wajib klik!

Monday 31 October 2011

Rajin

I bangun awal pagi. Siap mandi manda, Subuh dan mekap-mekap, I ke dapur.




Jenguk peti ais. Ada bancuhan cekodok lebihan minggu lepas. Minggu lepas tu! belasah sajelah. Makanan tak baik dibuang-buang kan. Masih elok sebab I simpan dalam bekas bertutup.



Panaskan kuali, masak air. Kuali dah panas, I goreng cekodok. Air dah masak, I bancuh gula dan letak seuncang teh dan kemudian laju-laju hiris lemon. Konon nak minun hot tea with lemon la kan.



Ok. air dah siap. I pergi jenguk kuali pula.



Dalam hati ni dah riak sikit.



Wallawehhh ko jaja, giler hebat kan. siap boleh buat breakfast pagi ni. Cayalah. Ko ni kalau………



Dan belum habis hati i memuji diri sendiri, tangan dah terkena kuali. Pfttttsss…

Friday 28 October 2011

1 Malaysia

Sedang gigih menyiapkan report sambil ditemani lagu-lagu mandarin dari mp3 colleague i.




Mereka sedang bergermbira sambil sing along. I pula sedang bergembira sambil tak faham sepatah apa pun.



Sungguh harmoni kan?

Thursday 27 October 2011

Salam

I tak tahu lah menulis disini tentang ini adalah perkara yang betul atau tidak. Tapi, hey peduli apa lah kan. I terasa nak menulis, jadi I tulis lah. U baca saja. Heheh…




Semalam cuti umum, hari ni kerja. Jadi, rasa macam isnin pulak. Macam biasalah, i memang awal sampai office. I malas nak berebut tunggu lif, malas nak penat-penat pusing cari parking. Jadi, bila awal tu, setiap orang yang I bertembung/berselisih I akan greet. Normally memang I akan say good morning saja. Universal. Dekat siapa-siapa pun I boleh ucap.



Tapi yang buat I terkesima sekejap bila I ucap good morning, orang tu reply Assalammualaikum dengan bernada. Bernada tu macam nada yang something. Yang I rasa macam nak perli saja. Yes. I terasa la sikit. Sebab I terkesima, jadi I hanya jawab dalam hati saja.



I mengaku I ni tak lah cukup baik. Dah lah tak pakai tudung kan. Tak ada lah macam orang yang balas good morning I dengan Assalammualaikum tu kan. dengan nada yang macam nak bagitahu yang I ni tak cukup beriman kan. Tapi please lah. Kalau ada rasa nak bagi salam dekat orang, please la jangan nak perli. Dah la I dulu yang greet. I yang punya inisiatif nak tegur, nak cari mood yang baik di pagi hari. Sekali kena perli kau. Memang boleh jadi tak ada mood lah kan.



Dan yang “perli” assalammualaikum tu pun tak reply good morning i. macamlah ucap selamat pagi in English tu kesalahan besar. Kalau ada niat nak tegur I dan memang ada niat nak mulakan hari dengan bagi salam kat orang lain, please lah ucap dengan ikhlas. Ucap dengan ikhlas lepas reply good morning tak boleh ke? tak ada lah orang rasa macam nak perli.



I tak marah. cuma saja nak menulis. Buat peringatan kat diri sendiri jugak. Tak perlu nak tunjuk baik sangat kat orang lain kalau sekadar niat nak perli. Terasa sangat nada tak ikhlas tu.







p/s : Wanna say HI to my new reader. U ni stalker tak berjaya lah. Blog cikai I ni pun u tak dapat cari. Eh, ke u dah lama tau, tapi u pura-pura tak tau ni ? baik mengaku

Tuesday 25 October 2011

Game

I melepak dengan my partner dekat rumah sepupu dia. Sepupu dia lelaki, berkahwin dan ketika kejadian tiada dirumah. Hanya isteri sepupu dan anak lelakinya saja.




