastik dan bungkus. Pagi hari nikah, kakak sulong siapkan HB. Petik bunga yang emak tanam depan rumah. Lilit-lilit dengan selotep dan ikat riben.

7)      Aksesori Nikah – Kasut nikah, i beli yang biasa-biasa saja. Awalnya memang berangan nak yang cantik sedondon dengan baju (putih + silver) tapi partner i kata, kalau beli yang itu agak-agak nanti akan pakai lagi tak? Yelah kan. Baik i beli yang biasa-biasa saja. Boleh pakai pergi kerja nanti. Jadi kasut nikah i adalah wedges biasa berharga RM60 saja. Rantai dokoh dan tudung i beli dekat uptown. I lupa la uptown ke downtown. Tapi kat KL la. Asalnya nak cari halfmoon shawl saja. Btw, harga halfmoon shawl dekat uptown sangat murah. I beli halfmoon shawl dengan harga RM30 saja. Lepas tu masa jalan-jalan terjumpa pulak gerai brooch. Mereka jual rantai dokoh dengan harga RM25 saja! Murah kan? Kalau dekat shopping mall tu, harga cecah seratus. Kasut partner pulak, beli masa sales. So, dapat murah. Brooch bulan sabit untuk songkok pulak Mak Usu belikan. Kalau tak silap RM15 kot.

8)      Jamuan lepas nikah – Masak dan tempah. Kami nikah pagi. I plan nak jamu menu sarapan pagi saja. Yang lite-lite saja. Ingatkan nak suruh adik ipar buat mihun goreng. Tapi adik ipar tak dapat cuti. So, kami masak mihun + mee sup saja. Kemudian, tempah dua jenis kuih dari jiran.


Itu saja perbelanjaan untuk majlis nikah. Mari kita buat kira-kira :


Hantaran (Both) 
2,500
Barang untuk DIY hantaran
50
Baju nikah
0
Bantal nikah
0
HB
0
Aksesori
175
Jamuan
200
JUMLAH
2,925

Hantaran tu jumlah agak-agak je sebab kami kan beli sikit-sikit. So, lupa berapa sebenarnya harga semua barang.

Ada ke yang tertinggal? Rasa macam tak ada. Itu saja. Kami tiada oficial photographer, tiada mini pelamin, tiada photobooth ke candy buffet ke. Jam 11.30 majlis dah selesai.

=)

Oh ye...gambar. =)

Nampak tak HB kat tepi bantal? Warna HB dan bantal nikah sedondon. Dan I adalah gemok T__T


Sebahagian hantaran dari suami kepada isteri. Hitam + putih

Sebahagiaan hantaran dari isteri kepada suami. Biru turquoise + putih

Thursday 14 February 2013

Suami

Suami called...


"Ada anak kucing masuk dalam tingkap"

"Ha? Anak kucing masuk tingkap?"

"Tongkat!"

"Ha? Tongkat?"

"Tong cat lah. Cat!"

"Ohhh.. Tong cat. Dekat mana?"

"Kat sini. Kat tempat buat kerja ni. Habis putih satu badan. Dengan mata-mata dia sekali putih" sambil ketawa.

"Dah cuci ke? Kang kesian bulu dia keras"

"Dah. Baru lepas siram dia ni. Takde keja anak kucing tu. Dalam tong cat pun nak main" ketawa lagi.


Suami memang macam tu. Benda tak penting, benda yang remeh-temeh, dia suka call dan bagitahu. Tapi kalau hal serius, macam balik kerja lambat ke, dia tak bagitahu pulak.


Suami...suami.. Nasib baik sayang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 8 February 2013

4B, Katil 18

Salam...


Bermalam di hospital. Menemani emak.


Pulang dari kerja, I tanya suami, sudah makan atau belum? Si suami kata sudah. Dan dia complaint kata nasi yang I masak semalam sudah basi. Dia baru saja plan nak goreng nasi.


I jenguk periuk nasi. Ada nasi. Periuk masih suam. Suami baru masak jam 4 tadi. Dan saya kata, suami tolonglah gorengkan nasi untuk isteri, suma setuju. Dengan syarat, dia mahu tonton Naruto dia TV3 dahulu.


Suami goreng nasi, dan saya siapkan telur dadar dan nescafe suam. Makanlah kami beralaskan karpet di lantai. Masih belum ada meja makan di rumah. Apatah lagi sofa.

Sedang I bermalas-malasan, adik lelaki telefon. Telefon kakak sulong segera, Emak masuk hospital, katanya. Suami baru saja keluar ke rumah sepupu. I telefon kakak sulong. Baru sampai hospital. Mahu terus ke wad kecemasan.


I masih bermalas-malasan. SMS suami dan kemudian I sambung tonton tv. Suami pulang dan tanya mahu ke hospital atau tidak. I cakap, takpe. Kita tunggu di rumah dulu. Dan kakak sulong telefon. Khabar dari hospital; kanser di hidung Emak pecah. Darah keluar tak henti-henti. Kakak minta kami datang segera.


I masih rileks. Tenangkan hati. Geraklah kami ke hospital. Suami kata rileks, jangan gelabah. Kakak mahu pulang, anak buah yang kecik itu demam. Jadi, malam ni I ambil giliran pertama untuk jaga Emak.


Semoga Emak cepat sembuh. Doakan.. :(


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Satu minggu...



Alhamdullillah…



1 Feb 2013


Bangun seawal jam 6. Tak basuh muka, tak berus gigi, terus ambil sireh junjung. Malam sebelum tu, kakak sulung I janji nak gubahkan sireh junjung. Tapi hasilnya, tak seperti yang I harapkan. Jadi, I cabut semua sireh, cabut semua bunga dan gubah semula. Gubah seringkas yang boleh. Lepas tu terus ambil bakul hantaran terakhir. Bakul buah-buahan. Sama juga, campak-campak dan gubah seringkas yang mungkin. Sudah tiada masa.


Bantu adik ipar dan kakak siapkan hidangan. Jam 7.30 mak dah bising suruh I mandi. Mandi dan bersiap. Btw, I tak hire mana-mana mak andam atau mua. Mekap adalah sendirian berhad. Dua-tiga hari sebelum tu ada test mekap dengan adik bongsu. Dan I kata, oklah, nanti kau saja yang mekapkan aku. Dia pun ok. Tapi….hari tu dia kerja. So, kami dua-dua masing-masing sibuk siapkan diri masing-masing. I mekap sendiri. Dan adik bongsu bantu pakaikan tudung.


Jam 8.40 gerak ke Masjid. Satu kereta sahaja. Adik lelaki, Ayah, Emak, I dan dua orang anak buah. Sampai di masjid dah nampak rombongan lelaki. Tercari-cari mana si bakal suami...tu dia di sana...berlegar-legar dengan baju melayu putih dan samping pink-nya.


Tapi bayang Jurunikah masih tiada. Dan dari jauh, tiba satu lagi rombongan. Ya, pagi tu ada dua pasang pengantin yang mana nama pengantin perempuannya sama. CUMA beza satu huruf terakhir. Tapi masih bunyi sebutan yang sama. =)


I cuba telefon Jurunikah. Sebab kesian, makcik-pakcik sebelah suami ada yang tak berapa sihat. Dan tak lama…Imam sampai.


Jam 9.30 majlis mula.


Dan jam 10.11 pagi kami sah suami isteri.


Alhamdullillah....


p/s : I tak tahulah daerah lain macam mana, tapi kami tak dapat apa-apa salinan yang menyatakan bahwa kami dah menikah.


p/s/s : Si suami bimbang “Kalau kami kena tangkap macam mana?” Dan balas Imam “Telefon saya”