wajib klik!

Thursday 29 September 2011

AF

Last Friday I tetiba rasa nak sangat makan KFC. Since I ada voucher Hot Ticket which I can redeem 2 pcs of chicken, I rasa nak nak nak nak nak makan KFC. I pujuk hati I dengan kata, tak pa lah, esok puasa. So, arini boleh makan ayam. I’m on diet mood now. Hehehhe..





Then my partner taknak pulak. Dah makan dan masih kenyang. At first I macam…alamak tak ada geng la nak makan. Tapi perasaan nak makan tu memang kuat. So, I decide. Jom la take away saja, I boleh makan dalam kereta. I kan nak guna voucher Hot Ticket, so, I rasa lagi senang kalau I pergi order terus dekat kaunter. Leceh la nak explain dekat speaker drive-tru tu.




Bila I tolak saja pintu KFC tu, mata I terus ternampak dekat 1 couple ni. Memang akan nampak punya sebab KFC tak ramai orang. I macam….eh…i know them! I know both of them! I excited. I keep starring at them dengan harapan the girl (duduk menghadap pintu) akan perasan. Tapi NO. Dok kusyuk cerita apa ntah diorang tu. I siap Q dekat row yang paling panjang sekali, pastu asyik la tertoleh dekat couple tadi. But, topik mereka sangat hot kot. The girl tak pandang tempat lain pun.




Bila I berjalan nak keluar, I pandang lagi. Maybe sebab lengang, I sorang je yang sedang berjalan, suddenly the girl pandang I dan buat muka macam kenal. I laju-laju angkat tangan dan lambai, buat muka tak malu terus pergi kat meja diorang walaupun diorang tak panggil pun. Hahah…I’m so excited. Terus duduk dan start talking with them.




Mereka ialah rakan sekerja I dulu. The boy, sama-sama kerja dengan I dekat Projet & Destina dulu and the girl time dekat 7-E. Then the boy start asking




“So, kau masih dengan Afiq AF ke?”




Me dalam hati like Afiq AF? Who is he? Afiq? With my blur face.




“Alaaa…(he did explain tapi I lupa apa ayat dia)”




“Maksud kau Afiq dulu tu ke?”

I have a bf name Afiq before. Tapi I didn’t know AF ada student nama Afiq. Itu yang buat I blur.




Dan bila kami dah masing-masing faham I mula ketawa.




“No. I sekarang dengan Shahir AF!”




Yes. My partner name is Shahir dan dia suka perasan dia Shahir AF, suka nyanyi lagu Shahir AF time karaoke padahal suara dan rupa tak ada iras langsung.




p/s : btw,  the couple are getting married! I’m happy for them. Tak sabar nak pergi kenduri diorang.


Monday 26 September 2011

Nombor Kitar Semula?




Dulu, ada sorang kawan I bercerita. Katanya, nombor telefon bimbit yang dah tak digunakan akan dijual semula. I tak pasti cerita ni. Maybe betul maybe tidak. Atau maybe bergantung kepada situasi.




I pula hanya guna 1 nombor yang aktif untuk semua. Tak kira la untuk family, kerja, kawan-kawan dan untuk bercinta. 1 nombor saja cukuplah. Senang nak handle. Tapi, masa kami, I dan partner beli telefon bimbit yang baru, cik amoi kedai tu offer kami 1 simcard percuma. Walaupun kami kata tak perlu, tapi bak kata cik amoi, itu still percuma dalam pakej pembelian mana-mana telefon bimbit, jadi I layankan saja. Ambil sajalah. Tak kena bayar pun.




Simcard prabayar Digi tu I gunakan untuk tablet I. Ya, I tak subscribe mana-mana pelan internet pun untuk tablet tu. Tablet tu partner I guna untuk main game saja. Dan I, kalau rasa nak ber-internet, layan internet pra-bayar saja. Tapi, kebanyakannya I guna Wi-Fi percuma.




Alkisahnya, malam kelmarin masa I sedang sibuk layan cerekarama, tablet I berdering. Incoming call. Dari nombor tak dikenali. I biarkan saja. Sebab nombor tu I tak pernah bagi pada siapa-siapa. Tapi bila si pemanggil call semula, I jadi ingin tahu, siapalah yang pernah guna nombor tu dahulu.