My partner yang control remote astro. I nak tengok rancangan realiti, tapi my partner yang sangat baik hati tu nak tengok Ong Bak 3. Dah tengok sepuloh kali pun masih nak tengok lagi. Buhsan. Sudah tiada thrill.



Jadi, sambil melepak kebosanan I ambil galaxy tab dan main-main game. Tapi si anak lelaki sepupu, I panggil dia Anan saja, sebok la jugak menyelit sebelah I. Sebok nak main juga. Sebok nak sentuh skrin juga. Jadi, game apakah yang sesuai di main oleh kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun dengan perempuan comel berumur lewat 20-an? Kahkah..nak sebut perempuan comel jugak, walaupun sedar diri tak comel.



Jadi, I on Camera FunPro. Ia adalah camera yang kita boleh tukar-tukar theme nya. Faham tak adik-adik? Alahh…kalau kita nak mode sephia la, mode negative la, mode poster la. Macam tu lah.



Tapi Camera FunPro ni ada banyak mode. Ada swirl, ada glass, ada pinch, ada emboss, ada macam-macam lah. I selaku photographer dan si Anan selaku model tak bertauliah. Game yang sangat sesuai bukan?



Jadi, kami pun start la bermain. Si Anan memang suka Ultraman. So, memang ada banyak gaya-gaya gagah la. Gaya Spiderman, gaya Boiboiboi pun ada. Layankan saja la sebab i pun memang tengah bosan. I cuba semua jenis mode yang ada. Dan setiap kali lepas snap, I akan tunjuk pada mak Anan dan my partner. Oh, dan Anan juga. Setiap kali tengok gambar dia, dia akan suka, jerit-jerit ketawa dan kemudian pose dengan gaya lain. Begitulah berulang-ulang cara game ini sehinggalah I tukar ke mode thermal yang mana bila kita snap pic, warna akan berubah contrast. Si model tu duduk dekat dengan I. Dan si model adalah berkulit cerah, putih, mulus dan suci tanpa cela.



I snap macam biasa. Dan kemudian tunjuk pada dia. Tiba-tiba dia bangun. Tolak-tolak galaxy tab I dan menjerit “Bukak….bukakkk…”



Bukak apakah?



I tunjuk pada partner dan mak Anan sambil I ketawa. Rupa-rupanya si model sudah takut. Sebab mukanya dah bertukar jadi warna merah. Merah sepenuhnya. Hanya nampak mata saja. Jadi dia fikir itu adalah hantu. Kahkah…game yang telah berjaya membuatkan si Anan tidak berminat dengan galaxy tab I lagi. Tapi kenapa bukak? Dia sebenarnya nak cakap tutup, tapi sebab terlampau takut, dia tersebut bukak. Kahkah…I gelakkan saja si Anan. Sungguh kurang sopan kan ketawakan budak kecik.



I yang bijak pandai ni pula lupa nak tekan button save. I cuma tekan button back. Konon ingat dia auto save la. Pandai sangat la kau kan. Padan muka kau juga sebab ada banyak gambar gagah Anan yang kau snap cantik-cantik tapi kau tak save. Good job la jajazuzu !

Saturday 22 October 2011

Bubur kacang hijau

I buat ini semalam dengan niat untuk bersedekah. Sedekah kepada opismate I dan housemate I. I ada ambil beberapa keping gambar semasa proses memasak tetapi kabel usb yang hilang tu menyakitkan hati saja kan. Kalau tak boleh I jamu anda semua dengan gambar bubur. Heheh




Bahan-bahan :
Kacang hijau
Gula pasir
Santan
Air
Sagu
Daun pandan





Ini adalah kacang hijau versi main suka hatilah nak masak macam mana pun. Janji masak. Sebab tu I tak ada anggaran berapa gram untuk semua bahan-bahan diatas.



Then I tak guna gula melaka aka gula perang tu. I guna gula putih yang biasa saja. Tapi bubur kacang kalau warna putih memang tak feel kan. I nak dia jadi warna coklat-coklat gitu, so langkah pertama adalah menggoreng kacang hijau tanpa minyak. In Sarawak said aruk. Sebut R dengan sebutan Lisa Surihani ya. ARUK.