I tak sempat nak jawab Helll…ooo




“Haaaa…Kak Mas ni. Alllaaaaaa…akak pernah datang kedai dulu. Ni nak tanya boleh hantar gas tak malam ni?”





Kesian Kak Mas kan ? Punah harapannya. Kat rumah sewa I, kami cuma ada 1 saja tong gas. Nak bagi macam mana. Dah la Kak Mas tegesa-gesa sampai tak sempat I nak jawab hello. Mesti hal kecemasan kan? Entah-entah Kak Mas tengah masak untuk open house. Dan I jawab…



“Sorrylah kak. Ni bukan nombor orang jual gas”



Friday 23 September 2011

MBO @ Subang Parade



Before this I memang tak pernah tengok wayang kat MBO. Semuanya layan TGV dan GSC saja. Tapi bila I ternampak board iklan MBO masa jalan-jalan kat Subang Parade I ecxited. Nak cuba la. Dulu I ada nampak board iklan dekat Citta Mall. Tapi masa I dan partner jalan-jalan di Citta Mall, tak nampak pulak MBO. Maybe masih under construction. Then I cepat-cepat bagitahu my partner.



Jadi, Sabtu lepas kami cuba nak layan MBO. I ada snap beberapa pic. Tapi kabel handphone I hilang. So, tak dapat la nak letak gambar sekali. :(



Btw, my partner suka dan I pun suka walaupun tiket dia macam tiket nombor ekor je. Heheh…just dua keping kertas di stapler. Tiket tak penting kan. Yang penting kualiti gambar dan suasana.



Kami cuba couple seat. Ok. standard la kan, luas. Penghadang tengah tu boleh angkat. Tapi i perasan juga yang seat biasa pun penghadang tengah dia boleh di angkat. Tapi still I tak berani nak confirm. Sebab gelap kan. Kot la I tersilap pandang. Tapi ada jugak part tak best. Huruf seat row dekat lantai tu tak ada lampu. Ada orang yang malas nak suluh guna lampu handphone main kira saja. Start dari couple seat tu A dan sampai la ke bawah. Tapi diaorang silap. Couple seat start dengan huruf BB.



Overall? Ok.. My partner kata gambar clear. Cantik. I pula kata, dekat dengan ofis. So, time lunch boleh layan wayang la kan. Hehe..


Wednesday 14 September 2011

Raya 2011



1. Cuti bermula 26 Ogos. Menghabiskan masa bersama partner di KL. Harijadi dia.
Duit habis untuk bayar parking kereta saja. Mahal! My partner kata dia nak beli tanah di KL untuk buat parking lot. Hahah…berangan la.


2. Baju raya sehelai saja. Tempah sebelum puasa. Tapi hasil langsung tak cantik. Menyesal lak nak try jahitan akak indon tu. Konon nak cari baju kurung siap, tapi tak sempat.


3. Kasut raya dari Vincci. Tapi kasut murahan saja. Yang longgok-longgok dalam bin tu. Bila tunjuk kat family, semua gelakkan. Buruk kata mereka. Tapi my partner kata, STYLE!


4. Borong soft drinks untuk mak. Senang mak tak payah bancuh-bancuh air kalau orang datang beraya.


5. Tangan kena oven. Bertanda hitam sampai sekarang.


6. Rendang dan kari mak memang marvelous. Konon nak start diet, tapi hampeh. Tak boleh tahan.


7. Rombongan kanak-kanak yang pertama ke rumah I adalah kanak-kanak India! 4 orang. Last year pun diorang datang jugak.


8. Servis kereta dua hari sebelum raya. Tapi raya kedua dia dah buat hal. Kami sangkut di Nilai masa on the way to Melaka. Nasib I heret partner sekali. Jadi, I cancel trip to Melaka.


9. Raya ketiga di Nilai. Bersama my partner, repair kereta. Dia tukang repair, I tukang payung. Nilai is panas!


10. Sekarang, I dah mula puasa enam. Denda sebab makan banyak sangat hari tu. Heheh..