Next, rebus kacang hijau yang dah kecoklatan tadi dengan gula. Rebus sampai kembang dan empuk. Kemudian masukkan santan secukup hati angpa la. Dan masukkan secubit garam. Kacau dan masak seketika. Masukkan sagu. Masak sehingga mendidih. Opss…lupa pulak. Daun pandan untuk bau yang harum tu I sebenarnya tatau waktu mana yang sesuai untuk letak. Tapi I belasah saja letak masa step pertama. Masa rebus dengan gula dan air tu.





SMS dari partner I : Dah la manis gilerr. Tak ada rasa lemak pun.





Kahkah…i main tuang saja gula tu. Ikut suka ati tak sukat tak apa. Dan santan adalah santan kotak. Sekotak kecik untuk seperiuk bubur kacang? Memang lah tak rasa lemak kan. Takpelah darling, next time I masak yang berlemak punya. Biar u gemoks.



Ok. selamat mencoba dan berhujung minggu.

Friday 21 October 2011

My Happiest Moment

When talk about the happiest moments, I will be freeze for a while. Not because I don’t have any happy moment, but it’s difficult for me to choose which one is the happiest! But being with my family is a great time for me.




I was about 5 years to live separately with my parents. So when I have a free weekend, I will be returning to my parent’s home. Hang out with siblings, parent, nieces and my parent’s cat are very enjoyed.



But every time a happy moment happens, I can’t stop time and then repeat it to capture the moment. We all know that. So, everyone should have camera with ultra-compact body that we can take anywhere. As for me, it’s more regret if I forgot to buy batteries! Yes, please call me outdated. I’m still with digital cameras that use AA batteries to operate. Its Olympus but sorry guys, I forget what model is it. I loved it so much. My first digital camera!



When  Nuffnang and Olympus is organizing My Happiest Moment contest, I feel like I wanna join it! This is the first time I try to join the Nuffnang contest.



This is my happiest moment. Lepak with my 3 nieces and my younger sister at parent’s home. I can’t choose which one is good so I put 3 of it.


Everyone is happy!


Wear a tudung version



Change the position and pose!



When there are no interesting shows at TV, taking pictures is one of the most fun activities! We will make up, get dressed, wear a tudung, and posing like a model. But usually we will tarik-tarik and rebut-rebut. Everyone want to be a model! And when no one wants to be the tukang ambil gambar, we will set the timer, put the camera on cans or chair or TV and all of us will run quickly to pose!



Wahh .. I've started to miss the moment. Its 3 years ago. Who know that I can win the first prize which is Olympus PEN E-PL3 Lite Kit kan? My nieces must be happy if I brought home a new camera.



Happy photography with Olympus!







Hopefully after this I can capture all my happy moment with Olympus PEN camera.

Latest ABC chart

Lupa kat mana i dapat ni. Somewhere kat blog juga.








Happy teaching!

Wednesday 19 October 2011

Hiks!

I’m doing nothing today.




I should go home and have a good rest. I had flu and headache. But, being a kuli murahan, I have to berpura-pura busy.



So, I blogwalking. From here and there and accidently come across a b2b blog. Seronoknya baca preps diorang.



Sekarang I mahu text my partner.





U, tabung kawen kita bila nak penuh ni? I mau kawen.





Hiks !

Monday 17 October 2011

Hadiah

I browse beberapa website. Baju, handbag, kasut, dresses dan even novel. Ada beberapa yang I berkenan dan berangan rasa nak beli. Tapi so far I masih dapat control lagi. Sebab, cara I membeli-belah sekarang adalah dengan bersebab. Sebelum I beli sesuatu, I kena ada alasan-alasan yang tertentu. Yang releven. Macam baru-baru ni, I dah beli handbag untuk hadiah harijadi I sendiri. Dan kemudian, minggu lepas I dah beli 2 buah novel yang I tak dapat beli masa di Pesta Buku.




Alasan I membeli buku? Err… tak ada alasan releven sebenarnya. Itu adalah denda I kepada my partner sebab last week masa kami keluar berpoya-poya ada kedai buku buat jualan murah. I baru nak sentuh novel dalam bin tu, dia dah cakap haippp…haiipppp, tak boleh. I tarik muncung saja. Dan terus buat-buat jalan lemah longlai macam tak makan konon tak ada mood lah. Tapi lelaki tak ada jiwa perasaan tu bukannya nak memahami apa protes yang sedang I buat. Jadi, itu denda untuk dia lah. I beli secara online dan senyap-senyap. Kahkah… I bijak sejak azali kan.



Dan sekarang ni, I sedang membelek beberapa jenis dress di web. Ada yang nampak sangat menarik dan I terasa nak nak nak nak nak nak nak sangat beli. Tapi I tak ada alasan. I sedang fikir ni. Alasan apa yang I ada yang mengharuskan I membeli sepasang dress cantik tu. Tiba-tiba….



Hati I yang nakal terdetik.





Ini adalah hadiah untuk kau sebab kau berjaya menghabiskan duit partner kau. Sedangkan duit kau masih ada berbaki lagi ni. Jadi kau boleh shopping apa saja yang kau mahu. Hahahhahha…(gelak orang jahat)





Hati yang suci sukar dicari kan? I tidaklah sejahat itu. I kan mahu menyimpan. I kan mahu dividen ASB yang banyak. Jadi cancel shopping. Bye bye hati yang nakal. Kau tak berjaya.

Thursday 13 October 2011

Mimpi dan tafsir

I mimpi beberapa hari lepas. Mimpi yang buat I terkejut dan terbangun. Tapi tak adalah sampai berpeluh atau menangis. I tengok jam. 1.55 pagi.




Gila. I rasa macam dah lama je I tidur. Ingatkan dah subuh. Buka mata dan fikir sekejap. Teringat kawan-kawan I pernah cakap dulu.



Kalau kau mimpi dan tersedar kemudian tengok jam masih belum pukul 3 pagi, maknanya mimpi kau tu real. Akan jadi kenyataan. Mimpi yang bukan mainan tidur. Mungkin mimpi yang bawa petanda.



Ok. Cuak disitu. Mimpi I mimpi yang tak berapa best. Kalau best of course la I takkan tersedar kan. Kalau tersedar pun, mesti cepat-cepat pejam mata balik, dengan harapan mimpi boleh bersambung.



Tapi ini mimpi yang agak menakutkan bagi I. Sebab mimpi berkaitan binatang yang I tak suka. Yang I takut. Yang I nak elak. Tapi dalam mimpi tak dapat nak elak.



I sendal ruang kecil bawah pintu bilik dengan kain. I takut kot la masa I tidur tiba-tiba binatang yang I mimpi menyelit masuk. Ya. I gila penakut. Ruang bilik jadi gelap dan I semakin kurang oksigen. I tak peduli.



Dan bila paginya, I google apa maksud mimpi tu. Hasilnya?



Sangat mendukacitakan. Memang ada beberapa versi tapi kesemua tafsirannya tak berapa nak bagus.



Jadi, I bertekad tak mahu cerita pada siapa-siapa mimpi tu. Biarlah hanya I dan google saja yang tahu.





p/s : I masih percaya teguh pada qada dan qadar. Masih percaya pada ketentuan Illahi.

Harap makluman.

Wednesday 12 October 2011

Perasan muda

I baru tahu, orang yang selama ni I panggil kakak adalah lebih muda dari I. Mintak-mintak lah dia tak tahu yang I lagi tua dari dia. Sungguhlah perasan muda betul I ni. Semua orang pun nak panggil kakak.




Tapi dia memang nampak sangat matured pun. Kawan I yang lain pun kata macam tu.



Dan the best part is, colleague I baru saja tanya umur I. I jawab jujur. Dan dia reply





“Iye? Tapi muka u kecil. U macam 23 – 24 macam tu”





Wahhahahaha…seronotnya. Umur hanya angka kan? Yang penting awet muda!





p/s : *berlari setempat*

nak kecikkan badan pulak. (^_^)

Monday 10 October 2011

Kalendar Cuti Umum 2012

Sumber : Sorry. I lupa.  :-(




Table ni dah ada lama dalam folder i. Tadi, masa buka folder terperasan la table ni. Dan i terfikir, why not i post dekat blog. Kot la nak share dengan orang lain. Padahal orang lain tau dah kot. Keheh…



So, semua orang boleh start plan cuti untuk next year. Boleh la booking apa-apa yang patut. Enjoy!







 


p/s  : I tak ada apa-apa plan pun. kesian kan. Maybe ada plan last minute. Siapa tau kan?

Thursday 6 October 2011

Panggilan percuma

Sempena hari lahir I yang takdela meriah sangat semalam, Maxis menghadiahkan I panggilan percuma ke talian yang sama. Ini memang perkara standard la kan. Tapi semalam adalah hari berkerja, jadi I tak punya banyak peluang untuk bergayutan di telefon bimbit. Jadi, untuk mengingati hari tak berapa manis I semalam I nak list kan siapakah yang I hubungi.

1. Partner I.

2. Adik bongsu.

3. Rakan sekerja. Padahal I boleh je lambai-lambai dia. Tapi….apa guna ada benda free kan. Kahkah…

4. Kawan perempuan I dulu.

5. Kawan lelaki yang mengaku dia masih tunggu I. Kami borak biasa saja. I call sebab dia tak pernah miss pun nak wish I. Tapi semalam dia miss. Alasan, tukar telefon baru. Kalau tak dah set dekat reminder.

6. Then, partner I pinjam. Call kawan dia.

7. Call ex-bf no 1. Kehehhe…kami kawan kan. So, tak salah kalau I call dia.

8. Adik perempuan ex-bf no 3. Kami pun kawan baik. Dia rajin call + sms I, so I call la dia balik.

9. Daannnnnnnnnnn…yang terakhir sekali adalah Kakak sulong I.



Sembilan orang ni saja. Dan yang paling lama haruslah dengan adik bongsu. Kami bergayutan pun dok cerita pasal gossip saja.



Nampak gaya I tak guna pakai hadiah ni dengan sempurna. I rasa I dah makin sikit kawan bujang. Senarai di atas semua manusai yang masih bujang. Kecuali kakak sulong la kan. I bukan tak mau call kawan-kawan lain. I bosan kalau diaorang wish…….



"Selamat hari lahir weih. Kau ni bila nak kahwin? Umur tua dah. Tengok macam aku dah ada anak"


Sungguh tak menceriakan hari.

Wednesday 5 October 2011

Selamat

5 Oktober.



Harijadi I. Semua orang dalam mood saving dan I tak dapat apa-apa hadiah. Takpe. Asalkan semua orang doakan yang baik-baik untuk I pun dah cukup bagus. Tapi kalau ada hadiah lagi best kan. Haha..



Di ofis, I nampak sorang kakak pakai kasut yang sama dengan I. Kasut yang I beli masa raya yang family I semua gelakkan tu. Tapi dalam warna yang berlainan la. Pattern saja yang sama.



Dan I juga nampak sorang kakak pakai baju yang I hampir-hampir beli masa di warehouse sales. Selamat la I tak beli. Kalau tak, tak boleh pakai untuk kerja.



Kedua-dua baju dan kasut adalah barang yang telah di mark down gila-gila. Mungkin below cost. Sebab sangat murah. Bukti semua orang sedang berjimat-cermat dan alasan yang baik untuk sedapkan hati I sendiri sebab partner I pun tak bagi hadiah.



Sekian dari I yang telah genap 2* tahun.




ps : Lupa pulak. I belikan diri I sendiri hadiah. Sebuah beg murah yang dalam website nampak cantik tapi bila I dah terima tak ada la cantik mana. Ini pulak alasan untuk I beli beg baru minggu depan. Kehkeh…